BAB 6

Drama Completed 962

Aku melihat raut muka nenek seperti risau untuk melepaskan Acil pulang.

Padahal, rumah Acil hanya di seberang jalan. Nenek berdiri di muka pintu melihat Acil berjalan kaki pulang ke rumahnya. Nenek hanya menutup pintu selepas Acil masuk ke dalam rumahnya.

“Kenapa nenek nampak risau Acil balik malam ni?” Aku bertanya pada nenek selepas nenek duduk di kerusi bersebelahan denganku.

Pada ketika ini, aku sedang mengulangkaji pelajaran di ruang tamu.

Hujung tahun ini aku akan menduduki peperiksaan penting iaitu SPM. Kebiasaannya aku akan mengulangkaji pelajaran di dalam bilikku sendiri yang dahulunya milik arwah Mama.

Tetapi, malam ini biarlah Kak Rin dan keluarganya bermalam di bilikku.

“ Entah lah Sarah. Nenek macam tak sedap hati nak biarkan Acil kamu balik malam ni,”Nenek meluahkan juga apa yang terdetik dalam hatinya.

“Tiada apa-apa lah nek. Depan tu saja rumah Acil. Ape-ape hal, Sarah boleh tengokkan. Nenek masuklah tidur dulu. Dah lewat ni. Esok Acil datang pagi-pagi,” Aku cuba memujuk kegusaran hati nenek.

Tapi sebenarnya aku juga merasa tidak selesa seperti ada yang tidak kena tapi aku tak pasti sebabnya.

Malam itu, ketika orang kampung nyenyak tidur kami dikejutkan dengan suara bising di hadapan rumah.

Abang Hafriz mengetuk pintu bilik nenek untuk mengejutkan aku dan nenek.

“Nek, rumah Acil terbakar!” Abang Hafriz memberitahu dengan cemas. Ketika itu Abang Hafriz sedang cuba menghubungi pihak bomba.

Aku dan nenek lantas berlari pergi ke rumah Acil.

Ketika itu, api sedang marak menyala. Aku dan nenek mencari-cari Acil dalam orang ramai itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience