BAB 3

Drama Completed 962

Aku seronok tinggal di kampung. Aku tinggal bersama nenekku selepas orang tuaku lebih awal pergi menghadap Illahi.

Aku tidak mempunyai kawan rapat. Bagiku, teman rapatku hanyalah nenek dan Acil.

Ketika rakan-rakan sebayaku sibuk membuat pelbagai aktiviti seperti kebiasaan anak remaja, aku lebih senang di rumah menemani nenek dan berbual dengan Acil pada waktu petang di pangkin.

Kadangkala, nenek turut bersama kami bersembang. Pelbagai nasihat aku perolehi dari dua orang wanita kesayanganku ini.

Ah, bagaimana nasibku kelak jika mereka juga pergi meninggalkan aku suatu hari nanti?

“Budak bertuah ni, disuruh hantar kuih, dia sambung pula membuat kuih di sini.” Suara nenek membuat aku tertoleh ke belakang. Rupa-rupanya nenek ternanti-nanti aku pulang.

“Biasalah Mah, si Herliza ni, bukan tak tahu dia memang suka datang bersembang dengan aku ni. Usahlah kamu risau Mah.” Aku tersenyum dibela Acil dari terus dibebel nenek.

“Memanglah kak, budak ni dari tadi mencari peluang nak ke rumah akak ni. Tu yang sengaja Mah suruh dia hantarkan kuih ni. Jangan dia juga yang habiskan kuih untuk akak ni sudahlah.”

“Takpelah Mah. Biarlah dia makan. Bukan habis aku makan seorang kuih ni. Banyak kamu bagi tu,”

“Sukalah kamu kan Sarah. Budak bertuah,” Nenek menyambung sambil mencubit pehaku.

Aku senang didampingi dua wanita tua ini. Aku sayangkan mereka.

Malam itu, selesai makan malam aku duduk di depan tv bersama nenekku. Nenek sedang melipat kain yang dijemur siang tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience