BAB 7

Drama Completed 962

“Acil tak sempat keluar.” Kata-kata Mat, anak ketua kampung yang sudah lebih awal berada di situ benar – benar membuatkan aku dan nenek terkejut.

Nenek dan aku terduduk kerana terlalu terkejut. “Astaghfirullahalazim”

Orang kampung semakin ramai datang dan cuba memadamkan api dengan air dari parit berdekatan rumah Acil tapi usaha mereka hanya sia- sia.

Ketika bomba tiba di perkarangan rumah Acil, api masih lagi marak menyala.

Selepas api dipadamkan, anggota bomba masuk kedalam rumah mencari Acil.

Walaupun, keadaan Acil sudah dapat kami jangkakan tapi aku dan nenek masih lagi setia menunggu Acil jasad Acil di bawa keluar.

Tidak lama kemudian, jasad Acil yang hampir rentung keseluruhan dibawa keluar dari rumahnya oleh anggota bomba.

Acil diletakkan di atas plastik hitam dan ditutup juga dengan plastik hitam.

Aku dan nenek semakin galak menangis. Rupa – rupanya inilah jawapan bagi kegusaran hati kami ketika Acil pulang malam tadi.

1 Syawal

Hari ini, Syawal pertama untuk aku dan nenek tanpa Acil bersama. Selepas solat sunat Aidilfitri di masjid, aku dan nenek menziarahi kubur arwah mama dan papa juga Acil.

Rindunya aku pada mereka, Ya Allah. Hanya Al- Fatihah dan Yasin kami sedekahkan buat mereka di sana.

Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang- orang beriman hendaknya.

Aku kehilangan seorang lagi insan penting dalam hidupku. Aku tahu nenek juga turut merasa kehilangan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience