Bab 6

Other Completed 4760

BAB 6

"Bapak, Mus rasa biar Mus jelah yang tolong bapak menangkap ikan,"

"Biar Kamal ke sekolah. Lagipun Kamal minat belajar," pujuk anak sulung Pak Mat itu.

"Habis, kau tak minat belajar?"

"Sebab tu kau mencuri," kemarahan Pak Mat masih bersisa.

"Sudah-sudahlah tu abang, sampai sekarang saya tak percaya anak kita pencuri," kata Mak Minah kepada suaminya.

"Kau jangan masuk campur. Sebab ikut cakap kaulah aku hantar budak-budak ni ke sekolah,"

"Kalau tidak, dah lama aku angkut semuanya ke laut,"

"Buang masa aku je,"

"Kenapalah keras sangat hati abang," rungut Mak Minah.

Hanya air mata Mak Minah mengiringi suaminya ke laut.

*************************************************************
Pak Mat sebenarnya tidak percaya Mustaffa anak sulung kesayangannya sanggup membuat perkara begitu.

Tetapi apabila ditanya, Mustaffa hanya banyak mendiamkan diri.

Semenjak dari kejadian itu, hubungan mereka anak beranak dingin.

Jika Mak Minah menghidangkan makanan untuk dinikmati seisi keluarga, Pak Mat memilih untuk tidak turut serta.

Kemudian Kamal pula menjadi mangsa.

Dia tidak dapat meneruskan niatnya ke sekolah setiap kali angin Pak Mat datang.

Kamal pernah bercadang untuk lari dari rumah. Namun sempat dihalang Mak Minah.

***********************************************************

"Mana kamu nak pergi ni nak?"

"Kamu dah tak sayangkan mak?"

"Mak cuma ada dua anak je,"

"Kalau kamu pergi, sunyilah rumah ni,"

"Janganlah tinggalkan mak Kamal, mak merayu," melihat ibunya menangis begitu, Kamal turut bersedih.

Ya dia inginkan ilmu, tapi tak sanggup dia membiarkan wanita yang melahirkan dia bersedih hingga begitu rupa.

"Maafkan mak Kamal,"

"Kamal cuma nak pergi sekolah,"

"Bapak asyik paksa Kamal keluar menangkap ikan,"

"Kamal bukan tak mahu membantu, tapi hari sekolah, Kamal harus pergi sekolah,"

"Kamal malu, asyik kena hina. Datang sekolah sesuka hati,"

"Banyak pelajaran Kamal yang tertinggal,"

"Ada lagi dua bulan sahaja mak, sebelum peperiksaan akhir tahun menjelma,"

"Dah tiga bulan bapak bawak Kamal ke laut,"

Kali ini giliran Kamal pula menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience