Bab 10

Other Completed 4760

BAB 10

"Cepatlah abang, kita dah lambat ni," marah Kamal melihat abangnya yang bersiap lambat-lambat.

"Nantilah kejap, Mustaffa membetulkan tali leher,"

Lama juga dia tak mengikat tali leher.

Yelah sebelum ni turun ke laut, tidak perlu berpakaian kemas.

Cukup dengan kemeja ringkas berlengan panjang dan seluar panjang bagi melindungi diri dari terik matahari.

Lagi satu, dia mahu menunjukkan imej yang kemas kepada Laila.

Dia sedar dia telah melukai hati gadis itu.

*****************************************
Kedatangan mereka ke sekolah disambut meriah oleh semua guru.

Rata-rata menunjukkan wajah lega kerana mereka sendiri tidak percaya dengan semua hal yang terjadi.

"Awak duduklah di tempat lama awak," kata guru kelas Mustaffa.

Dari jauh kelihatan wajah sugul Laila.

Gadis itu hanya memandang ke luar jendela.

Engga bertemu muka dengan Mustaffa.

Mustaffa yang dapat mengesan angin dingin Laila terus memasang langkah untuk memujuk.

"Awak kata rindukan saya? Tapi tak pandang pun wajah saya, kalau macam tu saya tukar tempat duduklah," bisik Mustaffa.

Sepantas kilat Laila menarik lengan Mustaffa.

"Awak jangan berani nak duduk dengan budak perempuan lain," katanya memberi amaran.

Mereka berdua tertawa.

Kamal lega melihat senyuman pada wajah abangnya.

Kamal kini juga berasa bahagia kerana dapat menuntut ilmu semula.

Pak Mat kini telah mendapat bantuan dari kerajaan dan menggaji dua orang perkerja untuk menolongnya menangkap ikan.

Setiap hari sebelum turun ke laut, Pak Mat sentiasa berpesan kepada anak-anaknya supaya belajar pandai-pandai dan jadilah orang yang berguna.

Dan setiap kali itulah Kamal dan Mustaffa lebih tekad untuk mengubah nasib mereka sekeluarga.

Kemiskinan tidak membataskan seseorang itu dalam menuntut ilmu.

"Tepuk dada, tanya selera,"

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience