Bab 7

Other Completed 4760

BAB 7

"Assalamualaikum,"

"Assalamualaikum,"

"Assalamualaikum,"

"Takde orang kat rumah ke?"

Baru sahaja Laila mahu melangkah pergi. Pintu kayu dibuka dari dalam.

"Ya nak, cari siapa"

"Ini rumah Mustaffa ke?"

"Ya, ini rumah Mustaffa,"

"Saya Laila, kawan Mustaffa,"

"Owh, ada apa ya?"

"Macam ni mak cik, kami semua dah tahu siapa yang ambil duit dari koperasi tu. Baru semalam orang
yang baut tu mengaku,"

"Ya Allah. Alhamdulillah. Siang malam mak cik berdoa. Mak cik tahu bukan Mus yang ambil. Dia budak
baik,"

"Saya datang ni nak beritahu berita baik ni pada dia. Mulai besok, Mus dah boleh datang ke sekolah. Dia tidak lagi digantung,"

"Tapi, mak cik tak tahu Mus nak pergi ke tak,"

"Mak cik pujuklah dia. Sayang, sebab tak lama lagi kami dah nak periksa besar, mak cik,"

******************************************

"Abang...abang...," jerit Mak Minah mendapatkan Pak Mat di jeti.

Mak Minah meluru mendapatkan suaminya yang makin hari makin gelap di mamah bahang matahari.

"Anak kita tak bersalah abang, Mus tak mencuri,"

Muka Pak Mat kehairanan.

"Apa awak cakap ni?"

"Ya bang, anajk kita tak salah. Tadi kawannya datang. Katanya pihak sekolah dah tahu yang sebenarnya.
Budak yang buat tu yang mengaku sendiri,"

Sekali lagi wajah Pak Mat kelat.

************************************************************
Pak Mat dan Mak Minah melihat perkarangan rumah mereka dipenuhi orang ramai.

Salah satunya guru disiplin yang mengheret anaknya ke balai.

"Maafkan saya kerana menuduh anak encik tanpa usul periksa,"

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jutaan maaf atas kesilapan saya,"

"Bukan dengan kami cikgu patut minta maaf," tegas suara Pak Mat.

" Anak saya ada di pengkalan sana,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience