Bab 2

Other Completed 4760

BAB 2

"Kenapa kau buat kerja ni semua Mus? Tak cukup ke duit yang bapak selalu kirimkan untuk kau?" rintih Pak Mat di depan anaknya.

Mustaffa hanya menundukkan muka melihat lantai.

Mungkin sedang mencari jawapan.

Mungkin juga sedang mencari alasan.

"Cakap! Aku nak kau bagitahu aku!" marah Pak Mat.

"Mus salah. Mus minta maaf," jawab Mustaffa perlahan.

"Maaf? Senangnya kau minta maaf," bapaknya masih tidak berpuas hati.

"Aku ni malu, semua orang kampung dah tahu kau kena tidur lokap, kenapalah kau terlibat dengan semua ni Mus," masih lagi meluahkan
perasaannya.

Tiba-tiba Pak Mat memegang dadanya lalu rebah.

Suasana bertukar menajdi kelam kabut di Balai Polis.

Anggota Polis yang menyaksikan kejadian itu terus menghubungi Ambulans.

Owh memang kecoh jika dikenangkan semula.

Kini Mus menjadi orang kanan bapaknya.

Setelah dijamin, Mus tidak lagi bersekolah.

Dia berubah menjadi seorang yang pendiam.

Mungkin kerana malu dan rasa bersalah.

*******************************************

"Apa lagi yang tercegat kat situ?"

"Marilah," sergah Pak Mat.

Kamal terkejut. Laju sahaja langkahnya ke jeti.

Dia melepaskan tali yang menambat bot nelayan bapaknya dari dipukul ombak.

Hari ini destinasi mereka adalah ke tengah pulau untuk menangkap ikan.

"Lepaskan pukat tu sedikit demi sedikit," perintah Pak Mat kepada kedua anaknya.

Mus dan Kamal yang sudah cekap menurunkan pukat pantas menjalankan arahan bapanya.

Sementara menunggu pukat itu penuh, Kamal bersandar di tepi bot.

Dia mengeluarkan buku latihan dan mula menyelesaikan beberapa soalan.

"Apa yang kau buat?"

"Ulangkaji bapak,"

"Aghhh, buang masa,"

Mus memandang adiknya penuh simpati.

Kerana kesalahannya, Kamal pula yang menjadi mangsa.

Dia sedar otak adiknya lebih bijak darinya.

"Mal, abang minta maaf, sebab abang bapak dah tak bagi kau pergi sekolah,"

"Kalau abang kesiankan Mal, abang pujuklah bapak. Bagi Mal pergi sekolah. Mal tak suka ponteng. Nanti Mal ketinggalan,"

"Baiklah Mal, abang akan cuba. Ko jangan putus asa,"

"Abang, kalau Mal tanya. Harap abang tak kisah," Kamal memulakan bicara.

"Kenapa dulu abang mencuri?"

Terus berubah air muka Mustaffa.

"Begini ceritanya Mal, abang dulu..."

"Malu pula abang nak cerita,"

"Apa nak malu abang? Mal kan adik abang. Mal sedih tahu tengok abang tinggalkan pelajaran macam tu je,"

"Semuanya bermula dari satu pertaruhan. Pertaruhan bodoh yang abang akan sesali seumur hidup ini abang rasa,"

"Bila duduk kat asrama, abang mula rasa bebas. Bebas dari mak dan bapak,"

"Abang dah tak payah dengar bebelan mak. Abang tak perlu takut dengan bapak setiap kali dia pulang dari laut. Abang jadi lupa diri,"

Mustaffa mencipta alasan demi untuk menyelamatkan kawan karibnya.

"Dengan orang lain bolehlah abang mereka cerita begini, tapi ini Mal abang. Mal tahu abang sedang merahsiakan sesuatu,"

Mustaffa merasakan Kamal berjaya mengesan pembohongannya. Lalu dia bercerita segala-galanya. Namun sempat dia berpesan.

"Jangan bagitahu sesiapa,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience