Bab 1

Other Completed 4760

BUDAK BUSUK

NAMA PENA: JOJO

BAB 1

Dia berjalan mundar-mandir.

Memikirkan bagaimana caranya untuk pergi dari situ tanpa disedari.

"Aku perlu ke sekolah," ulang Kamal beberapa kali.

"Kamallllllllllllllllllllllll" jerit bapaknya yang sudah bersiap sedia untuk turun ke laut.

"Apa lagi yang kau tercegat tu?"

"Cepat ikut aku ke laut!"

"Bapak Kamal nak pergi sekolah," ucap Kamal perlahan.

Dia risau bapanya akan berkecil hati.

Sudah menjadi kebiasaan, semua anak lelaki di kampung ini berkerja dari kecil lagi untuk menjadi perintis
bapa mereka sebagai nelayan.

Tapi Kamal tidak betah berada di laut lama-lama.

Dia ingin berada di sekolah.

Dia dahagakan ilmu pengetahuan yang lebih luas.

Bukanlah menjadi nelayan itu membuatkan fikiran Kamal sempit. Tapi menjadi nelayan itu membuatkan Kamal
berasa tidak puas hati.

"Dari dulu lagi aku dah cakap, kau besar nanti akan jadi nelayan,"

"Buat apa kau nak ke sekolah?"

"Tak cukup lagi abang kau membazirkan duit aku?" bentak bapak Kamal.

Kamal kecut perut.

Dia tahu tiada gunanya melawan bapaknya dalam waktu begini.

Namun di dalam hati dia geram dengan abang sulungnya Mustaffa.

Entah di mana salahnya, Mustaffa yang dianggap boleh mengubah nasib keluiarga bertukar menjadi sebaliknya.

Abangnya yang 'ditatang bagaikan minyak yang penuh' akhirnya tewas penangan rakan sebaya.

Entah di mana silapnya.

Bukannya Mustaffa tidak cemerlang di sekolah.

Namun dia mula berubah apabila memasuki sekolah berasrama.

Orang yang paling kecewalah haruslah bapaknya.

Kamal melihat sendiri wajah bapaknya yang kecewa ketika pergi menjamin Mustaffa di lokap.

Abangnya ditangkap kerana mencuri wang koperasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience