Bab 3

Other Completed 4760

BAB 3

"Hey Mus, aku dengar kau minat dekat Laila. Come on lah bro, budak kampung macam kau minat kat awek cun macam tu?" sindir Muaz.

"Apa masalah kau ni Muaz?" marah Laila.

Dia dan Mustaffa sedang mengulangkaji pelajaran.

Laila adalah seorang gadis yang sangat berdikari.

Sekali pandang, wajah Laila persis gadis kacukan.

Setiap kali perlu membuat kerja secara berpasukan, Laila dan Mustaffa akan disatukan oleh guru mereka.

Mula-mula Mustaffa agak segan.

Kekok apabila bertentang mata, namun setelah mereka sering satu kumpulan. Perasaan maku itu mulai hilang.

"Wow, awek marah lah," usik kawan-kawan Muaz.

"Apa yang kau nampak dekat budak kampung ni Laila?"

"Apa yang dia ada, yang aku takde?"

"Hahahaha. Banyak yang dia ada tapi takde pada kau,"

"Salah satunya budi bahasa,"

Muaz merasa terpukul dengan kenyataan yang baru sahaja keluar dari mulut gadis yang dia cintai dalam diam.

Muaz tahu Laila faham akan hasrat hatinya, namun gadis itu tidak pernah mempedulikannya.

Keadaan bertambah parah apabila Mustaffa masuk ke sekolah mereka.

"Mus, Laila rasa elok kita berhenti sampai sini untuk hari ini. Selebihnya kita sambung sahaja buat di dorm ya,"

"Baiklah. Saya akan buat pendahuluan, awak habiskan penutupnya,"

Mereka sedang dalam proses menyiapkan folio Sejarah. Tugasan yang diberikan oleh guru mereka, Encik Mohammad Syukri.

*******************************************

"Aku akan cari jalan untuk kenakan si budak kampung tu," kata Muaz penuh dendam.

"Aku je yang layak untuk Laila,"

"Betul tu bos!" sahut konco-konconya.

"Tapi apa yang aku boleh buat?" ligat otak Muaz memikirkan cara untuk mengenakan Mustaffa.

"Ha...aku dah dapat idea,"

"Ok geng mari sini, aku dah ada cara untuk mengenakan budak kampung,"

********************************************

Pagi itu, Mustaffa memulakan tugasnya seperti biasa di koperasi sekolah.

Dek kerana sedar dia berasal dari keluarga orang susah, Mus mengambil upah berkerja secara sambilan di koperasi sekolahnya.

Sebelum loceng sekolah berbunyi, Mus akan masuk ke koperasi dan menyusun barang-barang yang telah berkurangan sebelum koperasi dibuka
kepada pelajar lain pada waktu rehat.

"Salam. Selamat pagi Mus," ucap Zahrah.

Zahrah juga bertugas pada pagi ini.

"Salam. Selamat pagi Zahrah,"

"Mus dah tolong Zahrah isikan air ke dalam peti ke?" tanya Zahrah pelik kerana dia baru sahaja melihat peti ais minuman itu kosong semalam.

"Haah, saya dah tolong isikan tadi,"

"Lah, buat susah-sah je awak ni Mus. Itu kan tugas saya,"

"Takde apa yang susah pun Zahrah,"

"Lagipun berat air tu kalau awak nak angkut. Awak kan perempuan,"

"Terima kasih ya Mus, awak selalu tolong saya,"

"Sama-sama"

Dalam diam, Zahrah menyimpan perasaan terhadap Mustaffa.

Namun tak pernaqh sekali dia berkongsi hal itu dengan sesiapa.

Dia bangga kerana dapat bertugas menjaga koperasi dengan Mustaffa.

Gadis mana yang tidak tertarik dengan Mustaffa. Bijak, kacak dan pandai dalam selok belok agama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience