Bab 4

Other Completed 4760

BAB 4

"Cepatlah sikit panjat masuk dalam tu," arah Muaz.

"Kejap bos, sempit tingkap ni,"

"Cepatlah, nanti orang datang,"

'Heh Muaz ni, aku yang bersusah payah pecah masuk koperasi ni, dia senang je berdiri tercegat kat laur tu bagi arahan," ngomel Zaki,
salah seorang budak suruhan Muaz.

"Nak ambil apa dalam ni bos?"

"Ambil air lah bos nak? Haus jugak panjat tadi,"

"Kelepuk!"

Kepala Zaki dipukul dari belakang.

"Adusss, sakitlah bos,"

"Tahu pun kau sakit,"

"Apa yang kau bodoh sangat ni?"

"Setakat masuk sini, nak songlap air dah kenapa? Aku pun boleh belanja kau air!"

"Eleh bos cakap je, tak pernah pun belanja air," perli Zaki.

"Debukkkk,"

Kali ini giliran tengah belakangnya menerima tumbukan Muaz.

"Yelah-yelah, bagitahu jelah nak ambil apa," kata Zaki menggosok belakang badannya.

"Ambil duit," balas Muaz.

"Ha, ambil duit? Berapa banyak?" terketar-ketar suara Zaki.

Walaupun dia budak nakal, inilah kali pertama dia mencuri duit dalam hidupnya.

Perlahan-lahan peti duit itu diumpil.

"Prakkkk"

Bunyi peti itu setelah berjaya dibuka.

"Uish banyaknya duit," Zaki menjadi gelap mata setelah terlihat jumlah wang yang sebegitu banyak di depan mata.

Selesai mengutip semua duit, mereka berdua pulang dengan gembira ke asrama.

Dalam perjalanan pulang ke dorm, Zaki terlanggar bahu Mustaffa.

Mustaffa dalam perjalanan ke Koperasi untuk mengira stok.

"Eh, kenapa pintu tidak berkunci?"

"Ya Allah, peti duit telah diumpil,"

Semua duit hasil jaulan telah dilarikan pencuri. Tiada satu sen pun yang tinggal.

"Mus! Apa yang awak tengah buat tu?" sergah guru disiplin dari belakang.

"Ini kerja awak ya? Kita bagi kepercayaan untuk jaga Koperasi, dia mencuri pulak! Jom kita ke balai,"

Keadaan mula huru-hara.

Mustaffa dibawa ke Balai Polis.

Pak Mat dihubungi untuk memaklumkan apa yang berlaku.

"Ya cikgu, ya saya bapaknya Mustaffa,"

**********************************************

"PANG!"

"Penampar sulung sampai ke muka Mustaffa"

Mustaffa sedar kini dirinya diperangkap.

Namun dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana segala-galanya berlaku terlalu pantas.

Bukan dia tidak mahu membela diri.

Tapi Mustaffa tahu, ini semua kerja Muaz yang berdendam dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience