bab 6

Romance Series 5614

Raffezri menunggu di luar rumahnya. Hatinya sebal. Muka Qiasatina tidak juga muncul-muncul. Selalunya dia rajin menanam bunga petang ni. Habis susun atur pasu bunga diubah kedudukannya. Cantik dan tersusun. Pelajar seni bina landskap katakan.

"Kamu tengok apa tu Raff." Tegur umi di muka pintu. Raffezri tersentak

"Tak ada apa umi."

"Iya lah tu."

"Betul umi. Tengah berfikir nak pergi memancing ke tak ni." dalih Raffezri. Dia mengatur langkah kedalam rumah. Joran digapai.

"Nak pergi mana tu." tanya umi

"Mancing lah umi." Puan Salmiah menggeleng.

Sudah menjadi rutin harian anak lelakinya itu. Tak pegang gitar, lesap dengan jorannya. Kadang-kadang dia sendiri pun mengikut anaknya itu pergi memancing.

"Umi nak tanya ni. Betul ke Raff ada kerja tadi," dia berasa musykil dengan jawapan Qiasatina tadi. Bila tanya ada kerja apa tidak dijawab pula.

"Ha'ah umi. Ada pengurus restoren nak Raff jadi pembekal kambing untuk dia orang. Setiap minggu perlu hantar kambing ke restoren mereka."

"Alhamdulilah. Murah rezeki kamu nak"

Raffezri mengangguk.

"Lepas tu Raff jumpa Dellina. Dia cakap pegawai veterniar nak datang minggu ni." Beritahunya lagi.

"Kenapa perlu jumpa dia. Tak boleh telefon ke?" Puan Salina menunjuk tanda tidak puas hatinya. Dia tidak tahu mengapa dia tidak suka akan Dellina. Walaupun orangnya lemah lembut.

"Umi Dell kan pegawai pertanian. Mesti Raff jumpa dia. Projek ni pun, banyak Dell yang tolong umi," terangnya.

"Memanglah. Umi sedia tahu perkara itu. Tapi umi tak suka. Ramai lagi pegawai lain,"

"Umi, Raff tahu apa yang Raff buat. Raff dengan Dell hanya kawan,"katanya. Dia yakin uminya pasti akan terima siapa jodohnya suatu hari nanti.

"Erm.... Pergilah mancing tu jangan balik lewat sangat," pesan Puan Salmiah. Raffezri menghilang dari pandangan matanya.

"Kau menungkan siapa Raff," sergah Man. Raffezri mengurut dadanya terkejut dengan sapaan sahabatnya itu. Man merupakan pekerjanya dan juga merangkap sahabat baiknya yang lurus bendul.

"Kau ni. Jangan sergah tak boleh ke. Lari habis ikan aku. Sejam dah tunggu ni. Seekor pun tak dapat lagi." marah Raffezri.

"Sorry. Janganlah marah. Memang ikan tak singgahlah."

"Kau asal ni. Lain macam je aku tengok." tokoknya lagi.

"Tak ada apalah." balas Raffezri. Moodnya tiada.

"Tak payah simpan. Cerita dengan aku. Masalah yang mana satu ni. Dellina buat hal ke Tina." tanya Man.

"Dellina tak pernah bagi masalah dekat aku. Kau pun tahu Dell macam mana. Kita kenal dia dari sekolah menengah lagi kan." mereka semua sebaya dan berasal dari kampung yang sama. Habis sekolah Dellina berpindah ke pekan Sungai Siput bersama orang tuanya.

"Ya aku tahu. Habis siapa yang buat kau tak ada mood ni." tanya Man lagi.

"Aku buntu Man. Aku tak tahu kenapa umi aku tak suka Dell. Bila aku tanya jawapan umi dia jawab naluri keibuan dia. Memang aku tak nafikan naluri seorang ibu ada betulnya. Tapi aku tengok Dell tak ada yang kurangnya."

Man menggangguk. Dia sedia tahu halangan Raffezri untuk bersama Dellina adalah uminya.

"Dan yang geram sekarang ni Tina" tambahnya lagi.

"Tina? Kenapa? Apa dia buat?"

"Kau tahu kan aku hantar dia ke pekan tadi," Man menggangguk laju.

"Aku tunggu dia berjam kot. Tahu-tahu dia dah balik rumah. Geram aku" sepenuh rasa Raffezri meluahkannya

"Hahahahaha. Tina kenakan kau lah ni" kata Man seraya ketawa.

"Mangkuk tingkat kau ni," marah Raffezri.

"Janganlah marah. Kita berbalik pada topik Dell tadi,"

"Kau rasa kenapa umi halang kau dengan Dell," Raffezri memandang kehadapan sungai. Dia cuba berfikir. Yang dia tahu Tina puncanya.

"Entah. Malas nak rasa ni," Gurau Raffezri.

Tengah serius boleh pula dia bergurau cuba aku bergurau sewaktu Raffezri serius mahu aku diketuknya. Getus Man.

"Kau tak dapat agak ke," Tanya Man lagi.

"Maksud kau," Soal Raffezri kembali.

"Jawapanya Tina. Kau sakitkan hati Tina. Umi kau tak dapat terima perkara ini. Kau pun sedia tahu betapa umi kau sayangkan Tina. Kau tengok sekarang betapa seronoknya umi bila Tina balik. Sikit-sikit Tina. Sepatutnya kau faham benda ni." jawab Man.

Sememangnya dia tahu semua berpunca dari Tina tapi tidak di sangka pula sehingga begini pengaruh Qiasatina pada uminya.

"Habis aku nak buat apa Man. Aku tak reti lah pasal hati perasaan ni. Bab kambing sawit aku terror lah," kata Raffezri. Mengenai soal hati dia lemah.

"Kau memang hati kering,"selar man.

Mereka berdua mendiamkan diri. Mencari penyelesaian.

"Kau pujuk Tina. Berbaik dengan dia. Then kau suruh Tina pujuk umi terima. Senang tak" kata Man.

"Senang tak senanglah. Tina yang sekarang bukan yang dulu. Hati dia keras sekarang"

"Dan kau juga harus tahu mengapa punca hatinya menjadi dia keras," sambung Man.

"Kau betul sukakan Dellina ke?" Soal Man. Dia mahu tahu siapa yang bertahta di hati Raffezri sekarang.

"Kenapa?"

"Tak ada apa. Tina kau sayang lagi tak?" ditanyanya lagi.

"Kenapa?"

Man memandang geram. Aku tanya dia, dia tanya aku balik. Saja ni

"Sebab aku nak tahulah. Kalau kau suka Dell dan dah tak sayangkan Tina aku nak masuk meminang Tina. Ok puas hati tak jawapan aku," geram asyik ditanya mengapa?

"Kau kemas barang mancing aku ni. Lepas tu hantar dekat rumah. Aku nak balik dulu," laju Raffezri berjalan menuju ke Honda ex5 nya.

Dadanya disentuh. Berombak. Pastikan aku kahwin dengan Dellina dulu baru kau kahwin dengan Qiasatina, Man.

"Kalau aku kemas. Aku dapat kahwin dengan Tina tak" laung Man.

"Kau kemas je dulu." jerit Raffezri.

Qiastina berlari masuk ke bilik apabila terdengar enjin motor Raffezri berhenti di halaman rumah. Adui apa lelaki ini nak. Janganlah marah aku. Tapi padan muka dia juga siapa suruh dating. Qiasatina gelak jahat. Sampai dihadapan pintu biliknya dia berhenti. Masuk bilik storlah. Nanti mesti dia tunggu dekat bilik. Bukan boleh harap sangat.

"Ibu" panggil Raffezri.

"Iya Raff. ada apa?"

"Tina ada,"

"Ada. Dok tengok tv tu." Puan Salina berkalih memandang ruang tamu. Qiasatina tiada di situ.

"Aik. Tadi ada kat sini budak tu. Hilang dah." Kata Puan Salina.

"Tak apalah ibu. Tahu Raff nak cari Tina dekat mana."katanya sambil meninggalkan ibu di muka pintu.

"Kau lari ek." Raffezri gelak jahat.

Raffezri berjalan menuju ke tingkap bilik Qiasatina. Kalau diperhati dari sini. Tingkap bilik mereka bertentangan. Dahulu setiap pagi dia akan menunggu si gadis ini membuka tingkap. Suka dia melihat wajah pagi Qiasatina. Pelbagai reaksi muka ada. Dia tergelak. Dia memandang cermin tingkap berwarna hitam itu. Tangannya menyentuh bingkai. Disini juga dia suka menyelitkan sekuntum bunga. Habis juga bunga uminya menjadi mangsa kenakalan dia dulu.

"Tina oo Tina," panggilnya sambil mengetuk tingkap. Tiada jawapan. Qiasatina benar-benar mencabarnya. Dia mengambil keputusan untuk menunggu. Badannya disandar pada dinding dia memeluk tubuh.

Qiasatina mendiamkan diri di bilik stor. Tangannya menyelongkar almari buruk itu. Beberapa batang pancing dibawa keluar. Rindu rasanya hendak memancing. Terasa bagaikan sudah lama di situ dia keluar dari sembunyinya. Saat dia berpaling dia terperasaan sesuatu. Gitar. Lama dia tidak menyentuh kesayangannya itu. Dia memegang tombol pintu. Kakinya terasa seperti terpijakkan sesuatu yang lembut dan lembik serta bergerutu. Katak. Badannya sudah geli geleman. Pantas dia berlari sambil berjengket. Geli yang amat.

"Ha masuk pun bilik," tegur suara di luar tingkap saat Qiasatina memetik suis lampu. Dia mengurut dada. Terkejut.

"Kamu nak apa?" soal Qiasatina. Ingatkan dah balik. Jadi pak guard pulak.

"Aku nak kamu minta maaf. Aku tunggu kamu. Boleh pula kamu balik. Kamu sengaja kan,"

"Aik. Aku cakapkan tak payah tunggu. Siapa suruh tunggu?" Qiasatina menghampiri tingkap tetapi tidak dibukanya.

"Aku cakap aku tunggu. Kamu tak faham bahasa melayu ke." Raffezri cuba menahan marahnya. Aku baru nak ok. Kamu sengaja bagi aku marah Qiasatina.

"Aku cari kamu tak jumpa. Aku baliklah." Tipu Qiasatina. Lain hakikat sebenarnya.

"Habis tak reti nak call ke. WhatsApp ke?" balas Raffezri.

"Mana aku ada nombor kamu." tak hinginlah aku nombor kamu. Kata-kata itu disimpan. Qiasatina buat muka.

"Tak reti nak mintak ke kalau tak ada." kata Raffezri.

"Masa bila nak minta kalau kamu asyik nak salahkan aku je. Marah tak tentu pasal. Dah pergi balik aku nak tidur. Tak larat ni," badannya sudah rasa semacam. Panas sejuk je rasa ni. Mesti berpunca dari binatang tadi ni.

"Kamu kenapa? Buka tingkap ni," arah Raffezri.

"Tak payah pergi balik. Dengar suara kamu lagi tambah tak larat aku. Kalau tengok muka kamu nanti demam aku."

"Yela tu. Entah-entah tak tengok muka akulah punca demam tu. Elok dengar suara aku hilang terus demam kamu tu."

"Jangan nak perasan. Pergi balik," halau Qiasatina.

Dia menutup lampu dan terus baring di katil. Badannya terasakan sejuk

"Degil tak sudah. Awek siapalah dulu tu," bebel Raffezri sambil berjalan.

Langkahnya terhenti. Awek siapa? Awek aku dulu? Biul kau hari ini Raffezri. Dalam masa beberapa hari dia sudah buat kau tak betul. Raffezri menggosok kepalanya sambil berjalan pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience