Bab 2

Romance Series 5614

Sampai di pekan Kuala Kangsar dia segera menghubungi papanya. Dia tidak mahu menyusahkan Ann untuk hantarnya ke kampung. Cukuplah dari Johor. Sampai jua dia akhirnya di tempat kelahirannya. Hatinya bedebar. Tiba-tiba dia rasa resah. Betulkah tindakannya? Sampai bila harus dia melarikan diri. Tapi dia tidak sanggup untuk menatap wajah lelaki itu. Benci yang dirasai merantai jiwanya. Ditinggalkan tanpa sebab yang munasabah. Memperkenalkan wanita lain untuk menjadi suri hidup dihadapan dia. Kejam kau Raff. Tak layakkah aku untuk bersama kau Raff? Siapa aku dihati mu selama lima tahun dulu? Aku benci kau raff.

"Jangan takut. kalau Qia jumpa dia, Qia buat biasa saja. Seolah-olah tiada apa yang berlaku antara kau dan dia. Tunjuk pada dia, perpisahan ini tak memberi kesan pada Qia. Jangan sia-siakan pelarian Qia lima tahun ni. Tak semudah tu untuk kau kembali rebah Qia," Tangan Qiasatina ditepuk. Dia tidak mahu melihat Qiasatina lemah. Dia cukup merasai pederitaan dan kerinduan yang ditanggung gadis genit disebelahnya ini.

Qiasatina memandang lelaki disebelahnya. Lelaki ini tahu sahaja dia apa yang ada dalam hati ini. Macam pak belalang pulak. Aku tak kan rebah selagi kau ada di sisi aku. Getus hatinya.

"Hantar Qia dekat stesen bas ja," kata Qiasatina.

"Qia nak pergi mana? Nak balik Johor balik ke? Ann tak izinkan," balas Ann laju.

Gadis ini bukan boleh harap. Buat sesuatu tanpa berfikir panjang. Qiasatina jenis nekad orangnya.

"Ann ni macam suami Qia pulak. Nak kena berizin bagai," tingkah Qiasatina.

'Dia tak dengar ke aku sembang dengan papa tadi. Melamunlah tu,' perlahan dia berkata.

"Tak de. Tak de. Ann hantar Qia dengan rumah. Bagi tahu arah jalan," arah Ann.

"Tak payah. Hantar dekat stesen bas sahaja. Dengar cakap Qia, Ann." nada suara ditekan sedikit.

"Tak nak," ringkas dan tegas balasan dari Ann.

Nak kena lelaki ni. Qiasatina merengus geram. Lelaki ini cukup dengan rasa sayang yang menggunung. Tak tergamak untuk dia menyakit hati Ann. Ann terlalu sempurna di matanya sebagai seorang pelindung dan sahabat.

"Papa ambik Qia dekat stesen bas la. Ann ni tak dengar ke Qia call papa tadi." Akhirnya dia mengalah. Ann tegas orangnya.

"La yeke. Membazir minyak kereta Ann tau. Lain kali cakap biar terang. Mahal tau minyak kereta Ann ni," gurau Ann mahu menutup malunya.

"Mahal tak mahal. Qia tak kisah pun. Nak murah Ann cipta kereta guna air. Cepat papa dah tunggu tu," kan dah kena. Qiasatina ketawa,

"Nak cepat naik kereta F1. Cepat sampai. Biar lambat janji orang Ann sayang selamat," balas Ann sambil mengenyitkan matanya.

"Ann sayang Qia ke," tanya Qiasatina lembut.

"Sayang Ann pada Qia umpama langit biru bertukar menjadi gelap dan akan menjadi biru kembali. Begitu seterusnya." Ucap Ann dengan penuh rasa sayang pada sahabatnya.

Dia umpamakan langit kerana langit sentiasa melindungi kita dari terik mentari agar dia dapat melindungi Qiasatina. Langit malam pula indah. Dia mahu menjadi takdir terindah untuk sahabatnya itu.

"Metaforanya Ann," tapi dia suka.

Setiap kali menanyakan hal inidan pasti jawapan ini juga yang akan diberikan. Tak jemu untuk dia mendengarnya.

"Bagaimana dengan keadaan langit sewaktu guruh, kilat dan hujan?" soalnya kembali.

"Kuasa alam bagaikan dugaan kita dalam besahabat. Mesti ada dugaan. Sepantas mana kita menyediakan payung menghindari hujan, setabah mana kita mendengar dentuman kilat dan guruh, sekuat itu kita hadapi untuk menanti cerahnya langit biru. hujan kilat guruh akan berlalu, langit biru akan kembali bersinar seandainya kita sabar." Luah Ann dengan bermakna. Ini realiti kehidupan.

"Terima kasih Ann sudi jadi sahabat Qia sehingga hari ini dan akan datang. Bagi Qia sayang Qia umpama laut yang terbentang luas. Hehehe," balasnya sambil tergelak. Tiba-tiba terasa bagaikan pujangga pulak. Mereka sampai di stesen bas. Kereta diberhentikan.

"Main-main sekeh kepala tu karang," ugut Ann sambil mengacah. Selesai memakirkan kereta dia keluar untuk mengambil beg roda Qiasatina.

"Buatlah kalau berani. Papa tengok tu" semakin galak Qia mengusiknya. "Assalamualaikum papa. Apa khabar sihat?" tanyanya sambil bersalam. Dia sudah biasa memanggil papa Qiasatina dengan panggilan papa. Bagi Encik Nazari, Ann bagaikan abang kepada Qiasatina. Oleh sebab itu dia menegah Ann memanggilnya pakcik. Qiasatina terus memeluk dan mencium pipi Encik Nazari.

"Waalaikumsalam. Sihat nak. Ann sihat ke? Tina ada buli Ann tak?" soalnya terus. Masam terus muka Qiasatina mendengar soalan papanya. Mentang-mentang papanya sudah mengenali sahabatnya ini, sengaja cuba mengenakan dia.

"Ada papa. Banyak pulak tu. Nanti Ann cerita kat papa apa anak manja papa buat." balas Ann.

"Merajuk dengan Ann sebulan," kata Qiasatina.

Mukanya sudah muncung empat belas. Pintu kereta papa dibuka dan terus dia masuk ke dalam kereta. Selesai Ann memasukkan beg ke dalam bonet kereta Proton Saga milik Encik Nazari dia meneruskan perjalanan ke rumah orang tuanya.

"Tak baik buat Ann macam tu," tegur papa setelah didalam kereta.

"Tak ada apa lah papa. Ann dah masak dengan perangai Tina," jawab Qiasatina.

"Patut Ann cakap Tina banyak buli Ann," ada tawa dihujung percakapan papanya. Terima kasih Ann kembalikan senyuman puteri papa.

"Kenapa ibu tak ikut papa?" soalnya.

Dari tadi lagi dia cuba menahan untuk bertanya. Rindu benar dia.

"Ibu tengah masak makanan kesukaan Tina. Itu sebab ibu tak ikut," balasnya sambil menggosok kepala Qiasatina.

Cantik dia melihat Qiasatina bertudung. Sejuk matanya melihat puterinya berubah.

"Tina cantik macam pakai macam ni," Puji papa.

"Dulu tak cantik ke papa," guraunya

"Dulu cantik tapi biasa-biasa saja. Kini cantiknya bertambah kerna aura ibu ada dalam diri Tina,"ucap papa.

"Ermm aura ibu ke aura keibuan papa? Tina balik bukan untuk berkahwin papa. Tujuan Tina balik Tina nak berbakti pada papa dan ibu. Berkahwin dan cucu untuk papa mungkin lambat lagi, papa." Terus terang Qiasatina berkata.

Dia tidak mahu berkahwin dalam masa terdekat ini. apatah lagi kepulangannya ini akan mendekatkan dirinya pada si dia yang dulu. Dia tidak mahu papa atau ibu salah anggap kerana dia tahu hubungan Raffezri bersama teman wanitanya sudah berakhir. Tidak sama sekali dia akan kembali menjadi teman wanita lelaki itu. Jangan harap.

"Pandai anak papa baca niat papa ye," kata encik Nazari.

"Mestilah."

"Lambat atau cepat Tina akan berkahwin juga nanti. Semua sudah tertulis. Kita hanya mencorakkannya sayang. Indah perancangan kita cantik lagi takdir dari Allah," kata papa telus meresap dalam jiwanya.

"Ya papa. bukan sekarang tapi suatu hari nanti," balasnya.

Topik ini harus segera ditamatkan. Cermin tingkap di buka. Angin yang menampar muka terasa nyaman. Rindu pada suasana Kampung Perlop ini. Pokok sawit yang berusia dua puluh tahun itu sudah meninggi. Kelihatan juga buah sawit yang sudah masak. Keadaan pokok yang sudah di groming pelepahnya menandakan buah tersebut akan dikait nanti. Bagaikan terdengar daun pelepah dan buah sawit terhempas mencium bumi. Ahh rindunya suasana ini. Pokok getah seakan-akan melambai kearahnya. Terbawa oleh tiupan angin. Tak sabar rasanya mahu ikut papa ke kebun. Di kiri dan kanan jalan yang menuju ke kampungnya ini penuh dengan pokok getah dan sawit. Kereta papa membelok ke arah kanan. Memasuki kawasan taman perumahan.

"Jom turun kita dah sampai. Ibu tentu tak sabar tu," ajak papa.

Qiasatina keluar dari perut kereta dan mengambil beg pakaiannya. Beratnya. Barang apalah aku bawa balik ni. Nasib Ann yang tolong angkat tadi.

"Biar papa bawa. Tina pergi jumpa ibu dulu," arah papa.

Segera Qiasatina menganggukkan kepalanya. Faham sahaja papanya, apa yang difikirkan.

"Ibu." panggil Qiasatina.

Dia melihat ibu sudah berjalan keluar dari dapur. Segera dia belari anak ke arah ibu yang berbaju kurung kedah dan berkain batik. Tubuh ibu dipeluk erat. Pipi ibu menjadi habuan mulut kecilnya. Air mata ibu disapu oleh jari runcing Qiasatina.

"Jangan nangis ibu. Tina dah balik ni. Tina dah nampak jalan sini," guraunya untuk menutup kesedihan ibunya. Bahunya ditampar lembut.

"Ibu tengah sedih, dia bergurau pula. Tina ni satu-satu anak ibu dengan papa tahu. Ibu mana tak sedih anak dia tak nak balik-balik," kedua-dua pipi Qiasatina dipegang geram.

"Eye. Tina tahu ibu. Itu sebab Tina balik. Bosan hari-hari tengok muka Ann. Makan dekat kedai." adunya.

"Tahu pun. Dah pergi mandi. Buang segala daki-daki Johor tu. Ibu nak sambung masak kejap," gurau ibu pula.

"Papa tengok ibu ni," adu Qiasatina,

"Hari-hari papa tengok ibu. Sehari tak tengok, tak tenang jiwa papa tau," balas papa sambil menuju ke ruang tamu. Qiasatina hanya tersenyum. Papa mesti menangkan ibu. Nanti sambung mengadu. Mandi dulu.

"Hargghh lega," sejuk air kampung walupun sudah petang.

Bertolak awal pagi dari Johor petang juga sampainya. Banyak persinggahan dilakukan. Tuala diatas kepala digosok beberapa kali. Dia melabuhkan punggung dibirai katil. Matanya tertacap kearah tingkap. Rumah sebelah dan bilik itu. Masihkah dia di bilik itu? Qiasatina menjungkitkan bahu. Sikat rambut ditepi dicapai. Rambutnya agak sukar disikat kerana dia berambut kerinting. Perapi pula kehabisan. Bertambah sukar la jawabnya. Berbaju tshirt dan skirt labuh dia menapak ke dapur.

"Sedapnya ibu. Ini yang sayang ibu ni. Ada laksa la. Dapnya," dia sudah membuat aksi kebudak-budakkannya.

"Panggil papa kita makan," arah ibu.

"Papa, ibu panggil makan," jerit Qiasatina.

"Hisy. Pergi depan panggil bukan jerit. Tak senonoh la anak ibu ni. Pergi depan panggil," marah ibu

"Papa, ibu panggil makan. jom cepat la. Tina tak tahan tengok laksa ni." gesa Qiasatina. Encik Nazari berjalan ke ruang dapur. Qiasatina tersengih.

"Sedap la ibu. Nak lagi," kata Qiasatina entah kali ke berapa.

"Sudah la tu. Tiga kali dah Tina tambah tu. Nanti gemuk macam dulu baru tahu," tegur ibu.

"Kalau gemuk Tina balik Johor balik lah. Boleh kurus balik," ucap Qiasatina diselangi tawa. Encik Nazari hanya tersenyum melihat wajam masam isterinya.

"Ibu tak akan izinkan untuk kali kedua," ucapnya tegas.

"Tengoklah macam mana,"balas Qiasatina bersahaja. Dia pun tak nak balik sana. tapi seronok kenakan ibunya.

"Tak payah masak sedap-sedap Lina oi. Tak la Tina gemuk." kata papa.

"Mana boleh," tingkah Qiasatina.

"Ibu masak sedap-sedap tau," tokoknya lagi. Tahu pun takut. Mereka ketawa bersama.

"Sakan dengar gelak tawa rumah sebelah tu kan bang," tegur Puan Salmiah sewaktu melalui belakang rumah.

"Mananya tak gamat, Tina dah balik tu. Itu bising sekampung tu,"balas Encik Hamdan.

"Apa abang? Tina dah balik." soalnya lagi.

"Ye. Menantu tak jadi awak tu dah balik. Zari bagi tahu semalam. Jumpa dia dekat kebun," beritahunya.

"Yang awak tersenyum tu dah kenapa? Jangan buat sesuatu yang abang tak suka," tegur suaminya beserta amaran.

"Ish abang ni. Miah senyum sebab dah lama tak dengar gelak Tina tu. Lama bang dia tinggalkan kita. Jejak sini pun tidak. Alih-alih Zari dengan Sal yang kena ke Johor. Miah harap kecewa Tina tu sudah beransur hilang," katanya

"Dah hilang la kot. Itu dia balik. Anak teruna kamu tu yang hilang hari ni. Dari tadi tunggu tak muncul-muncul," angin betul dia dengan Raffezri.

Tadi kata nak balik. merayap tak habis-habis. Kerja dah habis buat ke belum tu. Yang dia tahu nak memancing aje kerjanya.

"Abang cari Raff kenapa? Dia ke kebun sawit Pak Latif harini. Ambil buah katanya," terang Puan Salmiah.

"Patutlah. Dari tadi bagi tahu kan senang. Suruh tunggu dekat rumah tapi dia tak muncul-muncul," Encik Hamdan mencapai kunci motorsikalnya.

"Abang nak ke mana?"

"Ke kebun la. Tutup kandang kambing. Nanti lewat kambing masuk kampung pula," beritahu Encik Hamdan.

Puan Salmiah hanya menggangguk. Dalam kepalanya mula merencanakan sesuatu. Mana tahu dulu tak jadi sekarang munkin akan jadi. Siapa tahu? Hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

"Umi buat apa tu," tegur Raffrezri dari belakang.

"Oh mak kau terloncat," latah Puan Salmiah.

"Raff lain kali tegur dari depan. Tak sayang umi ke," marah Puan Salmiah

"Maaf umi. Raff tengok umi asyik sangat. Raff balik pun tak dengar. Umi goreng karipap. Rajin umi buat. Nawi nak balik ke?" soalnya sambil mengambil karipap lalu dibawa ke mulut. Lapar gila dia hari ini. Tambah kerja berat pula. Hampir tiga tan kelapa sawit diambil hari ini. Lembik juga rasanya.

"Mana ada Nawi balik. Umi saja buat," balas umi.

Dia memandang ke arah Raffezri yang berdiri di depan pintu. Tangannya memegang bendul pintu. Jelas kelihatan urat di tangan anaknya yang berotot tegang itu.

"Raff hantar dekat rumah ibu boleh tak, yang dalam pinggan tu," pinta umi. Pinggan yang sudah terisi karipap itu di sua ke arah anak terunanya

"Malaslah umi. Raff nak mandi," alasan diberikan. Buat apa hantar. Yang suka makan karipap ini Tina. Bukan dia ada pun. getus hati Raffezri.

"Pergilah sekejap. Bukan lama pun. Sepuluh langkah ja pun. Lagipun kaki kamu panjang. Sepuluh langkah pun tak sampai kot. Pergilah sekejap. Bukan susah pun. Lain lah kalau umi suruh kamu melamar Tina," bebel uminya sudah bermula.

"Yela. Yela. Raff pergi," sejujurnya dia malas mendengar bebelan umi mengenai Tina.

"Siapa yang bagi salam tu ibu?" tegur Qiasatina.

"Ada orang bagi salam ke? Kejap ibu pergi tengok," kata Puan Salina.

"Tina nak pakai tudung kejap," segera dia melarikan diri ke bilik mencari tudung yang sesuai.

Pintu dapur dibuka. Kelihatan Raffezri di muka pintu. Terkejut Puan Salina. Jarang Rafffezri ke mari melainkan hal kebun. Muka suaminya dipandang.

"Eh tak ibu. Ini umi ada buat karipap. Umi suruh Raff hantar. Umi tengah goreng karipap," terangnya.

"Ooo.. Masuklah dulu. Langkah kanan kamu hari ni. Ibu ada buat laksa. Sekejap ibu tukar pinggan karipap ni," ligat tangan Puan Salina bekerja.

Raffezri memandang meja makan terdapat ada tiga pinggan laksa. Dilihat hanya ibu dan papa. Siapa lagi seorang. Hendak bertanya segan takut juga dilabel penyibuk. Tak mungkin Tina balik. Tapi Tina sudah balikkah? Bersediakah aku untuk berhadapan dengannya. Soal Raffezri kepada dirinya sendiri.

"Umi kamu ni lah suka buat makanan kesukaan Tina. Kalaulah dia tahu," tak sempat Puan Salina berkata lanjut ada suara memotongnya.

"Siapa yang datang ibu?"soal Qiasatina tanpa memandang ke arah pintu.

"Dekat pintu tu. Suruh masuk tapi tercegat dekat situ," kata papanya..

Tergaman Qiasatina melihat. Kata-kata papa tidak lagi didengarinya. Dia tidak menyangka terlalu awal perjumpaan mereka. Kedua-duanya seakan kelu untuk berbicara. Melihat Raffezri dihadapannya kini sangat berlainan. Berbaju tshirt lusuh. Seluar jeans kotor dan koyak dibahagian lutut. Kekacakan yang dulu tiada. Semacam sedikit selekeh. Mungkin baru balik dari kebun itu yang tak nampak kesegakkannya. Kelihatan susuk tubuh itu sedikit berisi dan tough.

"Nah Raff. Cakap dekat umi terima kasih. Buat susah-susah je, " kata ibu.

Qiasatina masih lagi terpacak disisi papanya.

"Raff tak masuk makan dulu ke," pelawa papa.

Qiasatina buat muka. Dia tidak suka. Terasa jengkel dihatinya. Perasaan bencinya seakan kembali menyapa.

"Baik ibu. Tak kut papa. Baru balik kerja nak balik mandi dulu," beritahunya sebelum menghilangkan diri.

Berbezanya Qiasatina. Cantik. Berbaloi dengan pelariannya. Tapi dia nampak padangan gadis itu tidak selesa dan benci. Jelas raut wajahnya menunjukkannya. Salah dia juga memberi harapan dan tidak berterus terang. Biarlah dia bukan siapa-siapa lagi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience