Bab 3

Romance Series 5614

Qiasatina menolak selimut yang menutupi mukanya. Deringan telefon begitu menganggu tidurnya. Matanya menatap jam didinding. Siapa yang menganggu paginya ini. Ahh deringan itu.

"Nak apa? Subuh tak azan lagi Ikhwanul Halimi oi," sergahnya tanpa salam. Deringannya sudah diset untuk mengetahui siapa pemanggilnya.

"Hahaha," terletus tawa Ann.

"Tak payah nak ketawa sangat. Nak apa cakap cepat. Qia mengantuk ni," alarm azan pun tak bunyi lagi. Lelaki ini sudah mengisi harinya.

"Nak pujuk puteri kitalah. Nanti merajuknya menjadi dua bulan. Gelap langit Ann nanti," kata lelaki tersebut.

Badannya disandar di kepala katil. Suka dia mengusik.

"Tak adanya dua bulan. Up sampai tiga bulan sebab lambat. Rajuknya semalam. Pagi ni baru nak pujuk. Lewat lebih dua belas jam tau," balas Qiasatina.

Mukanya sudah muncung. Dia tersengih seakan Ann boleh melihat muncungnya itu.

"Jangan macam tu Qia. Semalam Ann bagi peluang Qia lepas rindu dulu. Sebab tu Ann tak pujuk. Tak nak menganggu," alasan diberikan. Tak sanggup dia menunggu hilangnya rajuk si gadis itu.

"Ok petang ni Ann belanja laksa telur dadar dekat pekan nak tak," tokoknya sambil memujuk. Makanan kesukaan Qiasatina diutarakan. Mesti hilang rajuk nanti tu.

"Ala Ann ni. Qia tak ambil hati pun. Macam tak faham Qia," balasnya sambil menguap. Gantuknya masih bersisa. Selimut didada dibetulkan.

"Menguap tutup mulutlah. Syaitan masuk nanti," tegur Ann.

" Mana Ann tahu Qia tak tutup mulut," segar terus matanya. Ann nampakkah?

"Boleh baca tingkah Qia tu," lima tahun membuat dia mengenali tingkah gadis itu

"Ok la Ann. Bab merajuk tu setel ek. Bantal busuk Qia panggillah," dia baring mengiring sudah bersedia untuk menyambung bahteranya.

"Ok. Kira laksa tu tak payah la kan. Huh lega tak membazir duit Ann," katanya.

"Siapa cakap tak payah. Laksa tu wajib. Dari Johor Qia dah aim. Nak Ann belanja," balasnya sambil tergelak.

"Ceh. Ingat tak mahu," kutuk Ann.

"Ok bye Ann," dia sudah mahu menamatkannya

"Ash shalaatu khairum Minan-nauum. Prayer is better than sleep," kata Ann.

"Tahu la Ann. Tidur kejap la. Ada setengah jam lagi ni," balas Qiasatina.

"Apa salahnya sudah tersedar awal ni bangun buat yang sunat dulu. Kan bagus puteri,"Ann memujuk.

"Mana ada tersedar tu. Ann yang kejutkan Qia," bantah Qiasatina. Ada benarnya juga kata Ann tu.

"Ok Wake up girl. Jumpa petang ni. Tak bangun tak ada laksa petang ni. Ann mungkin tak tahu tapi Allah tahu." balasnya bersahaja. Dia tahu Qiasatina mudah dipujuk kalau kena dengan caranya.

"Ye. Ann tak suruh pun Qia memang nak bangun dah."Balasnya geram.

Ikhlaskan hati kau Qiasatina. Ermm boleh ikut papa solat dekat masjid. Bisik hati Qiasatina. Panggilan di matikan. Selimut diselak dan berlalu ke bilik air.

"Papa tunggu. Tina nak ikut pergi masjid," katanya ketika melihat papanya melangkah ke muka pintu.

"Tina nak solat subuh dekat masjid ke?" soal ibu. Qiasatina mengangguk

"Pergi ambil kunci kereta cepat." arah Papa.

Cuaca pagi begitu mendamaikan. Sejuk terasa ke tulang. Qiasatina berdiri dihalaman rumah. Matanya melihat bunga yang ditanam ibunya. Menjadi sekali bunganya. Pelbagai jenis warna bunga kertas atau nama saintifiknya bougainvillea. Macam tajuk lagu kumpulan spring tu. Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis. Nama Inggeris bunga ini dinamakan sempena nama seorang Komander Laut . Paip air dicapai dan bunga-bunga dihadapannya disiram riang. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah waktu pagi. Ia kerana tanah akan menjadi lembab waktu pagi sebelum matahari naik dan memanaskan tanah tersebut.

"Macam tak pernah siram pokok. Senyum sorang-sorang," tegur lelaki berbaju kebun itu. Qiasatina memandang tajam lelaki tersebut.

"Kalau tak pernah siram pun kenapa? Ada masalah ke dengan kamu?" balas Qiasatina dengan luatnya.

Raffezri. Dia sudah nekad untuk melancarkan perang saraf dengan lelaki itu..

"Masalahlah jugak. Tengok kamu tersenyum macam orang tak betul. Nanti orang cakap jiran aku tak sihat," balas Raffezri geram.

Sakit hatinya mendengar balasan dari bibir mungil itu. Hilang terus niatnya mahu bertanya khabar.

"Orang tak cakap tapi kamu yang cakap," kata Qiasatina sambil menutup kepala paip. Rosak moodnya pagi ini.

"Kalau aku yang cakap kamu nak buat apa?" soal Raffezri.

Qiasatina menghampiri lelaki yang berada di halaman sebelah rumahnya. Berbezanya dia. Betul-betul lelaki kampung. Berbaju tshirt putih dipakai bersama jaket denim yang lusuh. Seluar yang sama macam semalam. Diakah lelaki yang bersama aku dulu. Tapi aku memilih dia bukan kerana paras rupa. Detik hati Qiasatina.

"Aku akan pastikan kamu menyesal," balas Qiasatina. Dia berada dihadapan lelaki itu. Raffezri menunduk sedikit.

"Ok." kata Raffezri sambil mencalit sesuatu dipipi Qiasatina.

Qiasatina mendengus geram. Pipinya dikotori dengan tanah. Matanya mengerling ke arah tangan Raffezri, kelihatan ada serai dua batang. Dia meninggalkan Raffezri dan berjalan ke arah pintu belakang dapur.

"Kamu siram bunga ke tanam bunga?" perli Puan Salina. Dia melihat Qiasatina mencuci kesan tanah dipipi.

"Dua- dua ibu."

"Erm Tina. Ibu dengan umi ada planning nak buat ni," Beritahu Puan Salina.

"Planning apa ibu?" laju dia bertanya. Jangan mengenai raffezri. Tidak. Jerit hatinya nanti.

"Umi nak buat kenduri kesyukuran untuk Tina. Akhirnya terbuka juga hati Tina untuk pulang katanya. Ibu tak bagi buat sebab Tina dah pesan dekat ibu Tina tak mahu kan," Qiasatina mengangguk lega. Bukan kaitan dengan Raff. Ada sebab mengapa dia tidak mahu mengadakan kenduri trauma dulu masih terasa. Kerana hal itu dia tidak suka akan kenduri.

"Ibu ingat nak buat makan-makan je. Antara kita dengan keluarga umi. Dengar katanya, Nawi pun balik harini dengan Ziela," tokoknya lagi.

"Boleh je ibu. Bab makan Tina tiada halangan. Malah menggalakkannya lagi," Balas Qiasatina sambil ketawa.

"Ok jom bawa ibu pergi supermarket. Papa dah ke kebun." Ajak ibu.

Pasaraya TF di pekan Sungai Siput dilihat. Signal kereta diberi dan Qiasatina membelok. Selesai meletakkan kereta dia mengagau beg tangannya. Laju dia menyentuh skrin telefon. Nama Ann dicari.

"Hello Ann petang ni tak jadi. Ibu nak masak sedap-sedap,"kata Qiasatina setelah mendengar suara Ann.

"Waalaikumusalam," balas Ann. Qiasatina mengigit bibir. Tersedar kesalahannya.

"Hihihi. Excited sangat tadi," kata Qiasatina lagi.

"Ibu nak masak apa Qia?" Soal Ann.

"Tak tahu lagi. Sekarang Qia ada dekat pasaraya TF. Nak cari bahan mentah," balas Qiastina sambil mendekati ibunya di pintu masuk.

"Ok tunggu Ann."

"Call siapa?" tanya ibu

"Ann."

"Dia on the way ke sini. Nanti dia boleh tolong masak." Otak nakal Qiasatina sudah mencerna.

"Habis Tina tak nak tolong ke," Qiasatina mengangguk.

"Mestilah tolong. Tina tolong makan," Jawapan Qiasatina membuatkan bahunya menerima tamparan berapi dari ibunya'

"Sakitlah ibu."

"Jawab macam tu lagi."

Susasana dapur riuh rendah. Hakikatnya hanya mereka bertiga sahaja di dapur. Suara bertelingkah dan gelak tawa antara Qiasatina dan Ann menjadi halwa telinga ibunya. Sesekali dua ibunya menyampuk

"Ibu nak tahu tak Qia dekat sana malas masak. Pagi-pagi dah telefon ajak pergi makan. Buruk tak perangai," Ann mengutuk Qiasatina.

"Ann" jerit Qiasatina. Kurang asam betul. Masak kena bebel dengan ibu nanti ni.

"Betul ke Tina?" tanya Ibu.

"Mana ada malas ibu. Cuma kurang kerajinan je. Ann ni saja kan."

"Kita orang perempuan kena selalu masuk dapur. Belajar memasak. Kalau dah tahu masak kita belajar resipi baru pula. Itu yang boleh ikat perut suami nanti," kata Puan Salina

Qiasatina mengangguk. Tidak berani melawan. Nanti panjang lagi hujahnya. Dia memandang Ann dengan pandangan yang geram. Pisau diacukan. Ann menjengilkan matanya. Qiasatina buat muka.

"Raff pergilah rumah ibu. Tolong apa yang patut," arah ibu.

"Malas," sering kali itulah jawapan diberikan.

"Tak nak pergi sudah. Nanti putih mata tengok Tina dengan orang lain," kata Puan Salmiah. Sejujurnya dia risau seandainya Qiasatina menjadi milik orang lain.

"Umi Raff dengan Tina dah tak ada apa-apa. Raff yang tinggalkan Tina. Tak ada istilah putih mata," Balasnya.

Dia tidak suka dikaitkan dengan Qiasatina. Baginya kisah mereka sudah tamat.

"Terpulanglah pada Raff. Pada umi, umi nampak masih ada cinta dalam mata Raff tu. Umi pergi umah ibu. Nanti jangan tak datang pulak"

Raffezri menghantar ibunya dengan pandangan mata. Dia mengeluh. Naluri ibu memang tidak dinafikan ada betulnya. Masih ada cinta di hatinya. Tapi pada mata Qiasatina penuh dengan benci. Bagaimana mungkin terjadi sesuatu antara mereka lagi.Gitar di tepi dibawa ke dadanya. Jarinya terus memetik tali gitar. Melodi luahan hati menjadi pilihannya.

"Tina tolong pergi panggil Raff dekat rumah. Umi dah pesan tadi suruh datang. Nak kena berjemput juga mamat galah tu. Raff ada dekat beranda tadi," Pinta umi.

Mata Qiasatina terus menatap mata Ann. Meminta pandangan. Ann hanya mengangguk dan tersenyum. Qiasa meramas kain lap tangan dengan geram. Minta tolong boleh pula dia tersengih. Jaga kau Ann.

"Umi panggil kamu makan," kata Qiasatina ketika dia sampai di beranda rumah umi.

"Umi panggil ke kamu panggil," tanya Raffezri dengan niat hendak bergurau.

"Kamu dengar macam mana. Aku sebut Tina ke umi," kasar Qiasatina membalasnya.

"Umi."

"Dah tu tanya lagi kenapa?"

"Tapi aku dengar dari mulut kamu yang seksi ni," Balas Raffezri menggoda. Dia bangun menghampiri Qiasatina. Seronok pula mengusik. Muka Qiasatina merah menahan marah itu dia suka. Senyum panjang dia pagi tadi melihat Qiasatina bebal.

"Tak nak makan sudah," segera Qiasatina melarikan diri.

Nanti apa pula dicalitnya lagi. Bukan boleh harap Raffezri ni. Menjengkelkan.

Kebetulan Qiasatina berpaling kereta Persona milik Nawi sampai di perkarangan rumah. Teruja dia meyambut kepulangan Ziela dan Nawi.

"Ingat sampai lambat. Jom pergi makan. Langkah kanan ni. Orang tu tak nak makan." kata Qiasatina merujuk kepada raffezri.

Akhirnya Raffezri mengikut langkah mereka dari belakang. Makanan sudah terhidang. Terdapat pelbagai jenis masakan antaranya siput sedut masak lemak cili api, makanan kegemaran Raffezri ikan keli goreng, asam pedas keladi dan lain-lain. Kecur air liur dibuatnya. Doa pembuka rezeki dibaca oleh Ann.

"Tina. Ambil ikan tu." kata ibu.

"Bagi dekat Raff tu. Ikan keli goreng tu kesukaan dia tu." tokok ibu lagi. Terbantut pemberian Qiasatina.

"Qia sini sikit.' pinta Ann.

Qiasatina menghulurkan kepada Ann dan kemudian kepada Raffezri. Raffezri memandang lelaki disebelahnya. Siapa lelaki yang memanggil Qiasatina dengan panggilan Qia? Apa dia akan berputih mata? Setiap patah yang keluar dari mulut umi adalah doa. Kalau benar dia harus terima hakikatnya.

"Itu Ann, Raff. Kawan Tina masa dekat Johor. Asal orang Kuala Kangsar juga," beritahu Encik Nazari yang seakan memahami riak muka Raffezri. Ann dan Raff tidak sempat lagi untuk bertegur sapa. Masa Raff ke mari, Ann dan yang lain tengah menikmati juadah.

"Bukan kawan je papa. Ann lebih dari seorang sahabat untuk Tina," kata Qiasatina.

"Ermm macam dah terasa makan nasi minyak je ni." kata Encik Hamdan.

"Kan abi. Kompang pon dah terdengar ni" sambung Nawi.

"Siapa pengantin lelaki tu?" tanya Ziela.

"Raff la" Laju Ann menjawab. Serentak Qiasatina dan Raffezri tersedak.

"Ada jodoh ni," kata umi.

Wajah Qiasatina membahang. Seleranya terbantut. Matanya menghantar isyarat 'jaga kau' nanti dekat Ann. Ann hanya tersengih. Lain pula bagi Raffezri. Apa maksud dia sahabat Qiasatina ini? Jangan haraplah. Sakit pula hatinya mendengar Qiasatina memuji Ann.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience