Bab 1

Romance Series 5616

Qiasatina memandang diari ditepi laptopnya. Hatinya serba salah. Sudah empat tahun dia melakukannya. Untuk tahun ini hatinya resah untuk berbuat demikian. Perlahan dia melepaskan keluhan. Komputer riba dihidupkan, lincah jarinya menekan. Laman muka buku miliknya dibuka. Diklik bahagian mesej. Setelah dijumpai nama gerangan laju tangannya menaip. Dibaca berulang kali agar tidak salah.

Selamat ulang tahun perkahwinan Ziela.

Semoga dilimpahi rahmat dan kasih sayang

Dalam rumahtanggamu.

Butang hantar ditekan. Diari yang berusia lima tahun itu ditatap. Setitis air matanya jatuh. Terbayang wajah lelaki yang dicintainya. Senyuman dia mengentarkan hati ini. Masa yang terluang pasti diisi bersama. Ditambah pula membesar dalam suasana kampung. Jujur dia rindu. Rindu kehadiran lelaki di sebelah rumahnya. Mengenali lelaki tersebut sejak dari zaman sekolahnya. Dari benci menjadi cinta. Keluarga menggelar kami merpati sejoli. Hubungan lima tahun terkandas di tengah jalan. Si dia mula berpaling arah.

"Kita bertunang lepas Tina habis spm nanti mahu? Umi dengan abi dah setuju. Umi cakap boleh buat hari nikah Nawi nanti. Jimat bajet katanya," kata Qiasatina riang.

"Tak naklah," balas lelaki yang berusia dua puluh lima tahun itu.

"Kenapa. Abang dah tak sayang Tina ke?' suaranya mula berubah.

"Sikit-sikit soalan yang sama. Tak ada soalan lain ke? Bosan tahu tak. Lagi pun abang tak puas lagi nak enjoy," bahasa cuba ditahan.

Dia tidak mahu melatah. Sejujurnya dia sudah tidak tahan dengan sikap Qiasatina. Entah mengapa rasa sayangnya kini makin menghilang. Adakah disebabkan sikap cemburu Qiasatina yang melampau? Bosan diasak soalan yang sama.

"Sampai hati abang cakap macam tu. Dulu abang juga yang cakap lepas habis spm kita kahwin. Tina ajak tunang je dulu. Bukan kahwin lagi. Tinggal paper akhir dah..."

Aku cakap macam tu ke dulu. Detik hati lelakinya.

"Abang tak nak," kata akhir diberi.

"Tina bagi tahu umi dengan abi, abang tak nak," dia cuba mengugut dalam nada bergurau.

Tajam mata Raffezri memandang. Qiasatina tersenyum. Perempuan ini harus diberi pengajaran. Ingat selamanya dia akan mengikut kata. Memang dulu dia sayang semua dia turuti.

"Kita putus. Jangan tanya sebab apa!" kata Raffezri.

"Abang Tina bergurau ja. Tina suh umi dengan abi tangguhkan," itu sebetulnya. Niatnya hanya mahu bersenda. Untuk meminta umi dan abi Raffezri menangguhkan tiada masalah baginya. Keluarga mereka amat rapat. Itu sebab hubungan kami direstui. Tapi amarah lelaki yang dicintai ini berlainan hari ni.

"Tak payah. Aku nak kita tamatkan hari ni juga."

"Tamatkan apa?" Qiasatina cuak.

"Kita putus. P.U.T.U.S," satu persatu huruf disebutkan oleh Raffezri.

"Tina tahu Tina salah. Tina tak gurau lagi. Tina janji," dia cuba memujuk.

"Gurau tak gurau." nanti kau buat lagi macam aku tak tahu. Ayat itu hanya tersimpan tidak diluahkan

"Abang ada orang lain ke?" soalan yang bermain difikiran akhirnya terluah jua.

Dia meletakkan sepenuh kepercayaan kepada lelaki ini. Berubah riak muka Raffezri. Terkejut kerana sememangnya dia ada mengenali wanita lain.

"Betul abang ada orang lain," disoalnya lagi.

"Ya," pendek Raffezri membalas. Namun cukup menghancurkan hati wanitanya.

"Baik kita putus," akhirnya Qiasatina bangun meninggalkan meja batu. Tempat mereka selalu bersembang.

Hatinya sebak. Jawapan dari Raffezri seumpama pisau menghiris hatinya. Dia tidak setia. Hatinya terjerut. Sakit. Air matanya gugur.

Raffezri terkejut dengan reaksi Qiastina. Sangkaannya Qiasatina akan menangis dan memarahinya, sebaliknya terjadi. Qiasatina tenang. Dia memerhati Qiasatina meninggalkannya. Raffezri tersenyum. Nanti mesti Qiasatina akan merayu padanya. Sorry sayang cinta untuk mu sudah tiada.

Berhari-hari berlalu tiada pujukan dari lelaki dambaannya. Memang benar ada wanita lain dihati lelaki itu. Sakit hatinya. Puas juga dia merayu tapi hampa. Hatinya lebih terusik bila dia cuba untuk mengambil hati lelaki itu kembali dibalas dengan herdikan.

Hari perkahwinan Nawi, adik kepada Raffezri kini tiba. Dia berbaju biru laut, mengikuti tema keluarga Raffezri. Nawi merupakan seorang askar. Nawi kelihatan segak beruniform tentera. Sesekali dia bergambar bersama Nawi. Tidak banyak kerana bimbang Raffezri cemburu. Tetap dia memikir tetap Raffezri walaupun lelaki itu sikit pun tidak mempedulikannya.

"Tina," panggil Puan Salmiah.

"Ya umi."

"Raff mana? Umi tak nampak dia dari tadi ni. Pengantin dah nak sampai. Pengapit hilang kemana."

"Abang cakap kat Awi dia tak nak jadi pengapit," jawapan Nawi membuat Qiasatina tersentak.

"Tak pa umi kawan Awi ada," tokoknya lagi. Umi mengangguk.

Puas tangan Qiasatina mendail cinta hatinya. Ya mesti orang menganggapnya gila bayang. Jujur dia tidak boleh menerima perpisahan mereka. Berkali didail tapi jawapannya hampa.

"Tina boleh tak jadi pengapit perempuan?" tanya Nawi.

"Pengapit perempuan tiba-tiba sakit perut pulak. Bini Awi minta tolong ni. Nanti dia belanja aiskrim," pinta Nawi berserta memberi tawaran.

"Pastikan aiskrim paling mahal," jawab Qiasatina.

Paluan kompang sudah berbunyi menandakan pengantin sudah bersedia melangkah masuk. Sampai dipelamin Qiasatina menjalankan tugasnya. Upacara merenjis dia melihat umi bercakap dengan seseorang. Dia tersenyum melihat Raffezri dihadapan umi. Niat untuk tersenyum pada jejaka yang terpaut dihatinya mati. Hatinya mula tidak sedap. Dia terpana melihat pegangan tangan lelaki itu. Matanya mula pedih. Airmata seakan mahu membanjiri. Diakah wanita yang mengantikan aku dihati Raffezri? Ya Allah sakitnya bukan kepalang. Melihat senyuman Raffezri menjerut hati wanitanya. Raffezri teganya kau. Qiasatina menunduk tisu yang sepatut mengelap pengantin sudah dijadi pengelap air matanya. Setitis air matanya jatuh diatas tangan Ziela. Ziela berpaling. Kemudian dia mencari punca. Setelah dia tahu tangan Qiasatina digenggam erat.

Raffezri terpana melihat Qiasatina diatas pelamin. Qiasatina sudah melihat dia bersama wanita ini. Lidahnya tiba-tiba kelu. Menangiskah Qiasatina? Arrhh pedulikan. Hubungan kami sudah berakhir. Tiba sesi bergambar dia melihat Qiasatina duduk bersama teman baik Nawi, hatinya cemburu tapi segera diusir.

"Maafkan abang Tina," kata Nawi.

"Kenapa perlu Awi yang minta maaf? Kenapa bukan abang yang minta maaf? Hati Tina sakit. Apa salah Tina dekat dia? Kenapa abang buat Tina macam ni Awi?" luah Qiasatina tanpa rasa segan. Mungkin kerana mereka rapat. Selesai majlis dia membawa diri ke dapur. Nawi mengikutinya,

"Awi tak tahu masalah Tina dengan abang. Dengan maafkan abang mungkin Tina lebih tenang nanti," balas Nawi.

"Sampai bila-bila Tina tak akan maafkan abang Awi. Dia buat hati Tina luka. Luka amat dalam Awi. Sukar untuk Awi faham. Walaupun Tina masih mentah Tina tahu apa itu cinta," Sukar untuk dia terima.

"Awi..."

"Sudahlah Awi. Pergilah depan. Tina nak balik," tak sempat Nawi berkata lagi dia sudah memotong.

Perlahan-lahan dia berjalan pulang. Rumah mereka tidak jauh. Hanya sepuluh langkah sahaja. Hari berlalu hari. Jiwanya kacau. Semua tidak kena.

Dia dari seorang yang agak berisi berat badannya mula menurun. Dia lebih bersyukur umi dan abi memahami dan tidak memaksa ke rumah mereka. Berita berakhirnya hubungan kami ditentang hebat oleh umi pada mulanya. Qiasatina lebih memilih pasrah. Dengan berbekalkan keputusan spm yang cemerlang dia melanjutkan pelajaran di UTM Johor.

Deringan telefon mematikan lamunannya. Hilang segala mimpi dukanya. Kini dia lebih tabah. Saban tahun dia mengucap selamat ulang tahun perkahwinan kepada Nawi dan Ziela kerana tarikh ini menghancurkan jiwa tentang cinta. Selama dia berada di UTM hati tidak terbuka untuk mana-mana lelaki. Baginya cinta mengecewakan tiada yang bahagia. Berkawan itu lebih indah. Ikhwanul Halimi atau dikenali sebagai Ann, lelaki pertama yang menghulurkan persahabatan kepadanya. Kesetiaan lelaki ini menunggu dia habis belajar membuat dia percaya pada persahabatan yang disambut.

"Hello Qia. Kenapa tak keluar lagi? Dah berjam Ann tunggu dekat bawah ni. Tak nak balik ke?" sergah Ann tanpa salam.

"Naklah. Buat apa duduk sini lama-lama," kelam kabut dia keluar dari bilik tidurnya.

"Dah tu tak reti nak turun. Nak kena Ann bentang karpet merah ke. Perak bukan dekat ok," balasnya

"Memang la jauh tapi masih lagi dalam malaysia," balasnya tak mahu kalah.

"Cepat. Membazir kredit Ann ni."

"Berkira. Merajuk baru tahu," acah Qiasatina

"Merajuk lah tak kisah pun. Balik perak sendiri nanti," ugut Ann.

"Kurang ajar punya kawan," jerit Qiasatina dimuka pintu.

Ann hanya tergelak. Beg roda milik Qiasatina ditarik dan disimpan didalam bonet kereta.

"Kita pergi makan dulu. Lepas tu hantar kunci tuan rumah ni. Baru kita balik perak," beritahu Qiasatina mengenai perjalanan mereka.

"Baik tuan puteri."

"Tak payah nak puteri sangat. Jom balik tak sabar ni," balas Qiasatina.

" Tak sabar nak jumpa raja hati ke," gurau Ann.

"Ada jugak yang lebam karang ni. Bawa kereta elok-elok," marah Qiasatina.

"Tak payah nak gelaklah," bengang Qiasatina mendengar tawa Ann.

Kawan baiknya sejak dia belajar di UTM ini. Ann merupakan senior dia. Sanggup menunggu dia habis belajar di UTM dengan bekerja kontrak di syarikat swasta. Mereka sama-sama berasal dari Sungai Siput. Perwatakan Ann yang bersahaja membuat dia senang untuk berkawan. Keikhlasan Ann bersama dia membuat hati dia percaya kepada lelaki tapi bukan pada cinta.

"Qia",Panggil Ann.

"Apa?"

"Kalau ibu suruh Qia kahwin dengan dia macam mana?" soal Ann.

"Tak nak la Qia. Qia ajak Ann kahwin dengan Qia."

"Tak naklah Ann. Tak sanggup tukar sebuah persahabatan jadi perkahwinan. Sahabat lain. Isteri lain," jawab Ann.

Jawapan yang sama diberikan. Sudah berkali mereka bergurau hal ini.

"Ajak kahwin pun tak nak,"

"Bukan macam tu," dalih Ann.

"Habis tu siapa suruh buka bab ni. Kalau tak nak kahwin dengan Qia jangan sebut hal ni lagi," angin Qiasatina.

Suka betul buka bab kahwin ni. Pada dia sendiri pun memang dia tidak mahu berkahwin dengan Ann.

"Ann bukan apa. Sejak Qia belajar mana Qia balik kampung langsung. Dia orang yang datang sini melawat Qia. Hati orang tua kita tak tahu Qia. Elok Qia balik sana dia orang suruh kahwin. Tak ke haru." Terang Ann.

"Ann please. Qia tak nak sembang pasal ni. Qia ada sebab Ann. Tapi itu dulu. Sekarang semua tu tak penting dah. Lagi pun niat Qia lepas ni memang nak duduk dengan ibu dan papa. Kalau boleh memang tak nak tinggal dia orang dah," balas Qiasatina.

"Janji dengan Ann Qia tak kan lari lagi," Ann menoleh ke arah Qiasatina. Melihat anggukan Qiasatina Ann tersenyum.

"Mana ada Qia lari. Qia naik kereta datang Johor," sengaja dia bergurau.

Suka melawan cakap. Ann merenung tajam.

"Hidup kita perlukan restu Qia. Sesukar mana dugaan itu kita kena redha. Terima hakikat walaupun pahit rasanya dan jangan kecewakan orang tua kita," pesan Ann.

"Baik Ikhwanul Halimi." Qiasatina tersenyum.

Kereta diberhentikan di hadapan restoran. Perut perlu diisi sebelum bergerak ke bandar diraja itu. Ann memerhati telatah Qiasatina. Tidak lokek dengan senyuman. Berbeza dari hari pertama dia menegur Qiasatina. Bukan kata nak senyum siap dengan jelingan diberi. Berkemeja putih lengan panjang dan skirt labuh berwarna hitam. Shawl berwarna putih. Nasib baik putih kalau hitam boleh jadi bahan kutuk ni. Kutuk Ann dalam hati.

"Oit termenung apa? Makan cepat?" Qiasatina menepuk meja. Boleh pula melamun.

"Kejaplah tengah kutuk Qia dalam hati," jujur Ann.

"Okey teruskan. Nanti raya jangan lupa minta ampun,"

Bukan dia tidak mengenali lelaki ini. Ann terlalu jujur baginya. Dia senang bersahabat dengan lelaki berjambang ni. Usai makan mereka bergerak ke Perak.

=?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience