Bab 5

Romance Series 5614

Raffezri tekun membuat kerja. Tangannya cekap mengendalikan mata pisau yang terpaut dicelah pelepah. Direntapnya dan buah sawit menyembah bumi. Bahunya menjadi alas buah kelapa sawit sebelum dikumpul ditepi jalan. Duri yang menyucuk bahu sudah biasa dirasakan. Berat dan sakit sudah tidak dikisahkan. Oleh sebab itu di digelar gaban oleh pekerjanya. Terlalu asyik membuat kerja Raffezri merasakan ada seseorang memerhatinya dari belakang. Dia berpusing melihat. Gadis itu tercegat berdiri. Kelu.

"Kamu nak apa?" tanya Raffezri kasar.

Sebulan lebih gadis mengelak dari dia. Hari ini muncul pula. Raffezri menyambung kerjanya. Dah berubah fikiran ke. Nak ajak aku kahwin la tu. Raffezri tersengih

"Kenapa cari aku dekat kebun ni? Dah ubah fikiran ke. Nak kahwin dengan aku ke?" bertalu soalan di utarakan. Suka menyakitkan hati gadis itu

"Eh eh... Tak ada maknanya."

"Habis tu."

"Ermm Tina nak.. Nak.." tergagap Qiasatina menjawab.

Dia terkejut sergahan Raffezri. Dia juga malu melihat Raffezri yang tidak berbaju itu. Otot tangannya yang pejal dan berketul-ketul. Walaupun tiada six pack tapi body Raffezri cantik seakan-akan lelaki itu selalu ke gim. Cantiknya badan dia macam pelakon Chris Hemsworth didalam filem The Hustman. Kalau dia Chris aku mengurat dah. Gumam Qiasatina. Dia tersenyum sendiri.

"Nak apa?" tanya Raffezri sekali lagi. Dia menghampiri kandang kambing. Baju yang tersangkut di ambil lalu disarung ke tubuhnya.

"Umi suruh Tina pinjam kereta kamu. Tina ada temuduga. Papa dah keluar." lembut dia membalas. Nak meminjam haruslah dia berbaik. Salahnya juga, satu email jarang dibuka. Temuduga sudah diberitahu awal seminggu.

"Umi suruh ke kamu yang nak pinjam?" Soalnya lagi.

Kerap gadis ini menggunakan nama uminya.

"Tina bagi tahu umi. Lepas tu umi suruh pinjam kereta kamu." banyak soal pula lelaki ini.

Dia akan terlambat nanti. Raffezri mengangguk. Sejujurnya dia tidak puas mendengar suara gadis itu. Dia beralah kerana Qiasatina kerap melihat jam. Dia tahu Qiasatina sudah lambat.

"Kunci kereta ada dalam bilik. Bagi tahu umi." kata Raffezri.

Segera Qiasatina berlalu bersama Honda EX5nya

"Terima kasih pun tidak." Raffezri mendengus. Tiba-tiba fikirannya mencerna. Dia mengeluh. Telefon dikocek di ambil.

"Man kau sambung ambil buah dekat ladang aku hari ini," kata Raffezri sebaik Man menyahut panggilannya. Dia selalu bekerja seorang diladang sendiri. Man dan pekerjanya akan mengambil buah sawit di ladang yang lain.

Qiasatina melihat wajahnya di hadapan cermin. Baginya sudah cukup sempurna. Dia membetulkan mekap di pipi. Tidak terlalu tebal. Beg tangan dan fail diambil. Ada lagi sejam setengah. Nasib sempat siap. Dia keluar berjumpa ibu. Setelah itu di berlalu ke rumah umi. Di pandang garaj. Tak ada pun kereta. Jangan buat pasal. Dia bergerak ke tepi apabila melihat Hilux masuk ke laman rumah. Takkan nak bawa Hilux. Adoi. Qiasatina mengeluh. Raffezri menurunkan cermin tingkap Hilux.

"Tak reti nak masuk ke? Nak kena bukakan pintu ke. Dah tahu lambat tercegat pula," marah Raffezri.

"Kamu drive ke? Tina boleh bawa sendirilah. Kamu turunlah. Aku boleh pergi sendiri," dia terkejut Raffezri akan membawanya.

"Tak payah nak mengada. Hilux aku tak pernah orang lain bawa. Cepat masuk!"

"Kiranya kamu driver aku lah kan," kata Qiasatina.

"So boleh duduk belakang lah kan," Qiasatina membuka pintu belakang. Dia melabuhkan punggungnya.

"Kalau nak rasa Hilux ni tak bergerak duduk lah belakang. Sampai esok pun tak apa," balas Raffezri sambil meletakkan tangan dibelakang kepalanya.

Qiasatina merengus geram. Dia menapak keluar. Pintu kereta depan ditutup kuat. Tanda protes. Awal-awal lagi dah menyakitkan hati. Sabar sajalah.

"Dah cepat lah jalan. Orang lambat dah ni," dia menggunakan kata ganti diri orang kerana malas beraku kau.

"Tahulah," balas Raffezri.

"Gen 2 aku Man hantar pergi services tadi pagi. Aku lupa. Nak bagi kamu bawa wife aku ni aku tak yakin." cerita Raffezri. Qiasatina hanya berdiam diri. wife? Hilux ni ke. Tak yakin? Qiasatina tersenyum. Nampaknya kau tak kenal Qiasatina yang baru ni, Raffezri.

"Kamu dah habis kerja ke," tanya Qiasatina berbasa basi. Mahu mengubah suasana.

"Belum. Aku suruh Man sambung lepas dia balik nanti. Tak pun anak buah aku yang lain ada. Tahulah dia orang tu," balas Raffezri.

Seketika mereka berdua mendiamkan diri. Hanya melayani perasaan. Qiasatina membelek telefonnya. Pesanan ringkas di hantar ke Ann. Meminta semangat.

"Kenapa kamu balik?"

Qiasatina terkejut. Hampir terlepas telefon di tangan Qiasatina mendengar soalan dari Raffezri.

"Kenapa tak boleh ke?" tanya dia kembali.

"Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Bukan tak boleh balik. Cuma nak tahu kenapa je. Ingat nak merajuk lagi." balas Raffezri.

Panas telinga Qiasatina. Dia memandang wajah lelaki itu. Tiada perasaan ke?

"Suka hati lah nak merajuk ke. Tak nak balik ke. Kamu tahu apa? Bukan kisah pun. Tak payah nak ambik tahu. Tak penting pun." ambil kau. Berdesing tak. Siapa suruh cari pasal.

"Sebab kamu merajuk lah aku tak boleh nak kahwin tahu tak. Umi tak benarkan aku kahwin dengan Dellina sebab kamu. Tahu tak?"

"So sekarang kamu nak salahkan aku? Cakap je yang Dellina tu tak reti ambil hati umi. Tak payah nak salahkan aku," Qiasatina menyinga. Sejuk penghawa dingin sudah tidak dirasakan.

"Menjawab je kamu ni. Dari dulu tak pernah nak mengaku salah," tuduh Raffezri.

Di sudut matanya kini. Qiasatina sangat berlainan. Padahal dulu Qiasatina bukan begini. Hendak menjawab pun tak berani. Sentiasa beralah.

"Nak buat apa mengaku salah kalau kita tak salah. Dah turunkan aku dekat sini. Aku balik sendiri nanti," kata Qiasatina.

"Aku tunggu," pendek dan tegas Raffezri membalas.

Dia memerhati sekeliling pekan. Di mana tempat Qiasatina temuduga. Syarikat mana. Dia sudah berjanji dengan umi tidak akan meninggalkan Qiasatina.

"Berhenti dekat sini," Qiasatina keluar dari kereta.

Otaknya mengingati alamat syarikat itu. Dekat kawasan perumahan. Qiasatina berjalan sehingga terjumpa taman perumahan. Dia berdiri di hadapan pagar. Tangannya melihat telefon ditangan. Betullah ni. Cantiknya rumah ni. Tak nampak macam pejabat pun. Rumah dibahagian tepi jalan. Tiga tingkat dan bercermin. Cantiknya design dia. Anak siapa yang reka ni? Dia menekan loceng. Pintu pagar terbuka. Langkah diatur.

"Saya ada interview hari ni," kata Qiasatina setelah berjumpa dengan penyambut tetamu di kaunter pertanyaan.

"Cik Qiasatina?" kata perempuan itu. Dia mengangguk

"Ok. Tuan Darwisy dah tunggu kat dalam. Mari saya tunjukkan,"

Pintu bilik di ketuk. Qiasatina melangkah masuk setelah mendengar sahutan dari dalam. Sesi temuduga berjalan lancar. Dia mengagumi lelaki dihadapannya ini. Dalam usia yang muda sudah mampu menerajui sebuah syarikat. Seorang pemaju perumahan yang terkenal. Sudah banyak perumahan yang diselianya. Boleh dikatakan seorang arkitek yang berjaya. Dia sangat beruntung ditawarkan berkerja dibawah MK LAND.

"Terima kasih Tuan. Saya akan lakukan yang terbaik. Terima kasih sekali lagi," Kata Qiasatina sebelum meninggalkan MK LAND.

"Hisy mana dia ni. Cakap nak tunggu. Batang hidung pun tak nampak. Harap je hidung tinggi. Inilah bahananya ego. Nombor telefon pun tak ada," bebel Qiasatina. Dia berdiri di tempatnya turun sebentar tadi. Setengah jam hampa. Dia mula berang. Qiasatina melangkah ke arah kedai makan. Perutnya sudah berkeroncong dangdut. Tiba-tiba dia terperasan Hilux Raffezri dihadapan kedai makan. Kenapa aku tak terpikir dia dekat sini. Waktu makan tengahhari kan. Saat dia berpaling langkahnya mati. Tingkah laku didepan matanya menyakitkan. Cakap dah tiada perhubungan sebab tak direstui tapi ini apa? Sudah tiada hubungan tapi masih boleh berkawan kan. Rasuk fikiran positifnya, Balik makan dekat rumah lagi sedap.

"Raff" lembut panggilan Dellina.

"Kenapa? Ada masalah kongsi dengan Dell," tangan Raff disentuh.

"Tina dah balik" Dellina terkejut. Dia cuba mengawal reaksinya.

"Bila?"

"Sebulan lebih dah," Dellina mengangguk.

Dia tidak mahu cepat melatah. Hati Raffezri perlu ditawan semula. Dan yang paling penting umi Raffezri.

"Raff masih sayangkan Tina," tanyanya. Tiada jawapan diberikan.

"Apa yang Raff tengah fikirkan. Kusut Dell tengok,"

"Raff tengah fikir cara untuk buat umi terima Dell. Raff tak mahu hubungan tanpa restu," kata Raffezri. Dellina tersenyum. Peluangnya masih ada.

"Raff tahu puncanya tapi Raff menidakkannya," Raffezri memandang wajah Dellina tapi matanya terbayang Qiasatina.

"Maksud Dell?"

"Berbaik dengan Tina. Suruh Tina pujuk umi. Dell percaya umi akan ikut kata-kata Tina,"

"Dell pun harus ambil hati umi," kata Raffezri.

"Dell akan cuba," hatinya berbunga riang

"Dengan keadaan sekarang biarlah hubungan kita sekadar berkawan. Raff tak mahu berjanji dan membuat Dell berharap," kata-kata seakan mematikan bunga di hati Dellina.

"Dell faham Raff,"

"Ok. Raff nak balik dulu. Tina mesti tunggu lama tu," dia membuat pembayaran dan meninggalkan kedai tersebut.

Raff meronda sekeliling pekan Sungai Siput tapi bayang Qiasatina tiada. Dia menunggu di sesuatu sudut. Berharap Qiasatina berjumpanya. Sejam berlalu. Perempuan ni tak reti nak telefon ke. Kemudahan banyak tapi tak tahu menggunakannya. Deringan telefon membuat dia terkejut. Nama umi tertera.

"Assalamualaikum umi. Ada apa? Nak kirim barang ke?" tanyanya untuk menutup gundah di hati.

"Waalaikumussalam. Tak ada apa. umi cuma nak tahu Raff masih di pekan ke?"

"Iye umi,"

Tengah tunggu Tina. Tapi itu tidak disuarakan. Mahu uminya membebel nanti.

"Banyak kerja lagi ke. Raff jumpa pembekal ke."

"Kenapa umi," soalnya.

"Umi cuma nak tanya Raff nak balik pukul berapa? Tina dah balik. Dia cakap Raff ada kerja,"

Dia dah balik. Berjam aku menunggu. Nasib alasan kau bagi bagus. Kau tunggu aku balik Tina.

"On the way umi," laju dia menjawab.

"Ermm hati-hati" pesan umi.

Laju dia menekan pedal minyak. Geram yang amat pada Qiasatina. Dia sudah huru harakan hidup aku hari ini. Kau buat aku tertunggu Tina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience