Bab 4

Romance Series 5614

Qiasatina berpeluk tubuh didapur. Geramnya belum reda. Paip singki dibuka. Air yang menjirus tangan pun tidak mampu meredakan marahnya. Akhirnya dia mengeluh. Dulu dia suka bila diusik sebegitu. Tapi kini tidak. Senyuman lelaki itu seumpama mengejeknya. Sambil menghilangkan rasa marahnya, satu persatu pinggan didalam singki di basuh. Dari memikirkan dia lebih baik dia basuh pinggan.

"Kenapa kau tersedak tadi?" terlepas cawan di tangan Qiasatina.

Suara lelaki itu mrngejutkannya. Nasib baik cawan plastik. Kalau kaca mahu luka jarinya. Jadi drama pula nanti. Dia berpusing mengadap Raffezri.

"Ehh tanya orang pula. Kamu pun tersedak kan?" soal Qiasatina kembali.

"Awak tersedak sebab sambal belacan pedas" tipu Raffezri dalam diaelek Kualanya.

"Aku tersedak sebab tak nak kahwin dengan kamu. Idok ler teman." balas Qiasatina jujur. Qiasatina membuat muka geli geleman. Dia kembali menyambung membasuh pinggan.

" Aku pun tak nak kahwin dengan kamu." balas Raffezri berang.

"Kamu ingat aku nak kahwin dengan kamu. Aku sanggup kahwin dengan" balas Qiasatina tergantung. Nawi? Tak mungkin dia dah kahwin. Ann? Pun tak kot.

"Dengan sapa?" potong Raffezri.

"Dengan siapa-siapa yang aku sukalah. Tak kahwin pun tak apa," balas Qiasatina angkuh. Raffezri mengejek.

"Aku pun tak hingin nak kahwin dengan budak tak cukup tinggi ni. Akal lima saat. Lebih baik aku membujang sampai ke tua dari kena kahwin dengan kamu."

Qiasatina kembali berpaling memandang Raffezri. Matanya membulat. Dia kata aku tak cukup tinggi. Memang tak dinafikan aku dibawah bahunya.

"Siapa yang nak mamat galah ni jadi suami awak. Nak cium pun kena jengket nanti. Menyusahkan je," kutuk Qiasatina.

"Siapa galah? Siapa yang nak dicium dengan budak gemuk ni. Untuk pengetahuan Cik Qiasatina kamu belum layak untuk berada disini." kata Raffezri dengan angkuh sambil jari telunjuknya menunding ke arah dada yang bidang itu.

Sebak. Hanya itu dirasakan Qiasatina kini. Dia menahan rasa.

"Untuk pengetahuan Encik Raffezri juga, tempat Ann berada sekarang lebih tinggi dari Encik dulu," jawab Qiasatina. Tangannya erat memegang senduk. Hatinya sakit.

"Raff." panggil Puan Salmiah.

"Tina." tinggi nada suara Puan Salina.

Mereka tergaman melihat kedua anak mereka bertikam lidah. Saling menyakiti. Sungguh mereka tidak menyangka.

"Tina kenapa ni? Senduk dekat tangan tu nak buat apa?" tanya Puan Salina.

Risau dengan tindakan tak dijangka Qiasatina nanti. Segera dirampas senduk tersebut. Puan Salina menggeleng. Bukan boleh harap nanti benjol kepala Raffezri.

"Raff buat apa dekat Tina?" soal Puan Salmiah.

"Tina ok. Raff buat apa dekat Tina." soalnya lagi. Dia memandang tajam muka Raffezri.

"Ibu lepas ni jangan sesekali kaitkan Raff dengan Tina. Tina tak nak dan tak kan kahwin dengan Raff." tegas dia berkata.

"Umi, Raff pun."

"Umi, Tina minta maaf andai umi terasa. Ini jalan terbaik untuk kami," kata Qiasatina sambil menyalami Puan Salmiah. Raffezri memandang Qiasatina berlalu ke ruang tamu. Matanya memandang umi dan ibu. Dia mengangguk dan ingin berlalu tapi pantas uminya menahan..

"Umi Raff tak buat apa pun." Kata Raffezri membalas pandangan uminya yang inginkan kepastian

"Kalau Raff tak buat apa kenapa Tina cakap macam tu? Mesti ada sebab," balas uminya.

"Umi, ibu itu yang sebaiknya. Jangan tambah minyak dalam api yang sedang marak. Biarlah," kata Raffezri sebelum melangkah pergi.

"Nampak gayanya tiada rezeki awak jadi besan deme ," kata Puan Salmiah.

"Teman pun sama. Tak pa Miah. Kita berdoa sajalah. Ada rezeki kita berbesan, andai tiada kita berjiran hingga ke akhir hayat," balas Puan Salina.

Qiasatina berjalan kearah Ann yang berada di luar rumah. Hatinya sakit bila mendengar Raff berkata dia tidak layak. Gemuk boleh terima lagi. Walaupun pada awalnya tidak. Kenapa perlu jiwa sakit. Bukankah cinta dan sayangnya sudah lama ditukar menjadi benci. Pergilah sayang, kukuhkan rasa benci ini. Sampai dihadapan Ann dia memandang Ann dengan geram. Tangannya terus laju memukul dada lelaki itu. Dia cuba melepaskan marahnya. Matanya berair. Ann terkejut. Tangannya menangkap pegelangan tangan Qiasatina.

"Qia stop. Sakit Ann," lembut Ann berkata. Dia tidak mampu untuk berkasar apabila bersama Qiasatina.

"Ooo... Ann sakit. Habis hati Qia sakit Ann peduli," soalnya kembali.

"Ann ada buat salah ke. Ann keluar merokok kejap. Ambil angin kampung."

"Inilah lelaki bila buat salah tak tahu mengaku. Boleh tanya pulak tu." balas Qiasatina geram. Dia menarik tangannya dari pegangan Ann. Ann berjeda sebentar.

"Ok. Kalau pasai Raff tadi Ann minta maaf. Ann bergurau je Qia."

Qiasatina berdiam diri. Dia berpaling. Hatinya sebak. Mudah untuk Ann meminta maaf. Berbeza dengan Raffezri. Sering hati ini di tores tapi perkataan maaf tak pernah diluah.

"Qia, jangan simpan perasaan tu. Luahkan"

Qiasatina mengeleng.

"Pandang Ann."

Wajah lelaki berkumis nipis itu ditatap. Jambangnya sudah ditrim elok.

"Ermm... Lap air mata tu. Ann tak boleh tolong. Tak manis. Nanti papa kejar Ann dengan parang," gurau ann. Qiasatina ketawa.

"Ooo... Tadi tu pegang Qia,"

"Dah Qia pukul dada Ann kut. Ingat superman? Tak sakit,"

Qiasatina ketawa mendengarnya. Geram sangat tadi. Nyaris juga dia mahu mengetuk kepala Raffezri.

Raffezri memandang pasangan sejoli itu. Ann tersenyum memandang Raffezri yang sedang menyarung kasut.

"Balik ke." soalnya.

"Ha'ah. Nak ke kebun kejap. Tengok kandang," balas Raffezri. Orang berbudi kita berbahasa. Itu pendiriannya.

"Aku Ann. Kawan Tina masa dekat u. Tak sempat nak kenal tadi. Dapat makan lupa diri sekejap," kata Ann sambil menghampiri Raffezri di hadapan pintu. Tangannya disua dan disambut oleh Raffezri.

"Raff. Tapi orang dekat kampung panggil gaban. Sebab semua kerja berat aku boleh buat," Beritahu Raffezri.

"Yeke? bukan mat galah ke?" Raffezri memandang Qiasatina yang berada tidak jauh dari mereka.

"Nampaknya tak payah aku nak cerita lebih la. Kau tanya Tina la. Semua versi aku dia tahu. Ok jumpa lagi"

Ann mengangguk.

"Tengok muka Qia kenapa?"

"Qia tak jatuh hati ke dekat gaban tu? Ann tengok dia segak. Mana-mana perempuan tengok mesti cair," kata Ann setelah berdiri disisi Qiasatina.

" Tak."

"Tak?" Ann mengulangi jawapan Qiasatina.

"Ye. Tak!"

" Qia dah tak ada hati," jawab Qiasatina malas.

"La tak ada hati ke. Ann ada hati ayam. Qia nak tak?" Ann bergurau.

"Tak nak kecik sangat. Qia berjiwa besar. Biar orang yang Qia sayang nanti dia akan lemas dalam lautan asmara" balas Qiasatina sambil tertawa.

"Hati lembu nak tak. Kerbau ke?" soal Ann lagi.

"Ann." jerit Qiasatina geram. Ann tergelak.

Dia berjalan ke dalam rumah. Qiasatina memandang rumah sebelah. Kelihatan Raffezri keluar menaiki honda Ex5 putihnya. Warna kegemaran dia dan Raffezri. Mereka banyak kongsi minat yang sama.

Selesai solat isyak dia menapak ke ruang tamu untuk melepak bersama ibu dan papanya. Paha ibunya dijadikan alas kepalanya. Rindu hendak bermanja,

"Tina," panggil ibu. Qiasatina memandang wajah ibunya.

"Selain Ann siapa lagi di hati Tina," soal puan salina

"Ibu dengan papa la."

"Maksud ibu lelaki lah," tingkahnya.

"Tak ada ibu," jujur Qiasatina menjawab

"Kalau tak ada kenapa tolak Raff." Qiasatina bangun dari pembaringannya. Tangan Puan Salina digenggam dan dicium.

"Ibu, Raff pernah tolak Tina ibu, tak salah rasanya Tina tolak dia balik," jawab Qiasatina.

"Tina nak balas dendam ke. Ibu tak ajar anak ibu berdendam. Nanti makan diri sayang," nasihat Puan Salina.

"Tina tak berdendam ibu. Setiap kali Tina lihat wajah Raff hati Tina sakit ibu. Tina merayu dekat Raff bu. Jangan tinggal Tina. Apa salah Tina? Sikit dia tak pedulikan Tina. Dia biarkan Tina tengelam dengan air mata. Tanpa kata maaf, tanpa sebab dia tinggalkan Tina. Tina tak boleh nak teruskan ibu, walaupun dia melutut depan Tina." Terdiam Puan Salina mendengar. Lidahnya kelu. Ini punca hati anaknya keras.

"Ibu tak paksa Tina terima Raff balik. Tapi ibu tak suka anak ibu bermasam muka. Tak manis umi tengok." kata Puan Salina.

"Betul kata ibu tu Tina. Jangan terus membenci seseorang kerana satu kesilapan. Ingat kebaikkan dia. Papa tak tahu apa terjadi di antara Raff dan Tina. Tapi disebabkan perkara tu Tina dah berjaya genggam ijazah. Buang yang keruh tu ambil yang jernih. Tanggalkan sudut negatif di hati Tina tu, lekatkan positif," kata Encik Nazari. Qiasatina mengeluh.

"Baik papa, ibu Tina cuba, tapi Tina tak janji apa-apa."

"Jalan yang lebih baik, maafkan dia." kata Puan Salina.

Dia tahu anaknya itu masih belum dapat memaafkan perbuatan Raffezri.

"Tina masuk bilik dulu. Gantuk dah." dia mahu melarikan diri.

Topik ini membuat dia sebak. Sehingga hari ini dia tidak mampu untuk menjejak kaki di kenduri kahwin. Trauma. Terbayang dibutir mata lelaki dicintai mengenggam tangan wanita lain. Seakan itu hari bahagia mereka. Merekalah raja sehari itu. Mereka menjadi perhatian. Sedangkan dia? Inilah bahana yang ditanggung bila menafikan hubungan dia dan Raffezri di hadapan kawan-kawannya. Hanya pihak keluarga sahaja yang mengetahui hubungan mereka dahulu. Malam itu lena ditemani air mata.. Moga hari esok dan akan datang lebih baik dari hari ini. Nekadnya hari yang bakal mendatang menjauhi Raffezri. Cukup sekali terluka. Seakan tajuk lagu cobra sekali terluka selamanya terasa.

na=U 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience