bab 7

Romance Series 5614

Raffezri memakirkan motorsikalnya dibawah garaj. Langkah diatur ke dalam rumah. Matanya melilau mencari uminya.

"Umi", laung Raffezri dari ruang tamu. Langkah disusun ke dapur.

"Ye. Umi dekat dapur ni" balas Puan Salmiah.

"Umi masak apa hari ini. Laparlah,"

"Itulah buat kerja sampai makan tengah hari pun abaikan. Umi masak asam pedas ikan keli je hari ni," beritahu Puan Salmiah. Raffezri membuka tudung saji di atas meja. Perutnya berbunyi keroncong minta diisi segera. Dicapainya pinggan di rak.

"Umi teman Raff makan. Tak seleralah makan seorang," ajaknya

"Umi baru sudah makan dengan abi tadi. Kenyang lagi,"

"Kalau macam tu. Umi tengok Raff makan ok." Kata Raffezri.

"Baru nak bermanja dengan umi. Tak dapatlah pula,"

"Itu sebab umi suruh Raff kahwin. Tengok adik pun dah berteman. Raff juga yang masih solo," kerusi ditarik dan Puan Salmiah melabuhkan pingulnya.

"Raff dah nak kahwin dulu tapi umi tak setuju pula," masih dia ingat tentangan umi apabila dia mahu berkahwin dengan Dellina. Puan Salmiah menarik muka tidak sukanya.

"Umi tak nak Raff salah buat pilihan. Kita ni nak berkasih sayang biar dengan seseorang ikhlas dengan kita. Bila kita lihat dia, hati kita tenang. Hati umi dengan abi pun tenang." nasihat Puan Salmiah.

Dia sudah melaluinya. Dia mahu anaknya bahagia. Seandainya Raffezri masih memilih Dellina dia harus belajar untuk ikhlas. Tidak mahu anak lelakinya ini terseksa. Raffezri mendiamkan diri. Dia meneruskan suapan demi suapan.

"Umi nak pergi mana?"soal Raffezri seraya Puan Salmiah bangun dari duduknya.

"Raff makanlah. Umi nak ke rumah ibu sekejap. Bayang Tina tak nampak pun hari ni. Selalu kamu ke ladang ada juga dia menjengah ke mari." Puan Salmiah keluar ikut pintu belakang.

Raffezri mengangguk. Selalu rupanya Qiasatina ke mari. Cuma dia sahaja tidak tahu. Macam mana nak tahu asyik menguruskan ladang dan kambing. Lari dari bidang asal dia pelajari selama ini.

"Assalamualaikum..."

Puan Salina menghampiri pintu dapur. Salam dijawab saat pintu dibuka. Suara itu sudah diamati. Memang sudah kenal.

"Tengah buat apa Sal? Sibuk ke kamu?"soal Puan Salmiah.

"Tak buat apa pun,"

" Tak nampak langsung bayang Tina hari ni" kata Puan Salmiah lagi

"Ate kamu datang cari anak aku aje. Bukan cari aku." balasnya bersahaja.

"Yelah. aku tak nampak Tina tak boleh duduk senang. Tak dengar coleteh dia rindu aku," Puan Salina ketawa mendengar. Puan Salmiah sememangnya menyayangi Qiasatina.

"Ada dalam bilik tu. Demam. Semalam tengok tv ok je," kata Puan Salina.

"Iya ke? Sakit tak tunggu kita Sal. Datang tiba-tiba."

"Yelah. Tina jarang demam. Kalau demam kau tahu sajalah macam mana."

"Moh ler, aku nak nengok si Tina tu. Apa ke halnya. Semalam bukan main lagi ketawa sakan."

Puan Salmiah berlalu ke bilik Qiasatina dan Puan Salina mengikut dari belakang. Pintu bilik Qiasatina dibuka.

"Tak bawa ke klinik ke? Panas teruk ni Sal," kata Puan Salmiah dalam risau.

"Tunggu Zari balik baru nak ke klinik. Papanya ke ladang tak balik lagi. Kau pun tahukan aku tak reti bawa kereta," dia sebenarnya pun risau melihat keadaan Qiasatina.

"Tak apa. Tunggu kejap. Aku panggil Raff. Dia dah balik kerja tu tengah makan tadi."

"Tak menyusahkan ke. Penat balik kerja tak hilang lagi tu," balas Puan Salina

"Tak ada yang menyusahkan. Tina ni dah macam anak aku."

Puan Salmiah segera meninggalkan bilik Qiasatina.

Puan Salina mendekati katil anaknya. Dahi Qiasatina disentuh. Panas. Wajah Qiasatina memerah. Selimut ditarik ke dada. Badan Qiasatina mengigil kerana kesejukkan.

"Sayang, bangun kita ke klinik," kata Puan Salina. Qiasatina menggeleng. Klinik tak mahulah. Takut jarum.

"Bangun nanti Raff datang," katanya lagi.

"Tak nak ibu. Kejap lagi Ann datang," tipu Qiasatina.

Tak mahu dia pergi dengan Raff. Telefonya digapai. Nama Ann dicari.

"Jangan degil sayang. Ann mesti tengah kerja tu."

"Tak nak lah ibu. Tunggu papa ye." selimut ditarik. Puan Salina menggeleng. Tengah sakit pun masih berdegil.

"Tak payah. Jom Raff bawa pergi klinik," kata suara garau itu.

Boleh tahu siapa gerangan empunya. Sebab inilah dia tidak mahu. Raffezri suka memaksa.

"Bangun sayang. Pergi dengan Raff," pujuk Puan Salmiah.

Dia cukup lemah dengan pujukan umi. Qiasatina bangun menuju ke bilik air. Ann kenapa kau tak datang. Badannya lemah. Setitis air matanya menitis.

Raffezri menunggu di pintu kereta. Badannya disandar. Jam di tangan dikerling. Demam pun nak bersiap ke. Seraya itu kereta Honda milik Ann memasuki ruang laman rumah Qiasatina. Ann keluar dari perut keretanya.

"Apa khabar?" tanya Ann sambil menghulurkan tangannya.

"Baik. Tina yang tak baiknya," beritahunya terus.

"Tak baik? Kenapa?" soalnya kembali.

Ann berkalih ke arah pintu apabila mendengar suara Puan Salina.

"Ann bila sampai. Hujan ke dekat pekan," tanya Puan Salina sambil matanya melirik ke arah kereta milik Ann.

Ada kesan basah mungkin dari titisan hujan. Puan Salina memimpin Qiasatina. Qiasatina tersenyum melihat Ann dihadapannya. Lelaki ini selalu ada di saat susah senangnya.

"Demam ke Tina," Qiasatina mengangguk menjawab pertanyaan Ann.

"Ooo. Nak ke klinik dengan Raff ke." segera pintu kereta Raffezri dibuka.

Qiasatina memandang geram. Nasib aku demam. Tunggu kau Ann. Raffezri memandang wajah Ann pelik. Ann tersenyum membalas.

"Tak apa ke ni," tanya Raffezri.

"Pergilah. Ibu jom masuk. Ann laparlah. Rindu masakan ibu, tu sebab Ann datang ni." kata Ann sambil menarik bahu ibu masuk ke dalam rumah.

Sejujurnya gerak hati dia tepat mengatakan Qiasatina tidak sihat. Oleh sebab itu dia ke mari. Puan Salmiah tersenyum dimuka pintu. Memahami betul Ann ni.

Wajah Qiasatina diamati. Tiada sedikit cela pun. Seorang yang cerah dan ditambah pula dengan kemerah-merahan dipipinya seumpama memakai pemerah pipi. Deman pun cantik. Bibirnya pucat. Raffezri teragak-agak untuk kejutkan Qiasatina. Sejak masuk ke dalam kereta Qiasatina memilih untuk tidur. Nyeyak sungguh dia. Tali pinggang dibuka dan Raffezri berlalu kearah penumpang.

"Tina bangun..." pipi Qiasatina ditampar lembut. Qiasatina terjaga dalam keadaan lemah.

"Jom masuk." kata Raffezri sambil pintu kereta dikuak lebih luas. Dia berdiri disisi.

Qiasatina gagahkan diri untuk keluar. Hampir dia rebah. Badannya teramat lemah. Pantas Raffezri menyambut dan mendukung Qiasatina ke dalam klinik. Tangan Qiasatina melingkar di leher Raff. Jantungnya berdegup kencang. Terlalu rapat dengan Qiasatina jiwanya berombak. Qiasatina terlentok di dada Raffezri. Raffezri menolak pintu masuk dan segera memanggil jururawat yang bertugas. Qiasatina dibawa masuk ke bilik rawatan. Dia menanti di ruang menunggu. Dadanya di sentuh. Lain perasaannya. Tidak seperti dulu. Perasaan yang sukar untuk dia tafsirkan pantas diusir perasaan tersebut.

"Hari ni doktor Zhafran tak bertugas ke," tanya Raffezri kepada pembantu doktor yang berada di kaunter. Tag nama dipandang, Zulaikha nama yang tertera. Tak pernah dilihat pula. Lagi pun dia bukan kerap datang ke sini. Raffezri menggaru kepalanya.

"Doktor Zhafran tengah bercuti. Ada temujanji ke," lembut Zulaikha bertanya. Raffezri segera menggeleng.

"Sampaikan salam saya sahaja," kata Raffezri. Zulaikha mengangguk. Hampir sejam di bilik rawatan Qiasatina membuka pintu tempat dia dirawat. Tubuhnya sudah sedikit kuat. Raffezri laju menghampiri Qiasatina. Lengan Qiasatina disambut. Dipimpin Qiasatina ke kerusi.

"Macam mana? Okey tak rasa. Panas lagi tak?" dahi Qiasatina disentuh.

Panas sudah berkurangan. Qiasatina menolak lembut tangan Raffezri.

"Isteri Encik tak apa-apa. Cuma demam biasa. Panas dia sudah berkurang. Saya sudah bagi dia ubat antibiotik," kata doktor muda itu. Raffezri memandang Qiasatina. Doktor baru juga ini. Dia tidak mengenali siapa Qiasatina. Detik hati Raffezri.

"Bila masa pula, aku jadi bini dia. Minta simpang lah" kata Qiasatina perlahan.

"Maaf doktor Ilham dia bukan isteri saya. Jiran sebelah rumah. Kalau doktor Zhafran tahu ni mesti dia ketawakan saya." terang Raffezri sambil tersenyum. Tidak mahu ada salah faham. Qiasatina mengangguk setuju.

"Maafkan saya. Encik Kambing kan. Oh ya kawan Zhafran, Encik Raff. Maafkan saya sekali lagi. Tak perasan pulak. Saya ingat isteri tadi. Tak mengapalah saya sambung kerja dulu ya. Cik Qiasatina jaga kesihatan ye. " balasnya sambil ketawa.

Qiasatina tersandar lesu. Hendak ketawa tapi ditahan. Raffezri mendekati kaunter pembayaran dan membuat pembayaran segera.

"Jom balik. Boleh jalan tak?" soal Raffezri. Wajah lesu Qiasatina ditatap lembut.

"Boleh," jawab Qiasatina pelahan.

"Rugilah tak boleh nak ambil kesempatan lagi," gurau Raffezri.

Qiasatina menjeling tajam. Sengaja betul. Nasib sekarang dia masih lemah.

"Betulkan niat kamu tu. Kalau tak, aku tak kan maafkan," tegas Qiasatina.

"Ala aku gurau jelah. Bukan luak pun." Raffezri menyengih. Suka melihat wajah kelat Qiasatina.

"Jangan cari pasal boleh tak. Tak larat ni. Nak gaduh tunggu esok lusa. Aku tahu kamu rindu dekat aku," kata Qiasatina.

"Rindulah juga," balas Raffezri.

Langkah Qiasatina terhenti. Terkejut dengan kata-kata Raffezri.

"Lah, berhenti kenapa?" Raffezri mengangkat tangannya kerana hampir terpeluk Qiasatina dari belakang. Kakinya memberi brek mengejut. Nasib baik sempat kalau tak percuma saja kena peluk. Rugi je. Bebel Raffezri.

"Tak ada apa."Qiasatina meneruskan langkahnya. Kata-kata Raffezri tadi diabaikan. Mungkin dia sekadar bergurau.

"Kamu teringin nak makan apa-apa tak?" tanya Raffezri seraya memasang tali pinggang.

Enjin kereta dihidupkan. Qiasatina mengeleng. Kepala disandar ke belakang dan matanya dikatup. Mengantuk dirasanya kini. Kesan ubat mungkin. Raffezri meneruskan pemanduannya. Sesekali lagu dicorong radio disiul mengikut rentak. Laju tangannya memusing stereng kereta.

"Teringin nak makan chicken choplah," selamba Qiasatina menyuarakan.

"Tadi cakap taknak. Dah nak sampai baru nak beritahu," marah Raffezri.

"Cakap je. Tak nak bawa tak apalah," balasnya dalam rajuk.

Raffezri mendengus geram. Stereng kereta dipusing kembali. Qiasatina memandang luar kereta. Terasa hati sebenarnya.

"Nak makan dekat mana?" soal Raffezri memecah ruang sunyi antara mereka. Dia akan cuba berbaik dengan Qiasatina. Tak salah rasanya merapatkan kembali.

"Mana-mana je."

"Tepi jalan mahu?" duga Raffezri

"Kalau tepi jalan tu ada, boleh je."

"Dekat mana nak makan ni?" soal Raffezri kembali.

Qiasatina berpusing memandang wajah Raffezri.

"Mana-mana pun tak apa. Tina baru balik sini. Pekan ni pun tak khatam habis lagi. Lainlah kalau Tina tahu jalan. Susah betullah. Hilang selera macam ni" bebel Qiasatina. Raffezri tersengih.

"Orang tengah marah boleh pulak senyum. Tak betul ke?" tokoknya lagi.

"Taklah. Tengok kamu senyap je. Tak reti aku. Saja buat kamu marah."balas Raffezri bersahaja. Qiasatina membesarkan matanya. Geram mendengar tawa Raffezri.

"Kurang asam betul."

"Apa? Nak makan asam ke? Kedai tu tak ada asam tapi ada laksa. Jom turun dah sampai." kata Raffezri sambil bergurau.

Qiasatina mengeleng. Wayer apa yang putus sekarang ni.

Mereka duduk di tempat yang terpencil sedikit. Selesai membuat pesanan Qiasatina bermain sesama jarinya. Tidak betah pula berhadapan dengan Raffezri. Raffezri ralit melihat smartphone. Sesekali tersenyum. Dellina lah tu. Tapi yeke. Entah-entah ada kawan dia yang kelakar.

"Tengok ni, umi betul risaukan kamu. Dari kamu dalam klinik asyik bertanya." Raffezri menunjukkan Samsung S6 miliknya. Qiasatina tersenyum dengan keprihatinan Puan Salmiah tapi dihatinya sekarang bagaikan terjerut melihat latar belakang milik S6 Raffezri. Sabar Qiasatina kau bukan sesiapa lagi.

"Dah makan. Tak payah nak melamun sangat," Tersentak Qiasatina dengan sergahan Raffezri. Hidangan di hadapan segera ditatap.

"Makan cepat. Nanti lewat sampai rumah." kata Raffezri lagi. Perlahan-lahan isi ayam dipotong dan di suapkan. Selesai makan mereka bertolak pulang ke rumah. Qiasatina lebih mendiamkan diri. Dia menikmati kepekatan malam.

2=b

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience