BAB 7

Romance Completed 4883

Kenapalah boleh jadi macam tu? Aku termangu di tangga di kala senja. Ibu selalu berpesan jangan termenung di tangga nanti jadi anak dara tak laku. Biarlah tak laku pun nak buat macam mana dah kan. Memang tak laku pun. Eh! Aku ingatkan malam tu dia (Khai Iskandar) nak ucapkan cintanya pada aku! Hmmm….

Sedihlah… rupa-rupanya ucap selamat hari lahir pada aku yang memang tak pernah aku raikan. Kebetulan hari lahir aku 14 Febuari jugak. Hmmm! Geram betul aku. Tertekan! Nanti orang fikir aku raikan Valentine Day yang entah apa-apa entah tu. Rasa nak pindahkan aje tarik lahir tu lebih awal sedikit ke. Ish!!!! Aku pun tak tau macam mana aku boleh lupa pada masa tu... erm!

Aku sebenarnya terkilan. Aku pendam sahaja. Tanpa sedar air mata ini menitis laju seperti menyesali sesuatu yang tidak kutahu apakah ia? Hanya Tuhan saja memahami isi hati aku saat ini.

“Hai anak dara termenung jauh nampaknya…”

“Khai!!!!” aku terkejut. “Syhhhhh… kenapa awak berani datang sini?” Eh!! Apasal smart semacam saja Khai Iskandar ni? Kemas tidak seperti selalu yang nampak simple tapi hari ni bergaya sakan.

Khai Iskandar buat muka selamba pulak bila aku suruh dia menyorok! Kalau ayah aku nampak mati aku! Mak aku ada kat dapur tu! Ayah aku sekejap lagi balik dari kerja! Hari ni warung cuti. Warung mak akulah! Cuti!

“Boleh tak saya nak kenal dengan mak ayah awak?” katanya.

“Khai!! Please balik khai… aduh habislah saya macam ni,” aku merayu aku takut ayah aku nampak dan ibu aku pulak marah ada orang lelaki datang rumah.

“Kenapa? Salah ke saya nak kenal dengan family awak? Sekurang-kurangnya jemputlah saya naik dan duduk minum kopi ke,” ucap Khai main-main rambut terpacaknya itu.

“Dahlah Khai, saya dah bosanlah! Awak dengan Tini berpakat kenakan saya! Rupanya-rupanya perkenalan kita dirancang! Cukuplah balik lah!” inilah yang sebenarnya. Aku tak dapat terima. Sampaikan aku betul-betul tergilakan mamat kilang ni! Tapi aku cuba untuk melupakan dia. Aku tak suka perkenalan dari orang lain.

Tini cakap dia nak uji aku. Tini kenal Khai Iskandar ni sebelum aku. Sampai hati tini buat aku macam ni! Kenapa tega sangat dia membuatkan aku rasa tertipu?! Tini!!!? Kenapa? Hati aku menjerit punah.

“Berilah saya peluang untuk berterus terang,”

“Nak terus terang apa lagi? Kita mana ada apa-apa hubungan. Kita kawan aje kan?”

“Kawan? Bila saya anggap awak kawan saya?”

“Erk!”

Habislah aku!

“Jadi awak tak nak teruskan persahabatan kita? Saya tak tahu kenapa awak mengelak! Bila saya ajak awak keluar awak tak nak. Awak kata banyak kerja. Dah seminggu kita tak jumpa jadi saya beranikan diri datang jumpa awak. Nak harapkan awak sedikit pun tak datang jenguk saya,”

“Awak…! Saya ni budak sekolah! Masih mentah! SPM pun tak ambil lagi,”

“Awak cantik.. awak baik,” pujian Khai Iskandar tidak memberikan apa-apa makna pada aku. Saat ini aku bangun lalu meninggalkan Khai Iskandar terkulat-kulat di situ.

Emosi aku terganggu.

“Lily!!” aku tak hiraukan nama aku dipanggil.

Aku masih terasa hati dengan apa yang mereka buat. Semata-mata nak uji aku sama ada aku patuh pada orang tua atau pun tidak! Ya! Memang aku ni penipu!! Aku tipu orang tua aku sebab aku nak jumpa Khai Iskandar! Aku sayang dia! Tapi dia tak faham!

Aku perempuan. Aku juga inginkan kasih sayang dan cinta. Orang tua aku memang mengharapkan aku berjaya dalam pelajaran jadi aku akan belajar! Aku malas nak fikir soal cinta lagi. Aku menyesal kerana menipu orang tua aku. Kalau orang tua aku tahu aku menipu mereka habislah. Aku harap Khai Iskandar balik! Jangan pernah datang lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience