BAB 3

Romance Completed 4883

“Mak…” aku memanggil ibuku perlahan.

Ibu aku tengah lipat baju. Aku pun buat-buat sibuk lipat baju jugak.

“Ada apa Lily?” Tanya ibuku.

Susahnya aku nak cakap tapi aku kena cakap juga. Kalau aku tak beritahu pada ibu, nanti aku tak dapat keluar. Aku kena mereka alasan untuk keluar rumah. Memang selama ni aku tak pernah keluar malam. Kalau aku keluar dengan Khai Iskandar petang aje itupun tanpa pengetahuan ibu aku.

‘Lily… bawakan ayah secawan kopi,” aduh! Ayah aku ni! Time macam ni dia mintak kopi pulak.

“Ayah… kopi dah habis…”

“Kamu tumbuklah arang yang kat dapur tu, asal hitam macam kopi pun jadilah…” kata ayah aku!

Aih! Tiru ayat Nujum Pak Belalang pulak!

“Ayah ni orang serius dia main-main pulak,” ibu aku ketawa pulak dah mengekek.

Aku tengok jam di dinding. Aduh sudah pukul 8.30 malam. Macam mana ni? Aku gelisah.

“Ayah… air suam ajelah ya? Cikgu cakap orang tua tak boleh minum manis-manis, nanti kena kencing manis,”

“Habis tu kalau makan benda masin? Kencing masinlah ya?” Ayah aku ni..!

“Ayah…”

“Yelah, ayak main-main aje…. Buatlah teh,”

“Abang… teh pun habis… macam mana anak kita nak buat teh? Yang ada pun air produk Vemma…” Ceh! Berangan sungguh ibu aku ni nak minum air mahal macam tu. Padahal tak ada pun kat dapur.

“Wow!!! Mahal tu… kalau minum air tu hospital pun tutup, sihat aje selalu,” balas ayah pula.

“Ayah! Hmmm… kejap, Lily ambilkan air suam untuk ayah,” Aku pun terus bangun dan dapatkan air suam untuk ayah aku yang sedang duduk bersandar di tiang rumah hampir nak roboh ni.

Berkali-kali aku tengok jam. Aku kena beritahu ibu aku sekarang juga.

“Mak… Lily ada home work, nak kena siapkan. Kalau tak esok kena marah dengan cikgu,”

“Menatang apa home work tu Lily?” ayah aku mencelah. Dia pasang telinga.

Aduh! Ayah aku ni pun satu hal!

“Kerja sekolah,”

“Lily!! Macam mana kamu kata kerja sekolah pulak? Home kan rumah, work tu kerja, tu kamu cakap kerja sekolah pulak, sepatutnya jadi work school lah,” aku tepuk dahi! Boleh migrain macam ni.

“Mak… Lily tak ada masa nak terangkan pada mak, mak kan nak tengok anak mak ni berjaya dalam hidup jadi Lily kena belajar bersungguh-sungguh. Mak… Lily nak study kat rumah Tini malam ni. Boleh Lily tidur sana tak? Tini ajak Lily tidur rumah dia aje malam ni, selepas ajar dia buat homework,” eh! Aduh! Aku silap penyampaian pulak dah!

“Kenapa kamu pulak kena pergi rumah dia? Sepatutnya dia yang datang sini,” kata ibuku yang seperti dapat menghidu pembohongan yang bakal aku realisasikan sekejap lagi.

“Mak jangan risau… Lily tahu jaga diri. Lagi pun bukan Lily pergi sendiri rumah Tini tu… Lily mintak ayah tolong hantarkan, boleh kan ayah?” aku menoleh pula pada ayahku yang hanya menjuih bibir sahaja.

Ibu aku sudah selesai lipat baju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience