BAB 5

Romance Completed 4883

Wah! Cantiknya restoran ni… permandangan yang cukup romantis dengan lampu neon menerangi kegelapan malam. Lilin pula menyala di atas meja. Pertama kali aku dibawakan ke tempat semewah ini. Banyk betul duit Khai Iskandar tapi dia bawa motor aje. Aku hanya percaya aje apa yang dia beritahu aku tempoh hari. Dia kata dia kerja kilang kasut sahaja. Katanya kerja sebagai mat kilang. Aku okey aje sebab aku tak memilih pun asalkan dia tampan sedap mata memandang.

“Duduklah,” suruhnya sambil dia menarik kerusi untuk aku duduk.

“Terima kasih wak…”

Malam yang cukup indah dan bermakna sekali.

“Kenapa awak bawa saya ke tempat macam ni, awak kata dah nak hantar saya balik? Dah lewat ni…?”

“Sebab saya ada sesuatu nak beritahu awak…”

“Beritahu saya? Awak ni buat saya berdebar-debar sajalah,” memang jantung aku tahap kronik bila berdetak. Gemuruh sahaja. Aku tak tahu apa yang dia nak beritahu aku. Otak aku cuba menalaahnya tapi tak dapat.

“Kita duduk dan makan-makan dulu ya…” Dia ajak makan pula. Perut aku memang lapar. Badan pun letih aje. Tapi demi dia sampai pagi pun aku sanggup.

Aku mengangguk tanda setuju.

Memang sedap makanan di sini. Aku pulun sakan. Orang belanja makanan best-best. Soal malu aku letak tepi kerana Khai Iskandar pesan aku tak perlu malu. Jadi aku layan ajelah…

Dia tenung aku. Apa hal lak dia tenung aku macam pelik aje…?

“Awak… duduk diam-diam,” katanya.

Eh!

“Kenapa?” sebaik sahaja aku tanya, tangan dia pun mencapai ke arah bibir aku bersama kain lap bibir yang tersedia itu. Dia lap bibir aku yang comot. Wah! Khai Iskandar!!!!!! Awak romantik gila!

“Awak ni sungguh comel… erm.. awak tahu tak malam ni malam apa?” Dia tanya aku pulak… malam apa ya?

“Saya tak tahu,” hakikatnya aku tahu hari ni malam 14 Febuari, Hari kekasih bagi orang-orang bukan Islam menyambutnya. Habis aku ni? Adakah aku pun ikut sambut juga? Aih! Apa ni? Apa semua ni?

“Baiklah…” kemudian dia menghulurkan aku bunga.

Erk!

“Untuk apa ni?”

Dia pun sambut Valentine Day juga ke? Dia nak ucap cintanya pada aku? Tapi kenapa pada malam begini?

“Untuk awak,” Dari mana bunga ni wujud kat sebelah dia pulak? Aku pun tak perasan. Masa dia bawa motor tadi tak ada pulak bunga tu. Bunga ros merah. Eh!

“Jangan susah hati… tempat ni memang saya tempah khas untuk kita malam ni,” dia macam tahu-tahu aje apa yang sedang aku fikirkan.

Tidak lama selepas itu datang pula pemuzik… dengan alat-alat muzik di tangan masing-masing. Tapi mereka belum mainkan alunannya lagi.

Aduh! Hari kekasih rupanya patutlah Khai Iskandar romantik gila-gila dengan aku. Dari tadi lagi kami bersia-sia dia tidak henti-henti menghiburkan aku. Aku terasa bahagia sungguh.

Aku pasti! Dia memang tunggu pikul 12 malam baru pemuzik yang berdiri di situ bagai anak patung tu akan alunkan lagu. Eleh! Pasti lagi yang begitu romantik akan diperdendangkan. Tapi bagus juga layan. Aku suka keindahan. Aku suka suasan macam ni.

“Awak… untuk apa semua ni?” bunga yang dia hulurkan tadi aku sambut dengan baik. Lantas aku cium keharuman bunga itu. Sungguh wangi.

“Erm… awak macam tak suka aje,”

“Bukan tak suka tapi rasa kurang selesa…” aku cuba meluahkan bahawa Ustaz pernah cakap, sambutan Valentine Day ni untuk meraihkan kematian seorang paderi. Hmmm tapi mustahil Khai Iskandar pun tak tahu? Aku pun bukannya baik sangat kerana mala mini terbuktinya aku telah menipu diri sendiri. Aku tipu ayah dan ibu aku di rumah konon aku nak study bersama Tini. Tini pula dah nasihatkan aku tapi aku tak nak dengar.

“Kenapa rasa macam tu pulak?”

“Tak ada-apa,” balasku tertunduk seketika cuba menyembunyikan perasaanku sendiri.

Khai Iskandar menguis perlahan daguku. Aku malulah dia buat macam tu di hadapan orang yang ada di sisi ni berdiri dan melihat telatah kami. Aduh!

Aku dan dia bertentang mata.

Lama dia pandang aku. Aku tewas dek padangan matanya yang seakan bermakna itu. Bergetar naluri keperempuananku. Terasa seluruh jiwa ragaku adalah miliknya. Sampai begitu sekali rasaku muncul di relung hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience