BAB 6

Romance Completed 4883

Di sekolah.

Tini tertawakan aku. Dia gelak kuat-kuat dalam perpustakaan. Selepas hal dua hari lepas baru sekarang aku cerita padanya apa yang berlaku dua hari lepas. Sampai aku dan dia kena halau oleh penjaga perpustakaan. Orang baca buku tapi Tini kecoh.

“Kan? Pelikkan?” katanya.

“Apa pulak peliknya?”

“Ya lah pelik! Romantik tu beb… sampai sanggup tipu mak ayah semata-mata nak keluar dengan buah hati pengaran jantung,” ucap Tini di hadapan pintu masuk perpustakaan. Akud an dia memang dah kena halau keluar pun.

“Arghhh!! Aku bunuh kau!!!!” aku tak tahan terus aku cekik leher Tini.

“Adoi! Sakitlah… jangan kasar sangat….” Rayu Tini dan selepas itu aku lepaskan.

“Kau ni kan suka buat aku serba salah…” kataku

Tini menutup mulutnya dengan telapak tangan. Aku tahu dia tahan tawa. Hmm…

Aku dan dia beriringan menyusun langkah menghala ke bangku di taman sekolah. Sambil-sambil jalan tu kedengaran tawa halus dari Tini. Memang menyampah sungguh.

“Kenapa kau tak ajak dia jadi kekasih kau aje?” soal Tini.

Aku menoleh ke lain arah sekilas. Kemudian aku mengeluh halus.

“Aku perempuanlah Tini… takkan aku nak luahkan dulu…”

“Tapi kan malam tu kau dah keluar dengan dia kan?”

Aku terus cubit lengan dia. Menyeringai Tini selepas kena sepit ketam aku.

“Sakitlah!”

“Tau pun…”

“Hahaha!” gelak lagi. Hmm…

Saat ini aku tahan geram pada Tini. Geram dan tersentap rasanya dia asyik ketawakan aku sahaja. Sekarang ni aku dan dia tiba di bangku itu. Aku menghenyakkan punggung di situ. Tini juga. Dia duduk di sebelah aku. Dia pandang aku. Aku pun pandang dia. Dia menjuih bibir aku muncungkan mulut.

“Kau mengejek aku ya?” kataku.

“Tak adalah… tapi ini pengajaran buat kau… bagi aku dia tu nampak macam lelaki yang baik walaupun dia ajak kau keluar sampai larut malam,” ucap Tini.

“Hmmm…”

“Dia buat apa-apa tak?” soal Tini lagi.

Gila!!

“Apa punya soalan kau ni?”

“Saja nak tau,”

“Takde!”

“Tipu!!!!!”

“Apasal pulak?!”

Tini ketawa lagi. Berderai tawanya sampai mengila-ngilai. Pelajar-pelajar lain pandang kami. Tini macam kena histeria pulak. Aku terus tutup mulut dia.

“Wei!! Rileks lah! Kau ni melebih pulak,”

“Okey okey…” Tini menyeka air mata tawanya itu.

Aku diam. Tini pun.

Beberapa minit kami diam.

“Lily… biarlah aku berterus terang…” erk! Apa hal lak ni? Ada kejutan lagi ke? Sudahlah malam 14 Febuari tu sudah seperti April Fool! Tanpa aku sedar malam tu bukan Khai Iskandar nak sambut Hari Kekasih tu tapi….

“Cakaplah…” pintaku yang berdebar-debar.

“Semua ni idea aku…”

“Apa?!!!”Aku betul-betul terkejut!

“Lari!!!!!!!!!!!!!!” Tini terus mengatur langkah seribu lari dari aku sambil ketawakan aku. Aku bunuh kau! Aku bunuh kau!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience