BAB 4

Romance Completed 4883

Aku betul-betul hairan. Ibu dan ayah aku tidak melarang keras. Mungkin mereka percayakan aku sangat-sangat. Sepatutnya ayah aku perlu bimbang aku sebagai anak perempuannya. Hmm… ah! Pedulilah yang penting malam ni aku nak berjumpa dengan Khai Iskandar yang hensem tu.

Aku ada di hadapan rumah Tini. Tini ada di mata aku. Saat ini ayah aku telah pun pulang dengan motornya selepas hantar aku ke rumah Tini.

“Kalau apa-apa ha berlaku kau jangan salahkan aku. Hmm aku kasihan tengok ayah kau tu Lily… mati-mati dia percayakan kau dan dia hantar kau konon kau nak study di rumah aku dan tidur kat sini. Padahal kau nak keluar dengan lelaki,”

“Tini… kau janganlah rosakkan mood aku,”

“Tapi memang betul apa. Sebelum ni kau tak pernah menipu dan hari ini kau ajar aku menipu mak ayah kau pulak. Kau sebagai anaknya sendiri pun telah sanggup menipu mereka. Aku pulak rasa malu, Lily. Biarpun aku tak sepandai kau di dalam kelas tapi aku tak terlintas langsung nak menipu mak ayah aku berkenaan hal macam ni. Aku tengok wajah mak kau pun aku dah sayu… tersentuh hati aku. Abang kau pun dah lama tinggalkan kamu semua. Kalau dia tengok adik dia dari jauh berperangai macam ni, aku rasa abang kau pun sedih,”

Tidak semena-mena hati aku tersentuh dek ucapan Tini yang menasihati aku. Benar katanya. Kenapa aku jadi macam ni? Hanya kerana cinta? Aku perlu menipu orang tua? Aku keliru.

Tidak berapa lama kemudian, muncul sebuah motosikal yang berhenti agak jauh dari halaman rumah Tini. Tini yang duduk di tangga itu pun bangun. Aku tersenyum indah sebaik sahaja melihat lelaki idaman aku menunggu aku di atas motor RXZ miliknya.

“Bye Tini… aku pergi dulu.. dia dah sampai tu,” nasihat yang diberikan oleh Tini seperti tidak aku endahkan sebaik sahaja melihat kelibat Khai Iskandar

“Awak… kita nak kemana ni?” tanyaku sebaik mencapai topi keledar yang dihulurkan oleh Khai Iskandar setelah aku tiba dekat dengannya.

Aku memandang Tini sekilas yang sedang menggeleng sahaja. Aku rasa serba salah pula tak dengar nasihatnya. Apa yang penting sekarang ni adalah perasaan aku. Bukan perasaan orang lain.

“Bukan pakai macam tu…” eh! Khai Iskandar menegur cara aku pakai topi keledar.

“Kenapa?” tanyaku.

“Terbalik,”

Hehe… silap pulak!

Dia tolong pakaikan aku topi keledar. Wah! Romantik sungguh cara dia membuatkan aku terbuai terbang ke awan-awangan.

Khai Iskandar melihat cara aku berpakaian. Atas dan bawah dia ‘scan’ aku. Aku dapat agak mesti dia tak suka sebab dia suruh aku pakai seluar jeans yang dia hadiahkan pada ku. Macam mana aku nak pakai seluar tu di hadapan ibu dan ayah aku? Tak pasal aku kena hentam! Ayah aku tak suka aku pakai seluar jeans.

Ayah…

Ah! Tak perlu fikirkan tentang ayah buat masa ni nanti hilang mood aku.

“Lupa…” alasanku.

“Oh okey, tak kisahlah tapi kalau orang nak motor ni berbaju kurung memang tak sesuai,” katanya.

“Kenapa pulak?”

“Awak nak duduk macam mana?”

“Duduk ajelah,” balas aku selamba.

Akhirnya aku terus naik atas motornya bukan mengiring tepi tapi aku duduk macam biasa. Maka terselaklah kain aku nampak betis. Hmm, Khai Iskandar lihat betis aku. Aduh! Dia tersenyum sahaja. Senyuman dia lain macam. Aku gemuruh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience