BAB 1

Romance Completed 4883

Ibu aku kata kalau nak main internet boleh, tapi jangan tinggalkan solat. Jangan lagut layan internet sampai solat pun diabaikan. Ish! Aku tak akan tinggalkan Solat sebab solat tu tiang Agama. Kecuali kalau ada MC. Perempuan kan... erm... Itulah pesanan ibu sampai sekarang. Tapi kisah aku bukan berkait dengan internet pun.

Erm! Dalam hidup ini, aku tak dapat lupa akan cinta permata aku aje. Bagi aku ianya cukup indah untuk di simpan. Kenangan terindah bak kata lagu Samsons.

Nama aku Lily (bukan nama sebenar) yang hidup dalam kemiskinan ketika waktu dulu dan kini keluarga kami senang bagai memang tiket loteri tapi bukan menang loteri. Mak aku berniaga. Dia buka kedai makan dulu kecil-kecil hidup melarat sekarang dah jadi restoran terkenal nasi dagang. Siapa tak kenal dengan nasi dagang Mak Lemah? Haa itulah hasil air tangan mak aku.

Aku? Aku diperdagangkan dalam dunia yang layu ketika muda remaja. Kini umur aku 28 tahun. Banyak pengalaman yang aku lalui ketika aku hidup dalam dunia aku sendiri. Dunia yang diulit mimpi indah meskipun kehidupan aku masa tu sangat susah. Mandi pun air perigi, sekarang? Air panas, sejuk segala macam ada dalam jamban rumah aku.

Kisahnya…

“Lily… lily nak makan apa? Lily cakap aje abang belanja,” ayat manis mat romeo yang sungguh pandai memujuk.

Ya, dialah lelaki pertama dalam hidup aku. Masa tu aku tingkatan empat. Memang pertama kali aku kenal erti cinta. Cinta yang teramat dalam katanya. Hakikatnya cinta itu buta. Lelaki yang menjadi balak aku tu umur dia dua puluh empat tahun. Macam mana aku boleh kenal dengan dia?

Semuanya kes kemalangan yang tak disengajakan aku. Dia bawa motor, aku pulak kayuh basikal. Aku sebenarnya malu nak bawa basikal pergi sekolah. Memang tak sedar diri betul aku masa tu tak padan dengan anak orang susah.

“Awak tak apa-apa ke?” Tanya dia saat aku jatuh tergolek, Aduhh sakitnya lutut aku. Boleh dia Tanya aku tak apa-apa pulak!

Mujur dia hensem. Kacak, da boom. Hati aku berbunga-bunga masa tatap wajah dia. Lama-lama pulak tu aku dan dia berpandangan. Aku perasan cantik masa tu maklumlah pertama kali wajah lelaki terpampang di hadapan muka aku. Dekat pulak tu. Ish!

Masa itulah aku kenalkan nama aku dekat dia. Dia pun pujilah nama aku. Katanya nama Lily Natrah (Dah Jadi Nama Sebenar) sangat padan dengan aku. Cantik seperti bidadari. Itu yang dia cakap. Hati aku merembes cair dek pujian dari seorang lelaki yang kau tak kenal lagi asal ususl dan keperibadiannya itu.

Wajahnya seperti Aaron Aziz… saudara mara dialah tu kut. Oleh kerana wajah dia tampan aku rasa malu pulak. Tapi dalam masa yang sama aku tak nak lepaskan dia. Dia kenalkan nama dia pada aku. Nama dia Khai Iskandar, sedap nama dia. Dari itu aku nak kenal dengan dia lebih rapat lagi. Namun aku kena jual mahal kerana aku perempuan. Harga diri aku tinggi. Sakit yang aku rasai masa tu bagai hilang. Lenyap sekelip mata.

“Mari saya hantar awak pergi klinik,”

“Klinik?! Saya tak apa-apa, saya okey. Lagipun belanja klinik tu mahal saya tak ada duit nak bayar. Lagi satu motor awak tu dah calar saya pun tak ada banyak duit tuk bayar ganti rugi. Ni semua salah saya sebab tak tengok kiri dan kanan,” aku beralasan.

“Bukan salah awak tapi salah saya,”

“Salah saya,” balas aku.

“Saya,”

“Tak! Saya!”

“Saya!!” balasnya tegas. Muka dia tiba-tiba garang. Aku kecut perut.

Kemudian dia senyum semula dan hati aku pun kembali cair bagai ais yang dipanaskan. Kemudian dia memapah aku bangun. First time lelaki pegang aku. Dan kata Ustaz kalau keadaan darurat tak apa. Tapi aku darurat ke? Hmmm…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience