BAB 8

Romance Completed 4883

Aku tak bercakap dengan Tini. Aku merajuk! Walaupun dia sudah minta maaf namun aku berkeras hati. Nampak bodoh aje aku ni sebab percayakan perkenalan yang dirancang. Hmm! Tapi aku masih tak terfikir siapa Khai Iskandar itu. Tini berkali-kali mahu menyatakan kebenaran tapi aku tak pernah bagi dia peluang dan ruang bercakap dengan aku.

Sudah dua minggu keadaan aku begini. Khai Iskandar pun tak datang jenguk aku lagi. Sebenarnya aku rindukan dia namun keegoan aku terlalu tinggi. Tini pulak cuba dan cuba nak berkawan dengan aku lagi. Aku marah dengan dia. Marah sangat-sangat. Dia melawak tak kena tempat! Aku sakit hati.

“Lily…” tegurnya.

Aku buat tak layan. Aku kemas buku aku masuk dalam beg sandang dan terus melangkah keluar dari kelas. Sekarang waktu balik sekolah.

“Lily…” Tini panggil aku lagi.

Aku berfikir sama ada nak matikan langkah ini ataupun tidak. Aku berkira-kira sendiri, maka aku memilih untuk mematikan langkah dan lambat-lambat aku menoleh ke belakang.

Aku angkat kening. Tini muram. Dan dia datang dekat lalu pegang tangan aku.

“Maafkan aku Lily… hanya disebabkan hal tu persahabatan kita putus macam tu aje. Aku tak faham kenapa kau rajuk sampai macam ni sekali. Lily… Khai Iskandar rindukan kau…” katanya pada aku.

Rindu? Sekadar rindu? Sesiapa pun boleh rindu! Buang masa betullah! Ungkapan murahan yang boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja asalkan terbayar dengan apa yang mereka inginkan. Perasaan aku tergores parah! Aku ni remaja yang buta dalam cinta sekali jatuh cinta padah jadinya.

“Apa kena mengena dengan aku? Kau kan hebat… buat rancangan nak tunjuk kau ni baik sangat kan? Kononnya aku menipu mak ayah aku lah.. apa lah macam ustazah tapi kau lagi teruk! Kau saje bawa aku ke dunia begitu. Dunia yang akan bawa aku hanyut!” Aku marah Tini.

Tini tersentak aku marah dia selalu.

“Lily!!! Kau marah aku sampai macam ni sekali? Aku buat semua tu untuk kebaikan kau jugak!”

“Otak kau untuk kebaikan! Kau sudah buat aku jadi penipu! Lepas tu kau cakap untuk kebaikan!” bentakku tanpa berfikir.

“Kau yang beria-ria sangat! Kau selalu ceritakan tentang cinta dan kasih sayang! Kau kuat baca novel! Sebab tu kau hidup dalam dunia fantasi kau sendiri dan kau tak pernah faham dalam pengalaman kau sendiri. Kau tahu apa itu cinta? Kau tunggu dia ungkapkan cinta? Aku tau lah kau tunggu dia ucapkan kata cinta pada kau… Aku juga perempuan aku faham apa yang kau fikir!” Tini sudah mula naik belang cakap menengking. Mujurlah semua pelajar lain dah balik. Tinggal aku berdua aje dalam kelas.

“Soal aku takde kaitan dengan kau kan? So jangan nak busy body. Cinta ke apa ke aku tak peduli. Aku nak belajar. Aku nak betulkan hidup aku! Soal Khai tu kau aje lah ambik! Aku tak peduli,”

“Betul ni? Kau tak menyesal?”

Eh! Kenapa dia berbasa-basi dengan aku pulak ni?

“Tak!” Aduh! Akana aku menyesal!

“Baiklah… kalau itu jawapan kau memang cerita ni tak akan habis, kau akan melarat dalam seumur hidup kau kerana menolak lelaki sebaik Khai Iskandar!”

‘Baik?’ aku tak nampak sudah kebaikan dia apabila bekerjasama dengan Tini untuk buat ujian yang bengong!

***

Hubungan aku dengan Tini makin renggang. Aku tak bertegur sapa dengan Tini sampailah cuti penggal pertama. Ibu aku pun nampak perubahan aku yang selalu muram dan tidak ceria seperti selalu.

“Kamu ni kenapa Lily… dari rumah sampai ke warung pun muka kau monyok aje… dah lama kau macam ni tak senyum pun,” Ibu menegur aku tatkala aku sedang meletakkan nasi lemak ke dalam pinggan untuk pelanggan.

Pagi yang hampa memang terlalu berat untuk menjalani hidup hari ini. Orang lain sibuk belajar aku pula fikir bercinta. Kelakar sungguh! Aku dah usir rasa tu tapi selalu benar dia hadir. Aduh!

Aku harap ibu aku tidak tahu akan hal ini. Biarlah rahsia….

“Assalamualikum makcik…” tidak aku duga seorang yang aku belajar untuk melupainya hadir juga. Aduh aku rindu pada wajah itu. Tapi dia orang lain.

Segak! Pakai kot! Aku tengok kereta dipakir itu. BMW?!! Fuh! Kayanya? Eleh! Entah-entah dah tukar perkerjaan jadi pemandu pulak. Nak menunjuklah tu nak menipu mata orang!

“Mana nasi lemak tak sampai-sampai lagi ni,” bising pelanggan. Aduh aku lambat hantar pulak.

Memang aku takkan hantar! Aku terus tinggalkan tempat tu. Aku lari melalui pintu belakang! Aku malas tengok muka dia! Aku menyampah!!!!

Untuk apa dia datang ke warung mak aku siap pakai kereta mewah lagi?! Ah!! Lantak ah bukan masalah aku!

Aku mencari ketenangan! Kayuh basikal laju-laju sampai ke pantai yang tidak jauh dari rumah aku dan warung. Bawa rajuk dan sakit hati bersama. Dengar deruan ombak baru rasa tenang sikit jiwa yang bergelora ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience