Bab 1: Pertemuan

Horror & Thriller Series 1566

Suasana yang sunyi, dihiasai taburan manik kecil di angkasa ternyata hanya mampu membuat hatiku sebak. Kala ini aku hanya mengenangkan tragedi yang berlaku 10 tahun yang lalu. Tidak dapat kusangkakan pada usiaku 5 tahun, aku telah bergelar yatim piatu. Namun, itu tidak akan menjadi halangan buatku untuk membuktikan kewujudan diriku ini kepada dunia.
Aku melihat ke arah rimbunan dedaun kering yang ingin ku bakar pada petang tadi. Akibat hujan yang lebat, niat ku itu terbatal kerana dedaun itu sudah pun basah disirami air hujan. Setiap kali melihat dedaun itu aku terasa sayu.
Sedang asyik melayan perasaan tiba-tiba aku terdengar suara seorang lelaki memanggil nama ku. "Mulana Iriwana... Mulana Iriwana... Mulana... Mulana... na.na.na..." aku hairan. Dalam hati ku berkata 'Siapakah yang memanggil nama ku?'
"Mulan..." kedengaran nama ku dipanggil lagi tetapi kali ini hanya sekali dan agak nyaring kedengarannya. 'Eeh, macam suara Mak Atoh,tapi tadi tu lelaki macam mane boleh?' aku terdiam seketika. Aku melihat Mak Atoh sedang menunggu ku di muka pintu.
Ketika aku ingin beredar, sekali lagi kedengaran nama ku dipanggil namun kali ini ia kedengaran seperti suara bisikan di telinga ku. Aku menoleh dan tiada sesiapa di sebelah ku. Tiba-tiba aku terlihat satu lembaga seperti seorang lelaki berbaju hitam sedang berdiri tegak di seberang jalan rumah ku. Aku melihat di tangannya terdapat sehelai kertas lama yang sudah kekuningan. Jelas kelihatan matanya sedang memandang ku.
Aku lihat dia tersenyum, lalu melambai-lambaikan kertas itu ke arah ku. Setelah melihat senyumannya, aku dapat meneka siapakah gerangan itu. Aku berasa sedikit terkejut akan tindakannya itu, sedangkan sebelum ini tidak pernah sekali pun dia baik dengan ku. Aku berpaling darinya lalu beredar. Ketika kaki ku ingin melangkah, terasa berat sekali. Sehingga aku terjatuh dan lutut ku berdarah akibat terkena batu.
Ketika aku menoleh ke belakang untuk melihat di seberang jalan, kelibat lelaki itu sudah tiada lagi. Aku bangkit dan menyapu lutut ku dengan telapak tangan. Mak Atoh memanggil nama ku lagi. "Mulan...Oo, Mulan...cepat la balik hari dah nak malam ni." panggilan yang lembut itu membuatkan ku tersenyum lalu berlari anak pulang ke rumah.
Mak Atoh ialah seorang wanita tua yang telah mengambil ku sebagai anak angkatnya kerana katanya wajahku ini mirip sekali dengan puterinya Mariam Kistina yang meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung ketika masih bayi. Dia seorang ibu yang paling baik yang pernah aku kenal dan telah ku miliki.
Setibanya aku di muka pintu, tubuh tua itu menerpa ke arah ku. Dia menyentuh lutut ku lalu bertanya. "Macam mane boleh jadi macam ni, habis luke." katanya sambil telapak tangannya menyapu lutut ku yang berdarah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience