Bab 7 : Pilihan

Horror & Thriller Series 1566

Malam ini adalah malam yang akan menjadi sejarah dalam hidup aku.Aku sendiri pun tidak tahu bahawa malam ini akan menjadi malam yang panjang dalam sejarah hidup ku.
Aku keluar ke beranda lalu mendongak kan kepala ku melihat taburan bintang yang memenuhi langit pada malam itu. Dalam hati aku berkata, 'Mengapa semua orang yang aku sayang pergi meninggal kan aku sendirian di atas muka bumi ni?'
Aku menutup kedua-dua belah mata ku lalu aku menghayati suasana malam itu dengan penuh perasaan. Hatiku mulai berasa nyaman.Apabila aku membuka mata ku semula, aku dikejutkan dengan kehadiran lembaga lelaki dengan kertas putihnya.
Lembaga itu, mula menghampiri ku perlahan-lahan dan ia semakin hampir sehingga aku dapat melihat rupanya dengan lebih jelas. Aku kaku di tempat ku berdiri tanpa sebarang pergerakan. Dia berdiri di hadapan ku, tangannya yang memegang kertas itu dihulurkannya kepada ku.
Aku berundur perlahan - lahan sebanyak enam langkah lalu aku memusingkan badan ku. Tombol pintu ku pegang lalu ingin ku pulas namun tindakan ku terhenti apabila pergelangan tangan ku dipegang oleh lembaga itu.
"Aarh..." aku menjerit akibat terkejut dengan sentuhan itu tadi. Aku menoleh ke belakang menyebabkan mata ku bertentang dengan mata lembaga itu. Matanya yang merah seperti biji saga itu membuatkan aku terkaku di situ, rupanya yang buruk seperti kertas yang direnyuk membuatkan aku berasa ketar.
Wajahnya seolah-olah telah diselaputi kertas putih yang sudah kekuningan dan penuh kedutan di sana-sini. Tangannya yang menggenggam pergelangan tangan ku tadi semakin kemas apabila aku cuba untuk melepaskan diriku daripada cengkaman makhluk pelik itu.
'Ya Tuhan...tolonglah hamba mu ini. Selamatkan lah aku daripada makhluk ini.' doa ku dalam hati. Dengan kudrat yang aku miliki, aku cuba untuk melawannya. Namun, ternyata makhluk itu lagi kuat daripada aku yang hanya manusia biasa.
Tiba-tiba aku terdengar suara halus memanggil nama ku."Mulan Iriwana...kau tidak boleh lari dari takdir mu ini. Kau adalah satu-satunya waris yang masih hidup, kau adalah tuanku. Kau adalah tempat semadi ku, jasad mu adalah jasad ku, mata mu adalah mata ku, hati mu adalah nyawa ku, jika kau mati maka tubuh mu adalah milik ku." suara bisikan itu lenyap seperti angin malam itu.
'Apa yang telah aku dengar tadi?' aku melihat genggaman pada pergelangan tangan ku mulai longgar lalu aku menarik tangan ku dengan pantas. Aku berjaya melepaskan diri namun lembaga itu hanya tersenyum lalu menghilangkan diri.
Aku mengurut pergelangan tangan ku dan terdapat kesan kuku makhluk itu tadi. Tiba-tiba kepala ku mulai pening dan ketika aku ingin melangkah masuk ke dalam bilik, aku rebah tidak sedarkan diri. Sekali lagi bisikan kedengaran di telinga ku. "Kau tiada pilihan selain menerima kewujudan aku di sisi mu. Kau adalah tuan aku, kau telah mengutip aku. Kini aku adalah tanggungjawab mu." mata ku mula tertutup perlahan-lahan dan akhirnya aku tidak sedarkan diri lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience