Bab 2: Selamat tinggal

Horror & Thriller Series 1566

Pagi ini aku hanya mengenakan t-shirt biru dengan kain satin berwarna hitam untuk mengelakkan lutut ku bergesel dengan kain. Hal ini kerana aku ingin bertemu dengan teman ku, Mina di rumahnya yang terletak di Taman Permai bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Ayob.
Seperti biasa aku akan menggunakan lorong di belakang sekolah itu. Ketika melaluinya, aku terdengar bunyi tapak kasut sedang mengekoriku dari belakang. Aku tidak berpaling sebaliknya langkah ku terhenti. Aku mengamati bunyi tapak kasut itu dengan penuh debar.
"Prap...Prap...Prap..." bunyi itu semakin kuat dan semakin hampir. Apabila terasa seperti ada lembaga berdiri di belakang ku, aku berpaling namun tiada sesiapa pun yang sedang berdiri di belakang ku. Hanya kelihatan sekeping kertas kosong yang sudah lusuh berwarna kekuningan sahaja.
Aku kehairanan lalu mengambilnya kerana kertas itu kelihatan seperti pernah ku lihat sebelum ini. Namun, ingatan ku tidak sekuat saintis. Tanpa berfikir panjang aku memasukkan nya ke dalam beg. indah pada pandangan mata ku.
Aku membawanya bersamaku.Dalam perjalanan menuju ke rumah Mina, aku dikejutkan dengan teguran daripada Tok Penghulu. "Eh, Mulan. Kamu tak pergi tengok kawan kamu ke? Dia tengah nazak tu kat hospital." katanya sambil menunjuk riak pelik pada wajahnya.
Aku hanya menjawab dengan gelengan sahaja. Aku minta diri untuk beredar kerana takut Mina tunggu lama. "Tok, Mulan pergi dulu eah...takut nanti Mina mengamuk sebab lambat. Minggu depan dah nak kena presentation kat depan. Mulan mintak diri dulu ye." Aku lihat wajah Tok Penghulu pucat seperti aku mengatakan sesuatu yang salah.
Aku meneruskan perjalanan menuju ke rumah Mina. Setelah tiba di hadapan rumah, aku terasa seperti ada seseorang sedang memerhati ku dari seberang jalan. Aku menoleh ke belakang dan ternyata lelaki semalam sedang tersenyum kepada ku dan kali ini di tangannya tidak kelihatan sehelai kertas. Aku hanya memandangnya tanpa menoleh walau seinci pun.
Namun, jiran-jiran di kawasan itu memberikan pandangan pelik kepada ku. Ketika ini aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Aku tunduk seketika, tetapi ketika aku ingin mengangkat semula wajah ku. Aku terkejut apabila lelaki itu sudah tiada. Tetapi aku mula berasa pelik apabila melihat bayang-bayang yang sedang berdiri di belakang ku adalah sangat tinggi.
Aku tidak mempedulikannya kerana takut yang amat. Telefon bimbit baling anjing ku keluarkan dari dalam beg. Aku membuat panggilan kepada Mina tetapi tidak berjawab. Aku cuba nombor telefon rumahnya pula pun sama juga.
Tubuh ku mula menggeletar dan dahi ku sudah mula berpeluh. Tiba-tiba aku terasa titisan air jatuh di bahu kiri ku. Aku menyentuh bahu kiri ku dan terdapat cecair merah di celah-celah jari ku. Aku terkejut lalu tanpa sengaja aku menjerit. "Aah..." dadaku berdegup laju.
Apabila aku melihat sekeliling, tiada sesiapapun di situ. Hanya kelihatan kawasan perumahan sahaja,jika tadi ada orang yang melihat ku dengan pandangan pelik kini hanya tinggal aku seorang.
'Ting...tong...ting...tong...ting...tong...' tiga kali aku menekan loceng namun masih tidak kelihatan kelibat orang untuk membuka pintu pagar. Ketika jari ku ingin menyentuh butang loceng sekali lagi, tiba-tiba kelihatan seorang pembantu rumah datang membukakan pagar buat ku.
Aku membuntuti pembantu rumah itu ke ruang tamu. Ketika kaki ku jejak di dalam rumah itu, aku merasakan sesuatu yang pelik seperti ada yang sedang memerhati. "Mak Cik...mana tuan rumah ni?" pertanyaan ku tidak diendahkan sebaliknya dibiarkan begitu sahaja.
'Hummm...maybe mereka belum balik lagi kot' fikir ku positif. Pembantu rumah itu meminta ku duduk di atas sofa dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience