Bab 6 : Noktah

Horror & Thriller Series 1566

'Kring...' loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat. Ramai pelajar keluar dengan senyuman tidak lekang di bibir masing-masing dan aku juga termasuk dalam golongan itu.
Namun, senyuman ku menjadi kelat apabila seorang lelaki di seberang jalan kelihatan sedang melambai-lambaikan tangannya yang sedang memegang sekeping kertas itu ke arah ku.
Aku memandangnya dengan pandangan yang hairan. Aku menyapu kedua-dua belah mata ku. 'Sape mamat tu? Kenapa aku selalu nampak dia?' fikiran ku bercelaru."Jap...rasanya ni bukan kali pertama aku nampak dia. Sebelum ni pun aku ada nampak tapi kali ni lain..."
Aku berlari ke arah traffic light yang berada di garisan zebra berdekatan sekolah. Aku menekan butang traffic light tersebut lalu menunggu lampunya bertukar merah. Apabila ia bertukar merah, tanpa lengah aku berlari menuju ke seberang.
Tiba di seberang jalan aku cuba mencari kelibat lelaki yang melambai ke arah ku tadi namun hampa kerana kelibatnya sudah tidak kelihatan. "Tadi ada kat sini. Ke mana dia dah pergi, takkanlah dia dah balik ke rumah. Bas pun belum sampai lagi, macam mana dia boleh lesap macam tu je." meremang seluruh bulu roma ku apabila memikirkan kembali apa yang telah aku lihat.
Kejadian kehilangan kelibat lelaki itu tadi menyebabkan hati ku tidak tenteram setelah melihat sendiri kelibat itu hilang secara tiba-tiba dan ia masih menghantui ku sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Aku memandang pokok yang berada tidak jauh dari jarak aku berjalan namun langkah ku terhenti apabila tanpa sengaja satu lembaga muncul di sebalik pokok tersebut. Rupanya yang seperti bayang-bayang hitam itu telah membuat langkah kaki ku terhenti. Aku kaku seketika sehinggalah muncul seorang perempuan tua yang hadir secara tiba-tiba itu.
"Cu...Kenapa masih berdiri di sini, cucu tak boleh duduk sini lama-lama nanti ada orang jahat ambik jiwa cucu..."kata-kata perempuan tua itu membuat aku terkesima. Aku menganggukkan kepala ku sebagai tanda faham.Aku melihat perempuan tua itu beredar dari situ dengan rasa yang bercampur-baur, ada rasa hairan dan ada rasa takut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience