Bab 3

Horror & Thriller Series 1566

Di kediaman keluarga Mina, aku hanya melihat beberapa gambar keluarganya yang disusun cantik di atas meja perhiasan. Aku bangkit dari tempat duduk ku untuk melihatnya dari jarak dekat.
Ketika asyik membelek gambar-gambar di situ. Aku dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbit dari dalam beg yang ku bawak tadi. Aku mengeluarkan nya dari dalam beg lalu melihat nama si pemanggil. Timbul perasaan hairan apabila melihat nama si pemanggil ialah seorang yang tidak ku kenali.
Aku menjawab panggilan itu. " Hello..." tiada jawapan dari sebelah sana. Aku bertanya sekali lagi. "Hello...siapa ni?" kali ini aku mempersoalkannya pula, namun masih tiada jawapan. "Kalau anda masih ingin bermain saya akan putuskan panggilan." ketika ingin memutuskan panggilan, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki yang menjawabnya.
"Hai Mulana...aku akan mengikuti mu hingga ke akhirnya...hehehe..." telefon bimbit ku terlepas dari genggaman. Tiba-tiba telefon rumah Mina berdering. 'Kring...Kring...Kring...' aku mengangkat ganggang telefon perlahan-lahan. Aku mendengar suara orang gaji keluarga Mina. " Cik, saya nak mintak maaf sebab lambat bagitahu cik yang majikan saya terlibat dalam kemalangan. Kalau cik nak balik nanti tolong kumpulan pintu. Maafkan saya sekali lagi."
Panggilan telah dimatikan. Kini hanya tinggal aku dengan orang gaji yang sedang membuat air di dapur. Aku meletakkan semula ganggang telefon lalu mengatur langkah menuju ke dapur untuk melihat apakah ada orang di dapur. Apabila aku tiba di dapur, aku hanya melihat alatan dapur yang tersusun kemas dan tiada sesiapa pun di situ.
'Trang...Tang...Tang...' bunyi benda jatuh. Aku terperanjat dan menoleh ke belakang. Namun, aku kini tidak lagi berada di rumah Mina sebaliknya di rumah ku sendiri. "Apa yang sedang berlaku ni? Aku kat rumah...bukan ke tadi aku kat rumah Mina. Macam mane boleh kat rumah Mak Atoh."
Aku meraup wajahku sebanyak tiga kali sambil menutup kedua-dua belah mata. Ketika aku membuka mata, aku dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang tidak ku kenali. Mata kami bertentangan dan tangannya menyentuh rambut ku.
Tiba-tiba wajahnya kelihatan seperti terbakar dan jatuh satu-persatu menjadi serpihan kecil ke atas tanah. Air mata ku berlinangan, ingin menangis namun tidak berdaya. Wajah itu, masih berada di hadapan ku sambil menunjukkan senyuman yang mengerikan. Pandangan matanya itu membuatkan aku terkesima, seolah-olah dia pernah aku temui.
Aku ternampak sehelai kertas di tangannya tetapi kali ini ia sehelai kertas yang berwarna putih. Dia menghulur kertas itu kepada ku. Aku tidak mengambilnya. Dia membisikkan sesuatu di telinga ku.
"Jangan kau lari dari takdir yang telah ditetapkan untuk mu..." kemudian dia hilang begitu sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience