Bab 5 : Kehidupan

Horror & Thriller Series 1566

Dua bulan telah berlalu, semenjak teman ku Mina telah pergi buat selamanya. Aku kini hanya tinggal seorang diri sahaja dan Mak Atoh juga telah pergi meninggalkan aku sendiri di atas muka bumi.
Segalanya berlaku tanpa aku sedari kerna Mak Atoh meninggal dalam kemalangan kapal terbang yang telah mengorbankan hampir 1000 orang penumpang termasuklah Mak Atoh.
Kini aku sudah menjadi sebatang kara dan tiada tempat untuk aku mengadu dan menumpang kasih. Jika dahulu aku ada Mina dan Mak Atoh untuk menjadi penghibur hatiku yang lara. Kini hanya ada aku seorang sahaja.
Aku meneruskan perjalanan ku untuk pergi ke sekolah namun langkah ku terhenti apabila rakan sekelas ku Azham menghalang laluan ku. Aku memandangnya dengan tidak puas hati.
'Asal mamat ni...nak kata ada traffic light...mustahil amat...jalan kampung kot...'
Tanpa menghiraukannya, aku melaluinya tanpa melihat wajahnya. Namun, jelas sekali dia menunjukkan rupa yang tidak puas hati kerna kehadirannya tidak dipedulikan oleh ku.
Ketika aku melaluinya, kakinya sempat menghalang kaki ku sehingga menyebabkan aku jatuh tersungkur di hadapannya. Gelak tawanya jelas sekali kedengaran di telinga ku menyebabkan hatiku berasa panas.
Aku memandang tepat ke wajahnya lalu bangun dan menyapu pakaian ku yang sudah kotor akibat terkena tanah. "Wei...Azham. Kau memang tak dek kerja lain eah...aku rasa kau ni jenis yang membosankan sebab selalu mencari masalah."
'Kurang asam punya minah...' marahnya dalam hati. Tangannya telah mengepal penumbuknya seolah-olah bersedia untuk mendarat pada wajah Mulan Iriwana. Namun, hanya hajat sahaja ingin dilakukan itu tidak sanggup. Baginya cukuplah orang kampung berkata itu dan ini pasal Mulan, dia tidak mahu menjadi salah seorang daripada golongan itu.
"Sorry. Aku buat kau jatuh." Maafnya itu hanya dipandang remeh oleh Mulan. "Wei...kau ni buang tebiat eah...tak pernah-pernah mintak maaf. Hari ni kau mintak maaf." Aku memandangnya dari atas ke bawah. 'Tak betul gamaknya mamat ni.' kata ku dalam hati.
Tiba sahaja di hadapan pagar sekolah, aku disambut gembira oleh Cikgu Rahimah, guru kelas ku yang sentiasa menunggu kehadiran ku. "Mulan, awak ape khabar sekarang? Cikgu rindu kat Mulan sangat-sangat. Lepas ni kalau ada masalah, jangan segan untuk jumpa cikgu tau." pesanannya ringkas namun cukup menyenangkan hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience