Bab 8 : Keputusan

Horror & Thriller Series 1566

Aku berlari di dalam kegelapan yang tiada penghujungnya. Semakin laju aku berlari, semakin jauh terasa jarak antara aku dan cahaya yang berada di hadapan ku itu. Namun aku teruskan juga larian ku sehingga aku tiba di sebuah kawasan perkampungan yang asing sekali dalam hidup ku.
'Apakah tempat ini? Di mana aku sekarang ni? Mana cahaya itu tadi, takkan lah aku dah berjaya menggapainya?' pelbagai persoalan bermain di minda ku. Aku berlegar di setiap kawasan dengan berharap ada orang yang akan sudi hulurkan bantuan kepada ku.
Langkah ku terhenti di hadapan sebuah rumah yang pernah menjadi tempat tinggal ku pada suatu masa dahulu. Aku melutut di hadapan rumah itu lalu segala kenangan masa silam mula terimbas kembali namun apabila pintu rumah itu terbuka, aku terlihat seorang lelaki keluar dari rumah itu lengkap berpakaian kemas seperti ingin melayan tetamu istimewa sahaja gayanya.
Aku berdiri semula. Aku ingin beredar dari tempat itu namun langkah kaki ku terasa berat seolah-olah sedang dipaut oleh seseorang. Aku memandang kaki ku namun tiada pula orang yang memaut kaki ku. Aku melihat semula ke arah rumah itu, lelaki yang tadinya di hadapan pintu kini sudah tiada sebaliknya dia sudah berada dekat dengan ku.
"Oi Mak kau!" aku mengurut dada ku di sebabkan terkejut dengan kehadiran lelaki itu yang secara tiba-tiba. Aku melihat wajah lelaki itu dan hanya satu nama yang terlintas di fikiran ku. "Azham..." aku rasa sedikit terkejut kerana lelaki itu ialah Azham, budak yang suka mencari masalah dengan semua orang.
"Ye, saya...kenapa awak pandang saya macam nampak hantu." kata-katanya itu telah menyedarkan ku daripada lena. "Arh..." aku melihat keadaan sekeliling, kemudian aku melihat di sisi ku ada buku berwarna coklat beserta dengan sebatang pen warna hitam. Aku cuba mencapainya namun sukar untuk ku capai dengan wayar yang berselirat pada tubuh ku.
'Apa yang telah berlaku? Di manakah ini?' Aku melihat sekeliling ku dan ternyata kini aku sedang terlantar di atas katil hospital. Tiba-tiba seorang perempuan berpakaian kot putih datang menghampiri ku. "Mulan macam mana sekarang? Masih ingat apa yang berlaku semalam?" soalnya kepada ku kemudian dia mengeluarkan lampu kecil daripada poket kot putihnya.
Cahaya daripada lampu itu di suluhnga ke dalam kedua-dua belah mata ku. "Baiklah, pandang pada cahaya ini dan ikut ke kiri dan kanan." Arahannya itu amat mudah untuk dibuat namun sukar untuk ku laksanakan.
Azham yang berada disisiku hanya diam tanpa bicara namun matanya ralit memandangku. Aku yang masih dalam dilema hanya menurut kata2 doktor itu. "Baik lah, saya rasa cik Mulan sudah boleh pulang esok pagi." kata doktor perempuan itu sambil tersenyum manis.
Aku melihat Azham yang masih senyap di sisiku. "Weih, kau ni ok tak?"soalku kepadanya. Dia memandangku kosong lalu meluku kepalaku.
Aku menyeringai akibat sakit. Aku menatap matanya lalu membebel. "Pasal apa kau luku pala aku. Aku baru je sihat kau da mula nak buat jahat dengan aku." aku merasakan seluruh mukaku membahang.
Azham yang melihat muka Mulan yang berubah kemerahan itu mula ketawa. "pufff..." jari telunjuknya tepat ke wajah Mulan. " Hahaha! kau nikan, kalau tak buat aku gelak memag tak boleh ye." katanya sambil tertawa. Mulan masih bingung.
"Kenapa kau gelak?"soal Mulan polos. Azham hanya tersenyum sambil cuba untuk menahan tawanya daripada meletus. " Tidak ada apa Mulan, aku hanya terasa nak gelak sebab rindukan kau kot." katanya sambil tersenyum ikhlas.
Mulan hanya diam tanpa berkata apa2. Azham berasa pelik dengan sikap sahabat a.k.a musuh nya itu. Dia sering berfikir macam mana Mulan boleh terkena anemia. "hurm...weih, kau ok tak ni?"soal Azham kepada ku.
Aku memandangnye kosong lalu menjawab. "Aku ok. Kenapa kau tanya macam tu?" soalku semula. kini soalan berbalas soalan namun tiada jawapan daripadanya. Aku memandang Azham kosong. tiba2 satu kelibat muncul di belakangnya.
Tubuhku mula ketar. wajahku pucat lesi dan kulitku terasa sejuk membeku. Azham yang perasan akan perubahan itu mula memanggil namaku. "Mulan! Kau ok x ni, kenapa muka kau pucat, weih." tubuhku digoncang nye kuat namun aku masih tidak mampu untuk bergerak.
Kelibat lelaki itu, semakin dekat denganku. Jarinya yang runcing itu sudah hinggap di dahiku. Namun tubuhnya masih berada di belakang Azham yang kelihatan panik akibat risaukan aku. Aku hanya mampu menangis tanpa suara malah tubuhku terasa terkunci kemas.
Azham keluar dari wad pesakit luar untuk mencari doktor perempuan tadi. Kini tinggal aku sendirian sahaja. "Ya tuhan, engkau lindungi lah aku." doaku dalam hati. Aku hanya mampu menatap wajah buruk lembaga itu dengan genangan air mata. Apabila mataku tertutup rapat, aku merasakan angin yang kuat menembusi tubuhku.
Sekaliku menoleh ke sebelah kiriku. Aku melihat lembaga lelaki itu tersenyum lalu berbisik. "Aku akan rampas hak engkau. Aku ingin selalu di sisi engkau."bisiknya lalu tangannya melingkar di pinggangku. Aku mula berasa sesak untuk bernafas.
Apabila Azham tiba bersama doktor perempuan itu, aku sudah mula berasa lega kerana telah bebas daripada cengkaman lembaga itu. Namun, aku sugguh yakin Azham rasa terkejut apabila melihat kesan lingkaran pada tubuhku.
Aku sedar kini tiada jalan untuk aku bebaskan diri dari hubungan ghaib ini. Tanpa kusedar bibirku tersenyum kepada Azham dan doktor perempuan yang sedang merawatku itu. Mereka berdua memandangku silih berganti, seolah tidak percaya aku tersenyum.
Aku menggapai tangan Azham lalu berkata kepadanya. "Azham, aku nak kau hantar aku balik rumah esok. Aku takut nanti aku tidak siuman." kataku kepadanya sambil tersenyum.
Azham berasa sedikit terkejut dengan permintaan Mulan itu, namun dia hanya mengangguk beberapa kali. "Kau jangan la risau, esok aku teman kau balik rumah. Aku hantar kau ok." katanya sambil mengusap rambutku lembut.
Aku hanya tersenyum melihatnya. Aku sungguh tidak menyangka orang yang aku anggap musuh kini sedang berusaha untuk membantuku ketika memerlukan. Namun sungguh aku merasa bersalah kerana aku terpaksa korbankannya.
Aku melihat Azham berlalu pergi dengan doktor perempuan itu. Dari dalam bilik wad jelas kelihatan bahawa dia sangat risaukanku. Namun, sapa aku untuk melawan kehendak lembaga yang sedang mendampingiku kini.
Aku seperti manusia yang tidak berjiwa. Dinding dan siling dalam bilik tersebut ku pandang sepi. Malam itu, Azham menjagaku sehingga pagi. Aku sudah melarangnya namun dia menolak, alasannya malas mahu berulang alik.
"Mulan, kau da siap kemas barangkan. Bil hospital setel dah, so sekarang da boleh gerak." katanya sambil tersenyum. Beg pakaianku digalasnya lalu dibawanya menuju ke parking. Aku hanya diam tanpa berkata apa2. Aku hanya menurut langkahnya dari belakang. Setelahku masuk ke dalam kereta, aku melihat keluar tingkap. Pandanganku terpaku pada lembaga itu yang sedang tersenyum sambil melambaikan tangannya. Tubuhku kaku, jantungku berdegup laju dan aku menjadi bisu." Tuhan, engkau lindungi lah kami."doaku dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience