bab2

Romance Series 6557

Bab2

Pagar akademi dipandang tajam.Lalu mereka kembali memandang antara satu sama lain.

“Are you ready gais”soal Aryana dengan wajah serius.

“Aku harap takde apa apa yang terjadi”bisik Putry dengan wajah risau yang amat.Ayu dan Aryana mengangguk serentak.Sungguh mereka juga berharap urusan mereka disini dipermudahkan.

Ayu menyentuh dadanya lembut.Sedikit berdebar apabila misi yang mereka lakukan kali ini berprofile tinggi dan merbahaya.

Aryana menayang wajah sombong.Bagasinya ditarik meninggalkan Putry dan Ayu yang masih menahan gelisah itu..Baru sahaja kaki bergerak memasuki pagar tersebut dia telah ditahan.

“Apa urusan kamu disini” soal seorang lelaki yang memakai kot dan berkaca mata hitam itu.Cukup kemas pada pandangan Aryana.

Rambut putihnya yang tidak diikat itu diselit kebelakang telinga.Lalu bibir bawah digigit sedikit,sengaja menggoda guard dihadapannya.

“Kami pelajar baru..baru je nak daftar masuk bang”balas Aryana dengan suara manja.Lenggok sengaja digedikkan..

Ayu dan Putry hanya mengelengkan kepala.Tahu sangat Aryana cuba menguji lelaki itu.

Aryana tersenyum sinis apabila melihat guard dihadapannya seperti tidak tentu arah itu.”Ci-Cik bertiga bo-boleh masuk” tergagap gagap suara Iman apabila terasa sedikit tergugat dengan godaan gadis cantik dihadapannya itu.

Diantara ketiga tiga mereka,gadis berambut putih dan berjaya biru cair itu sangat mengamit perhatian.Sungguh cantik dan menggoda.

“Terima kasih abang”ujar Aryana,sengaja rahang lelaki itu disentuh lembut sebelum berlalu pergi.

Melihatkan bayang guard yang sudah tiada dibelakang,laju sahaja Ayu melepuk kepaka Aryana dihadapannya itu.Geram dengan perangai nakal Aryana yang tidak bertempat.

Tolakan yang kuat menyebabkan Aryana terdorong kehadapan lalu merempuh sesuatu dengan kuat.

“Auchhhhh sakit lah babi”

Tersentak Aryana apabila ‘benda’ dihadapannya bersuara.Kepala diangkat memandang ‘benda’ tersebut manakala Ayu dan Putry hanya tergelak lalu menonong meninggalkan Aryana dengan lelaki tersebut dibelakang..

“Sorry Encik...Saya tak sengaja,tadi kawan saya tolak kuat sangat..Maafkan saya encik” tertunduk tunduk Aryana memohon maaf.Langsung tidak mengangkat kepalanya.

“Hey siku aku yang berdarah ni macam mana?”soal suara itu kasar..

“Hah berdarah,encik jatuh ke tadi..Saya tak perasan pun..Meh saya sapukan ubat..ya allah maafkan saya encik” kalut Aryana menarik lelaki dihadapannya kearah pondok yang berhampiran.Lalu bahu lelaki itu ditolak lembut agar lelaki itu melabuhkan punggung diatas bangku itu..

Iyad hanya mendiamkan diri memandang gadis yang sibuk mencari sesuatu didalam begnya.

“Kau car-“

“Jumpaaa,susah betul setan ni nak kuar” bebelan Aryana membuatkan percakapan Iyad tergantung sepi lalu dia tersengih.Terasa Comel pula gadis itu dipandangannya.

“Haah mana tangan yang luka tu,meh saya ubatkan” soal Aryana sambil memandang Iyad yang tersengih itu.

Laju sahaja Iyad menghulur tangan kanannya yang terasa sangat parah itu.Entah kenapa mendengarkan soalan gadis itu terasa luka tersebut seperti berdenyut denyut.

“Maafkan saya ya encik..kalau Saya tak cuai mesti encik tak apa apa kan” ujar Aryana perlahan sambil ralit mengubati lengan Iyad.

“Panggil aku Iyad..maaflah aku pun cuai gak”balas Iyad perlahan.

“Ouh kalau macamtu panggil saya Aryana jelah..ye Iyad” ujar Aryana mesra lalu plaster bercorak hati ditampal lembut..lengan itu ditepuk tepuk sedikit.

“Lengan Iyad cekci bethol”bisik Aryana perlahan sambil menggigit bibirnya,mata kangsung tidak dialihkan daripada lengan berurat Iyad.

Iyad tersengih.Bangga pula apabila mendengar bisikan gadis itu tentang dia.

“IYADDDDD,KAU BUAT APA DEKAT SITU”

Hilang sengihan Iyad diganti dengan wajah cuak..Fawwaz yang menghampirinya itu dipandang kalut.Air liur diteguk rakus.

Aryana menangkat kepalanya memandang lelaki yang memanggil Iyad disebelahnya itu.

Bersinar galak mata Aryana memandang jejaka sado dan bertatoo itu.Air liur ditelan kesat.Langsung tidak sangka dia bakal dihidangkan dengan badan yang pemandangan yang sangat dan TER indah ini.

Lupa sudah tujuan sebenar dia kesitu.Mata mata yang memandang mereka tidak dihiraukan.Mulut dia yang ternganga tidak ditutup.

“Siapa?”soal Fawwaz kepada Iyad pelik.Wajah gadis itu tidak pernah dilihat.

“Budak baru”ujar Iyad bersahaja.Kedua dua belah tangannya dimasukkan kedalam poket seluar.Ingat macho ke taguna.

“Hmm eh pergi check kita punya data..ada orang hack semalam” arah Fawwaz sebelum berlalu pergi.

Iyad yang ingin berlalu melakukan kerjanya terhenti apabila dipanggil.

“Iyad,sape tu” soal Aryana dengan wajah blur.

“Dia pengarah dekat sini” balas Iyad lalu berjalan pergi.

Aryana tersenyum sinis.Tangan bergerak menekan kedalam telinganya.

“Kau dengar tak Put?”

“Jelas sis”

Mendengar jawapan Putry membuatkan Aryana mengangguk dan kaki diangkat pergi sambil bersiul bahagia.Bagasinya langsung tidak dilepaskan.

????????

“Weiiiii apartment ke ni wehhhhh...dekat luar bukan amin biasa lagi” ujar Putry dengan suara yang lantang.

“Wahhhhh semua dah ada ye..siap ada aircond lagi” ujar Ayu sambil tersenyum suka..Pintu bilik dibuka lalu tanpa membuang masa badan dihempaskan keatas katil bujang.

Eh wait

Kejap

Katil

BUJANGGGGG

“PUTTT YANAAAAAAAAA” jeritan Ayu cukup membuatkan Yana dan Putry kalut berlari kearah dia..

“Asal wehhh” soal Aryana dan Putry serentak.

“Weiii dia bagi katil bujang wehh” ujar Ayu sambil tercebik sedih..

“Drama gila kau ni njirrrr..buat macam tak biasa” balas Putry geram..Buat kalut saja.

Aryana mendiamkan diri.Bilik tidur kedua dibuka dan diintai sedikit.Mata meliar mencari sesuatu.Entah kenapa dia terasa diperhatikan.

“Kau kenapa..?”soal Putry pelik.Sudahlah elok dia dan Ayu tengah bergurau Aryana hanya buat bodoh,malah mereja turut ditinggalkan Aryana.

Jadi disebabkan mereka terlebih bijak,mereka I jut jelah kenana Aryana menapak.

“Putry,aku nak kau detect berapa banyak cctv dan dekat mana tempatnya.”arah Aryana tegas.

Suara tegas Aryana cukup memberi tahu bahawa gadis dihadapannya itu merasakan sesuatu.”baik sis”ujar Putry dan bergegas pergi melakukan kerjanya.

“Aku buat apa?”soal Ayu pelik.Lagi pelik pelik apabila Aryana bergerak menghampirinya.

“Aku nak kau hack balik data akademi ni..diorang dah tahu dan ambil mana yang perlu”bisik Aryana dengan tegas.Bahu Ayu ditepuk sedikit dan terus melangkah keluar daripada ruangan bilik tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience