bab6

Romance Series 6557

Bab6

Wajah isteri kesayangannya ditatap sayu.Sudah hampir 3tahun isterinya terlantar koma akibat daripada kemalangan ngeri yang berlaku.Namun tiada tanda tanda yang isterinya akan sedar.Tangan isterinya digengam erat,langsung tidak ingin dilepaskan.Air mata yang menitik langsung tidak disapu.

Sayang?

Sesungguhnya hanya gadis itu yang bertakhta dihati biar pun sudah bertahun gadis itu terlantar.Sungguh dia amat merindukan suara isterinya,manja si dia,marahnya si dia..Rindu yang teramat.Namun tiada apa yang mampu dia lakukan selain menunggu dan terus menunggu.
Dikala itu dia berharap hatinya akan terus mencintai sang isteri dan tidak akan beralih tempat.

“Sayang,bila nak bangun dari tidur ni sayang..Abang rindu sangat dekat sayang..”ujarnya Sebak.Terasa kembang hatinya menahan rindu.

“Sayang nak tahu tak..dekat akademi,ada sorang ni sebijik macam sayang..perangai dia,wajah dia,mata dia cuma rambut dia sahaja yang lain..sayang ingat tak macam mana abang jumpa dengan sayang dulu,macam tu lah abang jumpa dengan dia..macam deejavu sayang”ujarnya lagi tanpa mengharapkan balasan.

Terhinjut hinjut bahunya menangis.Mata yang kabur dibiarkan begitu sahaja,manakala tangan isteri dicium bertalu talu...

“Sayang jangan risau ye,sebab abang tak akan berubah hati..hati abang hanya untuk sayang aje” penuh makna dia berbicara.Biarpun dia seorang yang kejam,berani dan gagah..Namun dalam percintaan dialah yang paling lemah..

“Abang imi”panggil satu suara perlahan..

Hilmi menangkat kepalanya,laju air mata disapu..Senyuman cuba diukir biarpun terasa hambar..

“Kenapa Hilal datang ni?”soal Hilmi dengan suara serak.Wajah yang sembab tidak dihiraukan.

“Emm harini Hilal yang kena jaga akak,abang balik lah dulu ye..ni pun dah dekat pukul 7pagi dah bang..abangkan kena pergi akademi”ujar Hilal lembut.Sayu hatinya melihat wajah sembab Hilmi yang sudah dianggap abang itu.Tahu sangat betapa sayangnya Hilmi terhadap kakak sulungnya..

“Nanti kalau ada apa apa Hilal call abang terus ye”ujar Hilmi sambil memandang wajah isterinya sayu..entah kenapa hatinya terasa berat ingin pergi..

“Iya,abang pergilah..Saya jagakan”arah Hilal lalu menghampiri Hilmi...Lengan lelaki itu ditarik lembut apabila melihat jejaka tersebut seperti berat hati.

Perlahan lahan Hilmi melangkah pergi,kepala ditolehkan sekali untuk melihat wajah kesayangan sebelum berlalu pergi..

*********

Kelam Kabut Aryana memakai pakaian nya apabila jarum jam sudah hampir menginjak pukul 7..Entah macam mana dia boleh terbabas tidur pun tak tahulah..Kakinya yang sudah bengkak kerana masuk angin itu dibiarkan..

Terhenjut henjut dia melompat pergi ke kelas 6a-1 dimana kelas tersebut berapa di blok B...di hadapan apartmentnya..

Melompat lompat dia menggunakan sebelah kaki cuba untuk bergerak cepat menuruni tangga..Hati mendongkol geram apabila lift dibloknya rosak..

‘Dah takde hari lain agaknya nak rosak’getus hatinya jengkel..

Anak tangga yang terakhir dilompat dan secara tiba tiba kakinya tidak dapat menampung lalu badannya jatuh seperti durian busukkk...Aikkk

“Aduhhhh aduhhh aduhhhh punggung akuuuuuu” ujar Aryana sambil menggosok punggungnya perlahan..entah apa balanya harini semua benda tidak kena..

“Kau okey ke ni”soal satu suara garau..

Laju Aryana menangkat kepalanya memandang arah suara tersebut lalu matanya Membulat besar..

“Iman”

“Aryana”

Serentak mereka berdua menyebut nama antara satu sama lain sebelum wajah Iman bertukar tegang..Cukup membuatkan Aryana tertunduk,takut melihat wajah garang abangnya itu..

Iman melepaskan keluhan lalu bergerak membantu Aryana berdiri..”Kau buat apa dekat sini Yana?”soal Iman lembut..

“Orang sambung belajar lah”balas Aryana perlahan dengan kepala menunduk,bibir dicebikkan sedikit..

Iman tersenyum sinis..Perlahan lahan badan Aryana dicempung gaya bridal style membuatkan Aryana tersentak hebat..

“Abang buat apa ni?”soal Aryana resah..

“Angkat kaulah,buta ke pekak”balas Iman sambil menyindir..

Aryana hanya mencebik”hantar aku dekat kelas 6a-1 eh”arah Aryana sambil tersengih..Dada bidang abangnya disentuh dengan hujung jari telunjuk..

“Sape kata aku nak hantar kau pergi kelas”soal Iman sambil menjeling Aryana tajam..

“Hah..habistu kau nak hantar aku pergi mana ni”soal Aryana kalut..Kaki dan tangannnya mula diawang awangkan agar Iman meletakkannya kembali namun usahanya sia sia..

“Pergi bilik rawatan..kaki kau dah bengkak sangat”balasnya bersahaja..

“Hah kau tahu pasal kaki aku?” Ujar Aryana terkejut..

“Dah terang lagi bersuluh kaki kau bengkak..dah biru dah pun..mesti kau tak urut kan”balas Iman bersahaja..Aryana didalam dukungan nya langsung tidak terasa terbeban..malah dengan bersahaja dia melangkah..

“Ayu dah urutkan,tapi kau tahulah kan..dia pun letih juga”ujar Aryana perlahan..kepalanya tertunduk,terasa kecut lah juga melihat wajah tegang tak kendur Iman itu..

“Kau ni me-“

“Eh Iman,dah kenapa ni siap berdukung bagai ni”soal satu suara yang berjaya membantutkan kata kata Iman..

Laju Iman menoleh ke kirinya untuk melihat gerangan yang menganggu itu.Hilang wajah tegangnya malah senyuman terukir..

“Eh imi,bukan kau sepatutnya dah masuk kelas kan sekarang?”soal Iman pelik..Jam sudah hampir ke angka 7.30 namun Hilmi masih bersahaja dihadapannya..

“Aku baru sampai..ni aku tanya,dah kenapa berdukung bagai..tak ada kaki nak jalan ke”ujar Hilmi sinis sambil memandang Aryana yang diam tidak terkutik itu..

“Eh aku kena cepat,ni baby aku jatuh tadi..kena bawa pergi bilik rawatan”balas Iman sebelum bergegas pergi..

Aryana hanya tersengih mendengar perkataan baby...Hailah abang ku sayang..

Manakala Hilmi terpinga pinga melihat Iman yang telah pergi dengan Aryana didalam dukungan itu..perkataan baby berlegar legar didalam kepalanya..

“Dia bercinta ke?” getus Hilmi dengan wajah yang mula menegang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience