bab8

Romance Series 6557

Bab8

Setelah 2bulan pemergian Adry iaitu isteri kepada seorang Hilmi Nasyat membuatkan dia hilang arah tuju.Makan tidak menentu,mandi hanya sekali sebulan.Berkurung dan bercakap seorang diri didalam gelap membuatkan Iyad dan Fawwaz mengeluh untuk kesekian kalinya.

“Waz,aku rasa kita kena tolong dia lah..dah lama sangat dia macam tu..aku takut nanti kiok je dia kan”ujar Iyad risau Lalu meneguk kopi tanpa gula itu untuk kaki yang ketiga.Sungguh hatinya gelisah apabila Hilmi seperti mayat hidup,atau dah mati?..Eh aku mengarut apa ni shaillllll..

Fawwaz mengangguk laju,”kita kena cari pakar psikiatrik yang boleh bantu kita atau pun orang yang terdekat”balas Fawwaz laju.Asap rokok disedut lalu dihembus laju.Sudah berkotak kotak dia habiskan rokok tersebut kerana terlalu bimbang akan Hilmi.

“Okey macam nilah..aku call kawan aku minta dia datang,mana tahu dia boleh bantu”tutur Iyad Dengan pantas tangannya bergerak mendail nombor seseorang tanpa menunggu kata putus dari Fawwaz.Fawwaz hanya membiarkan,baginya selagi benda itu tidak memudaratkan dia tidak akan membantah..

“Hai,ni saya Iyad”

“Saya nak minta tolong sikit lah boleh tak?”soalnya lembut.Manakala Fawwaz mengerutkan keningnya,pelik mendengar tutur bicara yang lembut dan seperti menggoda..ehhhh

****************

Aryana merenung siling biliknya itu.Pening memikirkan misi yang masih belum selesai dan sakit memikirkan bekas kekasihnya yang bakal menikah itu.Dada itu ditepuk kuat dengan genangan air mata,tak sangka Umar berjaya menemui penggantinya.

“Umar janji nak tunggu Yana,tapi Umar tipu”getusnya perlahan lalu satu persatu air matanya menitik sebelum esakan yang kuat mula kedengaran.

“Aryana ooo Aryana..Aku tak tahulah kau bodoh ke apa tapi aku cuma nak cakap,jangan berharap sesuatu yang mustahil Aryana..Masih ramai lagi lelaki yang boleh menghargai kau tapi kenapa perlu kau tunggu dia Aryana”bisik satu suara pada telinga kanannya mendayu dayu.Dan mendengarkan kata kata itu membuatkan dia terdiam..esakan mula terhenti.

“Heiii,jodoh kau ada dekat luar sana Aryana,seseorang yang sedang meratapi permegian jodoh sementaranya Aryana.Dan kalau jodoh kau disana kenapa kau perlu menangis hanya kerana jodoh orang Aryana.Jangan jadi bodoh”kasar kata kata yang dibisikkan pada telinga kiri itu membuatkan dia tersedar.Ya dia perlu kuat,jangan jadi lemah hanya kerana jodoh orang..jodoh nya masih meratap diluar sana dan dia perlu mencari si dia..ya hanya dia..aku akan mencari dan mencari..aku adalah perisik..perisik Hati Dia..

Terus Aryana terduduk di atas katil lalu bergegas ke meja soleknya ingin berdandan.Jodohnya harus tunggu dia datang...si dia harus bersabar...

“Rileks Aryana,jangan gopoh gapah..itu tak penting sekarang..yang penting selesai kan misi kau dulu Aryana,baru kau boleh mencari si dia..Mr right kau Aryana”lembut suara itu menegur..

Kata kata itu cukup membuatkan Aryana tersedarada sesuatu yang lebih penting daripada jodohnya..iaitu misinya..tetapi suara Siapa yang berlegar disekelilingnya itu..Aryana mula meliarkan mata mencari pemilik suara lembut itu..

“Siapa”soal Aryana sepatah tanpa gentar.

“Nanti kau akan tahu,yang penting sekarang selesaikan misi kau dan Siapa aku akan terjawap nanti..yang kau perlu tahu,aku sayangkan kau dan aku akan bantu kau Aryana”ujar suara itu perlahan dan terus makin perlahan sebelum suara itu tidak lagi berbunyi..

Aryana termangu mangu sendiri.Takut namun dalam masa yang sama dia menghargai siapa sahaja yang telah membisikkan kata kata semangat padanya..

TOK TOK TOKKKK

“ARYANAAAAA KAU DEKAT DALAM KEEE?”jerit Ayu kuat,tangan nasib mengetuk pintu bilik itu tanpa henti..

“Ada ni”balas Aryana perlahan namun masih didengari Ayu..

“Aku dan Put dah jumpa Lokasi mansion diorang Aryana”balas Ayu perlahan...Ingin menjerit takut didengari orang lain pula..tak ke naya nanti..

Kata kata itu membuatkan dia tersenyum mekar.Baru selangkah dia menapak,suara misteri itu kembali berbisik.

“Jangan Aryana,keadaan amat bahaya..Kawalan mereka terlalu ketat dan bukti tiada disana..Bukti tu tiada disana Aryana,kau dan kawan kawan kau akan terperangkap..bukti tu ada Di suatu villa yang besar Aryana,dikelilingi pokok dan aura hitamnya..dan tepat pada hujung atap dihadapan villa tersebut mempunyai suatu patung Harimau yang sedang mengaum..Disitu ada segala galanya Aryana..”ujar suara itu lembut..

“Macam mana aku boleh percayakan kau”soal Aryana tidak Yakin,riak wajah tegang terlakar.

“Percaya cakap aku Aryana..sebab aku sayangkan kau”bisiknya lagi ..

Aryana terkedu,haruskah dia mempercayai suara itu,atau adakah itu hanya bisikan syaitan yang ingin menganggu hidupnya.Dia....Keliru..

“WOI ARYANA,DENGAR TAKKKKK”jerit Ayu gerammm..lenguh tangan dia dibuatnya..

Tersentak Aryana daripada termenung.Dia berharap keputusannya kalini betul..Dia betul betul tidak yakin tentang ini.

*****************

Ayu menarik sedikit blousenya agar kelihatan lebih kemas dan rapi.Beg sandang dicapai lalu bergegas dia keluar..Mujurlah harini kelasnya tiada.

“Kau dah siap ke Aryana?”soal Ayu berhampiran pintu bilik Aryana yang tertutup itu..

“Kau pergi dulu Ayu,aku ada emergency..Nanti send location”balas Aryana dengan jeritan..Kalut dia bergerak kesana dan sini mengambil apa yang patut..Entah macam mana kelasnya yang batal boleh tidak jadi batalnya..aduhaiiii

“Okeh,aku gerak lu..cakap dekat Putry masak sedap sedap sikit petang ni”ujar Ayu dan berlalu pergi.Jam dikerling sekilas,lalu dia mengangguk sedikit..masih awal baginya.Kaki bergerak melangkah kearah teksi yang sedia menunggu..

“Hai pakcik,tolong hantar saya dekat sini ye”ujar Ayu sambil menunjukkan alamat rumah yang telah dihantar itu..Melihat anggukan pakcik tersebut membuatkan Ayu tersenyum manis..

Hampir satu jam perjalannya..agak jauh dan sedikit berbaloi apabila pakcik itu menghantarnya tepat dihadapan villa itu.Duit dihulurkan ucapan terima kasih diberi sebelum pintu kereta ditutup rapat..

Villa yang besar itu dipandang penuh minat.Namun perbincangab dia dan kawan kawannya semalam membuatkan dia menilik villa itu dari luar,langsung tiada ciri ciri yang diberi Aryana.Satu keluhan berat dilepaskan sebelum butang loceng ditekan.

TING TONG

Bergema bunyi itu membuatkan Ayu berdebar hebat,lagi lagi apabila pagar itu terbuka luas..Agak menyeramkan disitu walaupun villa itu kelihatan warna warni dan ceria.

“Ayuuuu”panggil Iyad sambil melambai lambaikan tangannya dengan senyuman manis..Uhuk hencemmmmm

Ayu hanya tersenyum lalu kaki melangkah masuk.”Mana dia yang awak cakap tu”soal Ayu pelik..

“Dekat dalam bilik,tapi Aryana mana?”melihatkan Ayu sahaja berdiri dihadapannya membuatkan dia pelik dan sedikit hampa.
“Dia ada emergency,nanti datanglah”balas Ayu lalu melangkah masuk dengan selamba.Dapat didengari keluhan berat Iyad itu..

“Kau naiklah,dia dekat atas..Fawwaz ada jangan bimbang”ujar Iyad dengan panggilan yang mula berubah tegang dan mendatar..kaki mula diangkat pergi.

“Erkkk ok”balas Ayu perlahan..Gementar apabila mendengarkan suara Iyad yang mula berubah itu.

Kaki diangkat menaiki anak tangga.Bunyi sesuatu yang jatuh membuatkan langkahnya mula laju..

“Kenapa ni”soal Ayu kalut dihadapan pintu Nikki yang terbuka luas itu.Jelas Fawwaz berdiri sambil mencekik pinggangnya dengan wajah garang

Hilmi mula memandang Ayu Dengan Pandangan benci..”Kau,kau bukan isteri aku..berambus sekaranggg”jerkah Hilmi kuat membuatkan Fawwaz dan Ayu tersentak hebat.

“Aku nak isteri aku dan bukan kau lah babi”marah Hilmia lalu membaling iphone yang digengamnya erat itu..Tepat dikepala Ayu membuatkan Ayu terkejut dan tergamam.

Dengan laju Fawwaz menghampiri Ayu lalu kepala gadis itu disentuh lembut..”Kau turun dulu”arah Fawwaz lembut.Ayu hanya mengangguk,dia masih terpinga pinga..Dia baru sampai dan perlu turun kembali..kaki perlahan diangkat pergi manakala tangan mula mencari nombor Aryana.Dapat didengari suara Fawwaz yang naik angin itu.

“Kau kena datang sekarang Aryana”ujar Ayu mendatar lalu panggilan itu diletak begitu sahaja tanpa menunggu balasan..

Punggung dilabuhkan pada sofa diruang tamu villa tersebut.Kepala yang sakit disentuh lembut..”dah bengkak”getus hatinya.

Melihat Iyad yang menhampirinya dengan senyuman sinis membuatkan dia tertunduk..”tulah,aku suruh Aryana yang datang,Alih alihh muka kau juga yang sampai..Kau jangan ingat kau datang sini,kau boleh lembutkan hati Hilmi..”ujar Iyad sinis..Air susu didalam mug itu diteguk rakus..

Melihatkan kelibat Fawwaz yang turut menuruni tangga membuatkan Ayu semakin menunduk”Kalau dah tahu kau tu lembik jangan menyemak datang sini”ujar Fawwaz mendatar..

Kata kata itu membuatkan Ayu terkaku.Terkejut dengan perubahan lelaki itu yang mendadak..tadi lembut sahaja..

Sejam menunggu Aryana sampai membuatkan Ayu panas punggung..Gelisah dan tidak senang..lagi lagi apabila mendengar bunyi bising di tingkat atas itu..

******

Aryana bergegas memasuki Villa yang tidak ditutup pagarnya..”kenapa Ayu” soal Aryana kalut selepas memasuki villa itu mendadak..

Serentak tiga pasang mata menandang Aryana yang terbongkok lelah itu”sorry,jem lah dekat lampu isyarat depan tu..pastu aku lari datang sini..sebabtu lambat sikit”ujar Aryana dengan termengah mengah..

Bergegas Iyad mengambil Mugnya yang terisi air susu itu lalu berlari menghampiri Aryana,mug itu dihulur..

Dengan pantas Aryana meneguk air itu tepat dimana Iyad bekas Iyad meletakkan bibirnya sebentar tadi..Iyad hanya tersenyum lebar..Indirect kisss..

“Kau kena naik atas dan tengok keadaan dia Aryana”ujar Fawwaz mendatar sambil mendekati Aryana..

“Siapa”soal Aryana pelik..Mug itu dihulurkan kembali kepada Iyad

“Hilmi,dia macam dah gila sebab rindukan isteri dia..kau je yang boleh tolong kitorang sekarang ni”ujar Iyad kembali kalut..Tangan gadis itu disatukan dengan tangannya lalu ditarik menaiki tangga.Ayu yang memandang hanya dibiar sepi...

Fawwaz turut mengikut jejak langkah Iyad..”ikut”ujar Fawwaz mendatar lebih kepada arahan terhadap Ayu membuatkan Ayu bergerak pantas...

Aryana memandang bilik yang berselerak itu.Lalu matanya mula naik memandang Hilmi yang asyik memandangnya tajam itu.air liur diteguk kesat....

“Sayang”panggil Hilmi dengan genangan air mata manakala Aryana terpaku tidak percaya..Terkejut dengan panggilan lelaki itu terhadapnya..

Tubuh Aryana ditarik kedalam pelukan erat.Setitik demi setitik air matanya jatuh.”sayang pergi mana,kenapa tinggal kan abang..lama abang tunggu sayang balik”bisiknya pada telinga Aryana yang masih kaku mengeras itu..

Pipi gadis itu dicekup dengan kedua dua tangannya.. lalu dengan sekelip matabibir mereka bersatu..Aryana terpinga pinga apabila bibirnyq dicium tanpa tiada tanda tanda ingin dilepaskan.

Iyad,Fawwaz dan Ayu tercengang melihat adengan yang agak matured dihadapan mereka..Dengan pantas Ayu menekup matanya manakala Iyad menyeringai suka..Fawwaz bergegas keluar dari bilik itu sambil menarik Ayu dan Iyad mengikut jejak langkahnya..biarlah mereka dahulu..

“Hei aku nak tengok lagilah”marah Iyad apabila tangannya ditarik..

“Biarlah Hilmi lepas rindu”ujar Fawwaz mendatar..

*************

Aryana mengeluh berat.Entah macam mana dia boleh terjebak menjadi “ISTERI HILMI” pun dia tak tahu lah.Nak bangkang kesian pula.Haihhhh

Hilmi yang tidur pulas diatas pahanya sambil memeluk erat pinggang ramping dia dipandang.Lalu rambut lelaki itu digosok lembut.Perlahan lahan tangan bergerak cuba merungkaikan pelukan itu dan berjaya.

Terus dia berlari ke dalam jamban untuk membuang hajat kecilnya yang satu.Tak sampai beberapa minit dia didalam,terdengar jeritan Hilmi yang memanggilnya itu..Kalut dia menyauk kembali seluar yang ditanggal..

“Sayang,tskkkk sayang tinggalkan abang lagi ke”ujar Hilmi sebelum menangis kuat..

Tergesa gesa Aryana keluar apabila esakan Hilmi mula kuat..

“Abang,saya dekat sini ni”ujar Aryana perlahan dengan senyuman hambar.Hilmi yang tadi teresa esak mula terhenti,mulut dicebikkan lalu tangan didepakan ingin dipeluk.Bergegas Aryana memeluk jejaka itu.

“Jangan tinggalkan abang”bisik Hilmi dileher Aryana sebelum badan mereka dijatuhkan diatas katil.Kuat dia memeluk Aryana dan seorang Aryana hanya mampu pasrah.

“Abang lapar”ujar Hilmi manja..

“Lapar ye,jom turun..kita pergi makan ye”balas Aryana lalu perlahan lahan pelukan itu cuba dirungkai..Namun terasa pelukan itu seperti diketatkan apabila dia cuba untuk merungkaikannya..

“Kenapa ni?”soal Aryana lembut..

“Nak susu”bisik Hilmi manja,hidung mancungnya digeselkan pada leher Aryana..

“Ye sayang nak turun lah ni,sayang buatkan susu ye”balas Aryana lembut

“Tak nak susu tu,”bisik Hilmi lagi lalu menindih Aryana dibawahnya.Terkaku Aryana apabila mendengar kata kata tersebut.Dapat dilihat senyuman nakal Hilmi tersungging..

“No,jom kita makan dulu”ujar Aryana kalut lalu badan Hilmi cuba ditolak namun tidak bergerak.

“Nak makanlah ni”bisik Hilmi lagi dengan pandangan penuh makna sebelum Perlahan lahan bibir mereka bersatu dimana cukup membuatkan Aryana terkaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience