bab11

Romance Series 6557

Bab11

Putry mendecit perlahan.Geram apabila assignment yang telah disiapkan ditolak mentah mentah oleh gurunya.Mata merenung tajam wanita tua itu.

“Kau tunggu jelah orang tua..Mati kau aku Kerja kan nanti”getusnya dalam hati.Beg galas diambil lalu bergerak meninggalkan kelas itu bersahaja.Suara guru wanita yang memanggilnya tu dibiarkan seperti angin lalu.

Vape dicelah beg sandang dikeluarkan.Disedut vape itu lama sebelum dihembus keluar.Taman akademi itu dituju.

“Well well well,tak sangka kan kau ni jenis talam dua muka”ujar satu suara sinis.Tepat dibelakang Putry.

Putry mendengus perlahan.Badan laju dipusingkan ingin memandang jejaka yang beraninya menyinis dengan dirinya.Senyuman sinis tersungging.

“Kau mengarut apa ni”soal Putry dengan wajah innocent nya.Vape disorok kembali.

“Asal,takut aku bagitahu Aryana yang kawan dia ni jenis tikam belakang.Sanggup rampas kekasih kawan sendiri hanya kerana dendam.Sanggup ugut Umar melalui emak kau hanya sebab benci.”ujar Suara itu lagi sambil tergelak menyindir.

Terkaku Putry dibuatnya.Mata mula menikam tajam wajah jejaka dihadapannya.”Kau nak apa Fawwaz”soal Putry dengan wajah tegang.

“Aku cuma nak...KAU”ayatnya sengaja dileretkan sebelum perkataan kau ditekan kuat.Tangan dengan pantas menekup mulut gadis itu dengan kain kecil yang dicampur klorofin.

Tersentak Putry apabila mulutnya ditepuk tanpa sempat dia bertindak.Badan cuba digerakkan namun tidak berjaya apabila badannya mula terasa lemah.Lalu dia pengsan tidak sedarkan diri.

“Mudahnya”getus Fawwaz sinis.Badan Putry diangkat lalu disangkut pada bahu kirinya seperti menangkat guni.Badan gadis itu disumbat kedalam bonet kereta...biar cepat sikit mati eh....

************

Ayu termenung sendiri.Sudah hampir 2jam dia menunggu Putry dicafe akademi tersebut.Namun bayangnya pun tiada,jika nak diikutkan kelas Putry sudah habis 1jam lepas.

“Mana kau ni Put”bisiknya perlahan.Wajah ditekupkan pada meja lalu kembali diangkat apabila matanya terasa gelap gelita.Tangan bergerak ingin menyentuh mata namun terasa seperti tersangkut.

“Maaflah ye,aku terpaksa culik kau kak..aku ingat kan kau ni baik..tapi sayang kau cuma duri dalam daging”ujar Hilal perlahan yang hanya didengari Ayu sambil mencempung Ayu yang terikat dengan mata yang tertutup.Mata mata orang yang berada Di dalam cafe itu dipandang lalu senyuman diberi.

“Awek saya..Saja nak buat surprise”ujar Hilal apabila ada yang memandangnya pelik

Prinsip Hilal mudah,Siapa yang mengkhianati akan diberi pengajaran yang setimpal.Tidak kiralah darah daging sendiri atau sesiapa sahaja.Yang penting dia terlalu bencikan pengkhianatan.

Dan dia

Sayangkan Aryana

Assalamualaikum jangan lupa follow dan komen ye..hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience