bab9

Romance Series 6557

Bab9

Flashback

Sehari selepas pemergian Adryana..

“Bini aku dah takde Yad,dia dah tinggalkan aku”bisik Hilmi sayu...Gambar arwah isterinya dipeluk erat.

Iyad hanya mampu memandang..”Boleh aku tengok gambar arwah tak Imi..kau tak pernah tunjuk pun muka dia”ujar Iyad perlahan..tidak ingin menganggu emosi Hilmi tika ini..

Perlahan sahaja Hilmi menghulur gambar yang tadi dipeluknya itu.Iyad yang melihat gambar itu terkaku dan terkedu..Wajah itu,wajah itu seiras Aryana atau boleh dikatakan sebijik..

“Cantik orangnya,pandai kau pilih..apa nama dia”soal Iyad dengan senyuman hambar..

“Nama dia,Damia Adryana”balas Hilmi perlahan lalu tubuh itu dibaringkan diatas katil sebelum matanya mula tertutup..ingin tidur dan berharap agar isterinya masuk kedalam mimpi tersebut..

Iyad termenung panjang apabila nama itu keluar daripada mulut Hilmi Nasyat.Sungguh nama itu sangat hampir dengan Dania Aryana iaitu gadis pujaannya..

Iphonenya dicapai lalu satu panggilan dibuat..”Hello Hilal,aku ada soalan nak tanya”ujar Iyad tanpa berkias..

“Apa dia bang”soal Hilal pelik..

“Arwah bini Hilmi ni betul ke kakak kandung kau Hilal..Kau jangan tipu Hilal,kalau aku dapat tahu kau tipu aku..mati kau aku Kerja kan”ugut Iyad kasar dengan mata yang sekejap sekejap mengerling Hilmi yang tidur pulas disebelahnya.Kaki bergerak menjauhi Hilmi.

Hilal menahan air liur kesat..Perlukah dia menceritakan tentang ini..kekuatan cuba dikumpul lalu helaan nafas dilepas lembut..”Dia bukan kakak kandung aku bang..Mak jumpa dia masa dia tengah berkubang dekat tepi sampah,mak aku ada tanya dia buat apa dekat sini pastu dia jawap dia nak bagi adik dia makanan,kesian adik dia lapar ..pastu mak cakaplah dia nak tolong hantarkan,tapi masa kitorang sampai dekat tempat adik dia tu..adik dia dah takde bang,habis merata kitorang cari tapi tak jumpa..last last kitorang ambil dia dan jaga,tapi masa tu dia down gile..rindu dekat adik dia,dia cakap dia harap sangat dapat jumpa adik dia tapi sampai dia menghembuskann nafas terakhir pun dia tak sempat bang”panjang Hilal berhujah dengan suara yang mula serak..

Hati Iyad dihurung sayu,sebak mendengar kisah yang diceritakan Hilal itu..

“Kau ada cuba cari adik dia tak?”soal Iyad lagi..

“Ada juga bang,tapi tak jumpa..adik dia macam lesap ditelan bumi”ujar Hilal lagi..

“Hmm takpelah tu je aku nak tanya..cau lu PAP”panggilan itu diletakkan begitu sahaja.Lalu dia termenung lama,sungguh dia rasakan sesuatu dengan kisah yang diceritakan Hilal namun cuba ditepis..dia akan cuba mencari adik arwah isteri Hilmi..dia akan usahakannya..

Iphone ditangan kembali dibuka dan satu panggilan lagi dibuat..

“Hello Din,aku nak kau siasat Siapa Damia Aryana dan berapa orang ahli keluarga dia yang masih ada..check semuanya”arah Iyad tegas

“Baik bos”balas Din lalu panggilan diletak.

“Damia Adryana dan Dania Aryana..Nama yang sama dan wajah yang serupa”getus hatinya perlahan..Dia pasti adik arwah berada Di sambung mereka namun tiada seorang pun yang menyedari soal itu ataupun ada yang tahu tapi dirahsiakan..

Iyad mula berkerut,kepalanya mula menangkap sesuatu..Ayu,bukan kah gadis itu kakak kepada Hilal tetapi tidak sedarkah gadis itu tentang Aryana..sengaja atau tidak..pelik..

Semalam semasa dia sampai dikubur Adryana Jelas Ayu menangis disitu namun mungkin pada sesiapa yang berada disitu tidak perasan bahawa gadis itu tersenyum..iya gadis itu tersenyum sinis..senyuman yang penuh makna dan Jelas pada mata gadis itu bahawa suka dengan pemergian Adryana..Dia pasti dia tidak silap dan apa yang dia pasti matanya masih sihat dan belum rabun..Namun ketika itu dia langsung tidak mengesyaki apa apa..

“Gadis itu sesuatu..”getusnya perlahan lalu kepala didongakkan memandang langit yang gelap dipenuhi bintang..

End Falshback

Iyad termangu sendiri.Dua orang gadis yang lalu dihadapannya dipandang tajam.Perlahan lahan kakinya mula mengekori langkah mereka..tanpa disedari sesiapa.

“Putry,so macam mana..dia setuju ke”soal Ayu perlahan namun telinga lintah Iyad masih mampu menangkap kata kata itu..

“Tskkkk aku suruh mak aku ugut dia..dia apa lagi terus terimalah,takut betina tu cedera punya pasal”balas Putry perlahan..

Terangkat sedikit kening Iyad dibuatnya.Perkataan betina berlegar legar didalam Kepala...Namun kata kata yang seterusnya membuatkan dia terkedu..

“Aryana tu bodoh,Tuan lagilah bodoh..macam mana dia boleh suruh kita siasat lelaki bertiga tu sedangkan semua tu kita yang lakukannya”ujar Ayu sinis

“Alah setakat membunuh dengan dadah je pun..bukannya besar sangat salah kita” balas Putry sinis lalu mereka tergelak kuat..

Langkah Iyad mati mendengar perkataan itu..Matanya mula bertukar Merah pekat lalu dia menyeringai..

“I’m back”

***************

Wajah Fawwaz mula berubah tegang apabila melihat Iyad yang meneguk Wain sambil menyilangkan tangan dihadapannya..angkuh..daripada gaya tersebut dia tahu,yang dihadapannya tika itu bukanlah Iyad tetapi Reil..Reil adalah personaliti Iyad yang kedua dimana apabila dirinya atau orang yang dia sayang terancam..dia akan memunculkan diri..Split personaliti..

“Macam mana kau boleh muncul ni Reil,Siapa yang terancam dan siapa yang buat kau marah ni”soal Fawwaz mendatar..

“Aku nak kau jaga perempuan aku tu baik baik..masih ramai yang cuba nak bunuh dia”ujar Reil kasar..

“Siapa perempuan kau” soal Fawwaz mendatar yang masih kaku berdiri memandang Reil dihadapannya..

“Aryana”sepatah sahaja dia menjawap membuatkan Fawwaz terkedu.

“Jangan bagi dia keluar walau selangkah dan jangan bagi kawan kawannya masuk kesini walaupun selangkah”ujar Reil lagi.Jelas pada pandangan Fawwaz lelaki itu kelihatan marah..

Dan Fawwaz hanya mampu mendiamkan diri..Reil,jika dia keluar maka tiada perkataan ‘main main’ Dalam hidupnya.Dia pasti Iyad rasa terancam apabila gadisnya cuba disentuh..

Reil terlalu merbahaya,lebih merbahaya daripada dirinya.Lebih kejam..

“Buat masa ni hantar Shadow untuk jaga perempuan aku,jangan bagi dia sedar dan biar kan dia duduk bersama Hilmi sahaja”ujar Reil tegas.Apabila melihat Fawwaz yang dia kaku itu membuatkan dia bengang..

“DENGAR TAK BODOHHH”jerkahnya kuat..meja Kerja itu dihentam kuat.Retak pada meja itu hanya dibiarkan dan mata masih tajam memandang Fawwaz.

Fawwaz hanya menangguk.Takut jika dia main main nyawanya bakal melayang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience