Bab1

Romance Series 6557

Bab 1

Peluh dikesat dengan belakang tangannya.Badan masih terbongkok melepaskan lelah.

“Kenapa Komander panggil weh” kalut sahaja Aryana menyoal lalu meneguk airnya rakus.Rambut putih kesayangannya diikat tinggi.Mata tajam memandang Ayu yang sedikit Kalut itu.

“Masalah wehh masalah..Komander minta kita selesai kan satu lagi Misi weh...aku letih bodoh” bengang sahaja suara itu menjawap soalan Aryana..

“Pale bapak dia..Kita baru je balik dari misi dah minta kita handle second misi pula..gila wehhhh”

“Hmmm aku tak tahu lah macam mana..badan aku tak sempat rehat pun..lenguh lagi ni haa” Ayu memuncungkan mulut lalu bahunya diurut sedikit..

“Put dah tahu ke?”soal Aryana sambil melabuhkan punggungnya disebelah Ayu...Ingatkan apalah yang urgent tadi,kalau tahu ini je yang ingin dimaklumkan Ayu..takdenya dia berlari dari rumah kesini.

“Dah,mengamuk lah juga dia tu..eh tapi asal kau nampak lelah je ni?” soal Ayu pelik..Baju Aryana yang bawah dengan peluh itu dipandang.

“Kau lah bodoh..aku ingat ada urgent apalah tadi,sempat aku berlari dari rumah kesini” ujar Aryana sambil tersengih,berkerut sedikit kening Ayu dibuatnya..

“Habistu motor kau mana?”

“Tayar pancit,takkan kau nak suruh aku godek tayar pancit tu sampai sini..maunya excident,tak ke naya”

“Haihhh macam macam...eh dah dah jom pergi beli barang,lusa kita dah kena gerak..Komander dah settelkan kemasukkan kita” ujar Ayu lalu tangan Aryana ditarik untuk berdiri..

“Kemasukkan kemana” berkedut seribu dahi Aryana apabila mendengar perkataan kemasukkan.

“Akademi Kzandra”dua patah perkataan itu mampu membuatkan dia terkaku..

“APAAAAA!!!..kau gile ke..Abang aku ada dekat sanalah shiallll..”kalut Aryana dibuatnya..tangan Ayu digoyangkan tanda gementar.

“Buat bodoh je,cepat habis misi cepat sikit balik..Komander dah settelkan hal kita..Kita cuma settelkan pakaian je” selamba sahaja Ayu menuturkan ayat..

“Hah ye buat bodoh je..pastu nanti terserempak aku nak jawap apa” soal Aryana kasar..geram sungguh hati dibuatnya..

“Chill kau lipak je apa apa pun,abang kau bukannya tahu..” tersengih Ayu apabila menuturkan ayatnya..Bahu Aryana disauk kemas lalu perlahan lahan mereka bergerak pergi..

“Hmmm nanti aku nak spend time sikit lah dengan Umar..dah lama tak spend time dengan dia wehhh” perlahan Aryana menuturkan katanya..mulut dimuncungkan kedepan..Masih dia dapat dengar tawa Ayu.

“Sabarlah..Kita dah pilih jalan ni..Nak buat macam mana kan,aku pun tak sempat nak jumpa family..sibuk sangat”

Lalu kedua duanya berpandangan sebelum keluhan berat serentak dilepaskan..Aryana memeluk erat pinggang ramping Ayu dengan manja..

“Bencilah,menyesal aku masuk dulu”ujar Aryana perlahan..

“Tak baik macam tu..kita dah terpilihkan,lagipun bukannya kita dipaksa tapi kita buat dengan relakan” sengaja Ayu memerli Aryana..Jelas dimatanya muncung gadis itu semakin panjang apabila mendengar tutur katanya..

“Hmmm eh Put pergi mana?” Pelik pula Aryana apabila Putry tiada bersama mereka.Kebiasaanya mereka seperti belangkas,semuanya dilakukan bersama.

“Haihh kau ingatkan masa kita dapat misi haritu..Put dapat misi lain..Put cakap misi yang dia dapat susah sikit tapi nasib baik dah selesai”panjang lebar Ayu menerangkan..

“Ouhh tapi nanti lepas aku balik date kau cerita detail pasal misi eh but,boleh hantar aku dulu tak” soal Aryana sambil tersengih manja.

Kepala Aryana ditolak kuat dengan jari telunjuknya.Geram pula dia dengan anak Zafran ni haihhhh..Sling bagnya dibuka lalu kunci kereta dicapai.Alarm ditekan laju apabila mereka semakin menghampiri.

“Dah naik cepat,aku hantar..lambat lambat aku tak layan” mendatar sahaja Ayu bersuara lalu melangkah kearah pintu pemandu..

Aryana tersengih gembira..terkedek kedek dia berlari memasuki kereta kesayangan Ayu itu

****************

“UMARRR”jerit Aryana manja apabila kaki sudah menjejak ruang apartment milik Umar Akashah.

“Dekat dapur ni sayang”panggil Umar

Tersenyum manja Aryana dibuatnya..Kaki laju melangkah kearah Umar yang memakai apron itu..belakang badan Umar dipeluk erat.

“Why sayang,ada masalah ke baby” soal Umar kalut lalu memusingkan tubuhnya menghadap Aryana.

“Nothing lah ..saje je.”

“Yeke ni” soal Umar pelik sambil memandang Aryana.Terbias riak risaunya membuatkan Aryana tersenyum.Berbunga bunga hati melihat wajah kesayangan dihadapan mata.

“Yep..Babe jom tengok movie plessss”ajak Aryana dengan suara menggoda..

“Hmmm nampak dari cara you ni sayang..macam bukan nak ajak tengok movie je”nakal sahaja Umar mengusik.Tergelak dia apabila melihat wajah memerah Aryana..

“I gurau je..jom masuk”

“Aippp nanti dulu,cabut dulu apron ni babe” tangan halusnya dilingkarkan pada pinggang Umar untuk mencabut ikatan apron tersebut..

Umar hanya tersenyum melihat tindaj tanduk Aryana.Wajah itu direnung penuh kasih..entah bila lagi dia dapat bertemu dengan Aryana.Dapat dirasakan gadis ini semakin jauh dengannya seperti ada sesuatu yang membuatkan mereka jauh...sangat jauh..

Tangannya yang ditarik dipandang sekilas lalu senyuman bahagia terukir diwajah..

Aryana menarik laju tangan jejaka kesayangannya itu..lalu tubuh itu ditolak rakus..Punggungnya terus dilabuhkan diatas paha jejaka kesayangannya..

“I will miss you sayang”bisik Aryana perlahan lalu memeluk erat leher lelaki itu..

Pipi Umar dicium ringkas sebelum menyatukan bibir mereka..Dapat dirasakan tangan Umar yang memeluknya erat itu..Rakus gerakan mereka menyebabkan nafas Aryana semakin menghilang lalu ciuman terus dileraikan..

Termengah mengah nafas Aryana,bebola mata birunya memandang Umar tidak lepas..perlahan lahan air mata menitik jatuh..

“I sayangkan you Umar..I love you” ucap Aryana lalu menyembamkan wajahnya pada dada Bidang Umar..

“I love you too baby”balas Umar sambil tersenyum manis..Belakang badan gadis itu digosok perlahan.Hatinya turut terasa sebak,mata yang terasa panas itu dikelip kan laju agar tiada yang jatuh..

“Maafkan i kalau I ada buat you terasa hati sayang”bisik Umar perlahan..

“You langsung tak buat I sakit Umar,you hadir kan bahagia dalam hidup I..You buat hidup I lebih bermakna.Maafkan I sebab tak dapat nak bersama you Umar...Maafkan I”perlahan sahaja Aryana menuturkan kata..pinggang lelaki itu dipeluk erat..

“I pun bahagia dengan you sayang” desis hati Umar lalu matanya dipejamkan.Air mata yang mengalir langsung tidak diseka.Sungguh dia akan rindu kan saat saat bermakna ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience