BAB 1

Drama Completed 4506

7 Ogos 2011

“Kau tandatangan borang ni, aku tak peduli sama ada kau setuju atau tak yang aku tahu kau kena ikut cakap aku ni,ni cara aku nak maafkan kau since kau sanggup kan ikut semua mahu aku. Jadi aku nak kahwin lagi, titik!’’ ku telan air liur, perit dada ku menahan sakit yang ku rasa saat ini.

Inilah kata-kata yang amat menghiris hatiku sejak aku mulai tahu dan kenal apa itu cinta. Cemburu?

Apakah ada tempat untuk orang seperti aku ini cemburu, jika benar sekalipun?

9 OGOS 2011

Ketika ini aku berada di kamar beradu sendirian manakala suamiku pula berada di bilik tetamu tingkat bawah. Begitulah sudah rutin harian kami. Dia sama sekali tidak mahu berkongsi bilik tidur dengan ku lagi. Ini semua salahku, jika bukan kerana kesilapanku sudah pasti saat ini kami berada di satu katil yang sama dan dia mana mungkin berfikir untuk berkahwin baru lagi.

Dan aku akui bahawa sebelum ini aku terlalu mengikut cara dan budaya kehidupan orang barat yang ku praktik sejak menuntut di luar negara suatu ketika dulu. Saban malam aku akan habiskan malam ku dengan bersosial di kelab malam meneguk kencing syaitan, mencuba pelbagai jenis dadah demi kepuasan duniawi. Abah yang mengetahui tentang tabiat burukku itu akhirnya membuat keputisan mengahwinkan aku dengan anak pembantu rumahku, Badrol namanya. Saat ku tahu keputusan abah itu, apalagi aku bantah sekeras-kerasnya tapi kunci hidupku masih dipegang oleh abah dan akhirnya aku mengalah dan pasrah.

Sepanjang kami menjadi suami isteri, aku sentiasa bersikap kurang ajar
dengannya. Bagiku dia tidak layak menjadi suamiku. Dia hanya anak orang
gaji, sedang aku anak majikannya. Bodohkan aku? keraku mementingkan
pangkat, aku akan kehilangan dia satu hari nanti.

Selepas aku menyedari akan kesilapanku aku terus bertemu dan memohin maaf daripadanya dan ku lihat sejak hari itu sikapnya padaku mulai berubah malah dia akan ketawakan aku setiap kali aku datang meminta maaf.

“Tolonglah! Kau ingat aku bodoh! Aku takkan semudah itu percaya kata-kata maaf yang keluar dari mulut perempuan macam kau ni. Siapa yang percaya aku konfem memang azablah hidup dia lepas tu. Sudah, kau pergi mati, naik jelak aku tengok muka kau ni, taknak aku hadap!’’

Tergamam aku dengan dengan kata-katanya. Aku tahu dia sinis pada aku. AKu tahu orang macam aku mana layak dimaafkan? Aku sedar diri aku ni, jhanyalah seorang perempuan yang angkuh. Sangat besar dosaku hingga tak pantas dimaafkan olehnya.Aku jahat kan? Memang padan muka aku menerima kata cacian dan makian darinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience