BAB 5

Drama Completed 4506

22 SEPTEMBER 2012

Perlahan-lahan aku menuruni tangga. Walaupun badan terasa lemah aku
gagahkan juga. Hari ini aku mula mengenakan tudung dan baju kurung. In
Sya Allah, satu saat nanti aku akan mula mengenakan niqab dan jubah. Aku
telah membuat keputusan untuk diriku. Aku ingin membuat sedikit demi
sedikit perubahan.

Semua mata terpaku memandangku. Entahlah, samada ia pandangan mengejek
apa bukan. Badrol juga terseyum, bagiku itu adalah senyuman mengejek.
Keraku dia tidak pernah ikhlas senyum kepadaku. Aku hanya senyum. Tiada
apa yang aku dapat katakan. Kelihatan persiapan perkahwinan juga telah
siap sepenuhnya.

Wajah mama dan abah aku perhatikan. Wajah cukup gembira. Dulu ketika
Badrol menyatakan hasratnya untuk menikah lagi wajah mama dan abah cukup
tenang. Langsung tidak menentang. Melainkan Mak Imah, ibu mertuaku.
Rupanya mama dan abah dah lama terasa dengan diriku. Sebab itu mereka
tidak kisah Badrol ingin memadukan aku.

Kunci kereta aku capai. Aku ingin ke klinik.

Tiada apa yang dapat aku gambarkan tika ini. Perasaan bercampur baur.
Antara gembira sedih semua bergabung.

GEMBIRA – keraku aku dikhabarkan dalam rahimku bahawa ada roh yang mula
menumpang. Sudah dua bulan. Alhamdulillah. Segala nikmat hanya untuk
ALLAH, TUHANKU.

SEDIH – anakku ini bukan pilihan Badrol . Dia pernah berkata.

“Aku dah menang pertaruhan kau kan? Aku dah buktikan siapa aku. hei,
dengar sini baik-baik. Kau buka telinga kau luas-luas dan teliti apa
yang aku katakan ni. Kalau hasil ni menyebabkan kau mengandung. Kau
jangan harap aku akan terima. Hei pompuan, kau tak layak untuk
mengandungkan zuriat aku!”

Dulu aku bodoh. Aku juga tidak mahu punya zuriat dengannya. Kini, TUHAN
telah menganugerahkan nikmat ini. Aku tarik balik kata-kataku dahulu.
Aku sayang anakku ini. biarlah Badrol tidak mahukannya. Dia tetap darah
daging aku.

Balik rumah aku masuk terus kebilik. Melakukan solat syukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience