BAB 10

Drama Completed 4506

30 DISEMBER 2012

“Apa ni Adira ? Kenapa tak bagitau abang yang Adira sakit? Ya ALLAH,
apa ni.”

Aku bagaikan patung. Ditangan Badrol terdapat kertas. Adakah itu...

“Adira mengidap barah otak, kenapa tak bagitau abang? Adira nak seksa
abang lagi ke?” lirih suaranya. Tangannya terketar-ketar sambil memegang
kertas.

Aku memeluknya. Erat. “Maafkan Adira . Adira reda jika itu hadiah TUHAN
buat Adira untuk membasuh dosa-dosa Adira bang. Adira reda.” Bergetar
rasanya ungkapan itu.

“Kita berubat sayang, kita berubat.” Jelas dada Badrol bergetar.

“Abang, Adira ada satu lagi nak bagitahu abang. Maafkan Adira keraku
tidak mampu memberi zuriat yang sempurna untuk abang. anak kita cacat.”
Perlahan suara aku . Ya ALLAH, janganlah anak aku dia membenci keraku
sifatnya yang tidak cukup. Doa aku di dalam hati.

“ALLAH, tak apa sayang, abang tak kisah. Tu mungkin dosa abang. Abang
pernah katakan yang abang tak nak anak tu dengan Adira . Abang bersalah
sayang. Ya ALLAH ampunilah aku. abang sayang anak kita. Dia darah daging
kita sayang. Dia anak kita. Walaupun dia tidak sempurna.”

29 APRIL 2013

Syukur Alhamdulillah, hari ini mencatat momen gembira buatku apabila aku disahkan bebas daripada sebarang efek barah selepas beberapa bulan menjalani pembedahan dan akhirnya aku boleh berjalan seperti sediakala.
ALHAMDULILLAH... hari ini hari yang paling bahagia buat aku . Aku
disahkan bebas dari kesan kanser setelah tiga bulan lalu aku menjalani
pembedahan. Kini aku boleh berdiri dan berjalan seperti biasa.

Saat ini aku sedang menatap suamiku yang sedang ligat melayan anak kami, Hakimi yang ku lahirkan pembedahan membuang tumor di otak. Siapa sangka, anak kami yang disahkan cacat lahir cukup sifat dan sempurna malah doktor juga menyatakan ini adalah sebuah keajaiban Tuhan dan aku benar-benar bersyukur atas kurniaan ini.

Apa lagi yang harus ku katakan, suamiku ini adalah sebaik-baik suami yang masih setia menjaga ku ketika sakit dan dalam masa yang sama menjaga anak sulung kami, sungguh aku bersyukur diutus insan sepertinya.

Dan yang paling aku gembira dan bersyukur bila abah dan mama dapat menerima ku semula. Permulaan hidup ku mungkin tak seindah ceritamu namun apa yang ku miliki kini adalah cukup sempurna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience