BAB 7

Drama Completed 4506

16 DISEMBER 2012

Assalamualaikum diari. Hari ni baru aku berpeluang menjenguk anti. Anti
marahkan aku ? Jangan marah, aku sibuk dengan pengajian aku . Di sini aku
telah belajar banyak sekali tentang ilmu akhirat. Hingga aku terlupa
akan kewujudan anti. Sekali lagi aku minta maaf. :’(

Nak tahu, rupanya dalam sakit kepala ini selama ini TUHAN telah
menganugerahkan aku sekali lagi nikmatnya. Aku disahkan menghidap
penyakit barah atau brain cancer tahap kedua.

ALLAH, tiada apa yang dapat aku katakan hari ini. Semuanya berlaku dalam
sekejap. Tapi aku terima dengan reda. Mungkin dengan ini ia dapat
membasuh semua dosa aku . Jika begitu aku terima dengan penuh rasa syukur.

Sekarang aku di atas jambatan. Sungai nil mengalir tenang dibawahnya.
Sejak lima bulan aku langsung tidak mendengar khabar berita dari
Malaysia. Abah atau mama, langsung tidak memberi khabar. Marahkah abah
dan mama pada aku ?

Mungkin mereka telah bahagia. Mungkin juga sekarang isteri Badrol telah
mengandung. Memandangkan sekarang genap lima bulan mereka menikah. Aku
turut gembira untuk mereka.

Dalam detik ini, banyak perkara yang aku fikirkan. Tentang anakku, bila
aku sudah tiada lagi didunia ini siapa yang akan menjaga anakku k aku ?
Sudikah Badrol dan isterinya menjaga anakku aku ? Adakah abah dan mama sudi
menerima kehadiran anakku aku ? Memandangkan aku banyak dosa kepada mereka.

Air mata aku sudah kering. Dalam mencari nikmat cinta sejati, aku hanya
akan menangis bila aku meminta keampunan kepada ALLAH. disini tiada apa
untuk aku tangiskan. Melainkan hati aku tidak tenteram bila aku
terkenangkan nasib anakku aku satu hari nanti. Mampukah dia membesar
dengan sempurna?

Sekarang MUHAMMAD AMIRUL HAKIM atau pembesar yang bijaksaku lagi terpuji
telah berusia tujuh bulan. Itulah yang aku pilih untuknya. Aku mahu, dia
menjadi seorang yang bijaksaku dalam agama dan boleh mengetuai pelbagai
upacara, terutama majlis tahlil untuk aku nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience