BAB 9

Drama Completed 4506

27 DISEMBER 2012

Aku seperti biasa akan bersantai jika ada kelapangan di sungai nil. Al
quran kecil aku buka dan mula membacanya. Untuk kesihatan anakku yang kini berada dalam kandunganku.

“Assalamualaikum.” Aku berpaling. badan aku bagaikan patung. Tidak mampu
untuk bergerak walau seinci.

“Waalaikumsalam” perlahan aku membalasnya. Mata aku melingkas kiri dan
kaku n. Mencari susuk tubuh seseorang.

“Adira cari siapa?” tegur suara itu.

Aku mendongak. “Maku isteri abang?”

Bibirnya mengoyak senyuman. Dia duduk diatas kerusi disebelah aku .
Jantung mula bermain irama kencang.

“Isteri abangkan ada kat tepi abang sekarang.” Balasnya senada.
Rambutnya dilurut kebelakang. Jelas menampakkan kekacakannya. Aku
beristiqfar.

Aku hanya mematung. Tanya isteri lain, isteri lain yang dijawabnya.

“Maku madu Adira ? Dia tak datang?” Aku bertanya dalam soalan yang
detail kepadanya. Mata aku masih fokus pada sungai nil.

Dia berdehem. Tangannya diletakkan di atas perut aku . Aku tersentak
dengan perlakuan statiknya.

“Berapa bulan?” tadi aku memberinya soalan. Kini dia pula yang memberi.
Jawapan bagi soalan aku masih belum terjawab.

“Tujuh.” Jawab aku sepatah.

“anak papa apa khabar? Sihat? Papa harap anak papa sihat selalu. Papa
rindu dengan anak papa dan ibu.” Dia mencium perut aku . Terasa
pergerakannya.

Ya ALLAH, kuatkan hamba. Kata-katanya cukup membuat hati aku sebak.
Kenapa dia harus hadir lagi dalam hidup aku . Andai kehadirannya itu
hanya untuk membuat aku terseksa lagi. Cukuplah dosa aku selama ini.
Sudah tidak tertanggung.

“Abang kenal dari maku Adira ?” soal aku lagi.

Dia masih senyum. Senyum yang ikhlas. “Mestilah abang kenal. Hanya
Adira yang boleh buat jantung abang berdegup kencang.” Tangannya
memegang dadanya.

Aku diam. Tiada apa yang ingin dibualkan lagi.

“Syura dah meninggal sewaktu nak ke masjid bagi acara akad nikah.”
Soalan aku baru dijawabnya. Maknanya dia belum berkahwin lagi.

Air mata tidak mampu aku tahan. Bukan gembira keraku dia tidak jadi
berkahwin. Tapi, aku takut, jika itu juga disebabkan aku .

“Kenapa menangis ni, abang ada buat salah pada sayang?” ucapnya sambil
mengesat pelupuk mata aku .

Sekali lagi aku tidak mampu menahan tangis. Pertama kali dia memanggil
aku dengan panggilan ‘sayang’. Dia membawa aku dalam pelukannya. Terasa
cukup nyaman sekali. Dan selamat.

“Maafkan abang keraku selama ini abang banyak membuat salah pada sayang.
Maafkan abang keraku sewaktu sayang meminta maaf dari abang, abang
melempar kata-kata kesat dan maafkan abang juga keraku memperolokkan
sayang sewaktu sayang ingin berubah. Abang ego sayang, abang ego.”

Terasa kain tudung aku basah. Adakah dia sedang menangis?

“Adira yang patut minta maaf dari abang, Adira banyak menyusahkan
abang selama ini. Ampunkan dosa Adira .”

Dia mengeleng. Dia mengetatkan lagi pelukannya. Aku turut membalasnya.

‘Ujian itu datang diselangkan dengan kegembiraan. Seharusnya manusia itu
bersyukur.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience