BAB 3

Drama Completed 4506

3 SEPTEMBER 2012

Baru aku sedar, cinta hakiki adalah cinta kepada TUHAN. Rupanya dalam
aku tidak sedar dan cuba menagih cinta sang suami, aku lupa untuk
mencari cinta sejati yang sebenar. Iaitu cinta kepada ALLAH. rupanya aku
lupa siapa TUHANku itu dan aku terlalu jauh dari-NYA.

Air mata yang mengalir keluar, aku seka menggunakan tapak tanganku. Aku
menyesal, menyesal keraku meninggalkan TUHAN yang telah memberi kepadaku
nikmat merasai kehidupan yang sementara ini. Bodohnya aku jika
difikirkan kembali tentang masa lalu. Terlalu rugi rasanya.

‘Jika hubungan kita sesama manusia itu mula rapuh, kita seharusnya
menilik dan menilai diri kita sendiri. Cari, kenapa sikap kita dengan
manusia menjadi begitu. Rupanya, hubungan kita dengan ALLAH tiada.
Patutlah Allah rapuhkan hubungan kita dengan manusia.’

‘Baiki perhubungan kita dengan ALLAH dahulu, baru kita baiki hubungan
kita dengan manusia. Jika kita sudah membaik pulih hubungan kita dengan
ALLAH, untuk membaiki hubungan kita dengan manusia pasti akan menjadi
mudah. Keraku kita yakin, ALLAH ada bersama kita.’

‘Kita sebagai manusia terlalu mengejar cinta terhadap manusia. Hingga
kita lupa cinta yang sebenar. Jika kita kehilangan cinta manusia,
ingatlah, kita masih punya cinta yang sebenar. Iaitu cinta kepada Sang
Pencipta kita. Oleh itu dapatkanlah cinta ALLAH. Mudahan kita akan
mendapat syurga-NYA kelak.’

Cintakan bunga, bungakan layu,
Cinta manusia, pastikan pergi,
Cintakan Rasul, cinta sejati,
Cintakan Allah, kekal abadi.

Aku terduduk. Betapa besarnya dosaku. Aku berdosa, dan bersalah. izinkan aku
untuk kembali kepangkal jalan. Bimbinglah aku dalam mencari reda-MU.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience