BAB 2

Drama Completed 4506

18 OGOS 2012

Hari ini aku cuba bawa berbincang dengannya. Kami duduk di ruang tamu.
Suasaku hening, tiada seorang yang mulakan kata. Aku memerhatikannya.
Dia sibuk dengan telefonnya. Kadang-kadang dia tersenyum sendirian.

Akhirnya aku membuka kaca televisyen dan menonton. Tiada guna untuk
berbicara. Dia juga nampak tidak kisah akan keretakan hubungan ini.
Mungkin dia akan mengakhiri semuanya tidak lama lagi. hubungan yang
retak ini tidak mampu untuk pulih kembali.

Aku sayangkan dia. Terlalu sayang. Kenapa cinta ini harus hadir bila
hatinya mula berubah. Andai ini yang mampu membasuh dosaku kepadanya,
aku reda.

Tapi kenapa hati ini masih terasa kosong? Sekosong balang yang tidak
berisi air. Apakah yang aku perlukan lagi?

31 Ogos 2012

Hari ni dia mengajakku untuk bertemu bakal maduku. Pagi ini aku hanya
mengenakan baju T-Shirt berlengan panjang dan berseluar jeans labuh.
Rambut pula aku aku ikat satu. Cukup simple.

Aku turun ke bawah. Badrol memandangku tidak berkelip dari sofa. Bibirnya
dicebikkan. Lama kelamaan terbit tawa halus dari bibirnya.

“Bila masa pulak kau tukar trend ni pompuan? Dulu bukan main liat lagi
kau nak pakai macamni. Asyik dengan skirt paras paha kau aje. Apa kau
kata dulu, tak glam pakai macamni. Betul tak?”

Dia memang tengah menyindir diriku. Ya, aku yang salah. Dahulu dia
pernah memaksa aku untuk memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
Aku bangkang keras. Hinggalah dia mengalah. Masa tu betapa kuat rasanya
kemenanganku.

Tidak sangka untuk aku berubah hari ini dia memulang paku keras
kepadaku. Jika abah atau ibu dan Mak Mah ada, sudah pasti merah mukaku
menahan malu. Salahkah aku untuk berubah? Tidak layakkah aku? Aku
sendiri buntu.

Kami sampai di sebuah restoran makaku n thai. Kami berpampasan berjalan
beriringan. Suamiku melambai tangannya. Dari jauh kelihatan seorang
wanita turut membalas. Mungkin itu adalah bakal isterinya. Dapat ku
lihat betapa manisnya senyuman Badrol kepada wanita itu.

Aku melabuh punggung di hadapan wanita itu. Suamiku? Sudah tentu dia
melabuh punggungnya di sebelah bakal isterinya. Bibirku terpaksa
mengoyak senyuman biarpun ia terasa pabah . Kami bersalaman. Baru ku
tahu, wanita ini adalah setiausaha Badrol di pejabat.

Lama aku memandang wanita dihadapanku ini. Orangnya cukup lembut.
Berbaju kurung dan rambut pula disanggul satu. Wajahnya cukup manis.
Memang patutlah Badrol terpikat. Cakapnya pula terlalu lembut. Siapa yang
tidak cair. Aku sebagai wanita harus mengakuinya.

Mereka saling bergurau senda. Yang paling aku terasa bila Badrol membahas
panggilan ‘sayang’ kepada wanita itu dalam setiap patah kata. Aku di
sini hanya ibarat patung cendaku sahaja. Kaku ditempat duduk sambil
mendengar mereka berceloteh.

“Sayang... you nak buat majlis kat hotel maku ? I akan tanggung semua.”

“Sayang, sehari tak jumpa you I jadi sasau la.”

“Lepas makan nanti kita pergi beli barang untuk hantaran yer sayang? I
nak semua yang glam. Biar ia jadi hari paling indah buat kita berdua
sayang.”

“You want to know something sayang? I want to tell you, that I love
you... I love you so much!”

Jika tidak difikirkan yang ini tempat awam. Sudah lama aku menangis dan
meraung. Sakitnya hati ini. Tanganku memegang dada yang sedari tadi
tidak berhenti berdegup kencang. Ya ALLAH, masih layakkah lagi aku
menagih cintanya. Tubir mata yang terasa mula basah aku kesat dengan
kain. Tidak mahu Badrol sedar aku sedang menangis.

Siap makan kami keluar menuju ke pusat beli belah. Aku hanya berjalan di
belakang. Kehadiranku seperti tidak wujud untuk mereka. kenapa Badrol
mengajak aku, sedang dia akan membuat aku cukup sakit. kehadiranku
disini hanyalah untuk melihat kemesraan mereka. Mereka berpimpin tangan
masuk ke butik pegantin. Aku pula melangkah ke kedai buku Popular. Tidak
mahu mengganggu pasangan itu.

Lama aku berdiri dihadapan buku agama. Satu persatu aku memilih tajuk
buku. Mataku tertancap pada tajuk MENCARI MAKNA CINTA SEJATI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience