BAB 9

Romance Completed 5324

Sementara menunggu hidangan mereka sampai, Shakirana menaip lagi di keyboardnya.

Razzif sudah senyum.

kirana: Sampai bila kena silent date ni razzif?

Shakirana menganggat kening. Pantas razzif jawab melalui YM nya,

badboy: sampai selesai…i nak u kenang hari ini hari special kita

kirana: semua customer dah pandang kita tu…mesti mereka fikir you dgn i ni OKU sorang pekak sorang bisu..

badboy: ada i kesah?

badboy: yang bahagia kita bukan dia org

kirana: ya ini adalah date paling manis utk i kenang sampai akhir hayat i.

kirana: razzif terima kasih

badboy: sama2….tapi untuk apa sha?

kirana: terima kasih untuk kenangan ni

kirana: terima kasih juga kerana sudi meletakkan i di satu sudut istimewa di dalam hati u

badboy: terima kasih juga sbb u sudi terima i

kirana: razzif, hati i dah terbuka untuk u sejak pertama kali i jumpa u

Razzif hampir menjerit suka. Namun dikawal rasa gembiranya.

Shakirana sudah tunduk memandang lantai. Perasaan malu menjalar bila dia membuat pengakuan itu.

badboy: alhamdulillah..i tidak bertepuk sebelah tgn rupanya..

badboy: sorry i terpaksa buat mcm ini

kirana: it’s ok razzif. kalau u tak buat macam ni mungkin i sendiri tak akan ada kekuatan untuk meluahkan isi hati i pada u.

kirana: cinta yang dipendam itu bukan cinta namanya

badboy: klu bukan cinta…apa dia sha?

kirana: hanya impian

Razzif senyum…

badboy: ya u btul ia adalah impian

kirana: perasaan cinta itu untuk dikongsi. bukan untuk disimpan seorang diri

kirana: razzif, thanks sudi berkongsi rasa cinta ini dengan i

badboy: sudah terlanjur u ckp pasal kongsi…sudikah u berkongsi hidup dgn i jika kita ada jodoh kelak?

kirana: i tak boleh beri kata putus sekarang, i perempuan keputusan di tangan org tua i

kirana: jika benar ada jodoh antara kita, jumpa la parents i

badboy: insyaallah..

badboy: next date i promise u…kita tak guna lappy lagi

Sebaik ayat itu habis dibaca, Shakirana ketawa kecil. Razzif turut tersenyum menzahirkan rasa bahagia.

kirana: ah lega i…i ingat u nk guna lappy ni sepanjang tempoh perkenalan kita..

kirana: betul u nak hidup dengan i? bila u nak datang jumpa famili i?

kirana: boleh la i bgtau my parent. takut nanti mereka terkejut pula

badboy: yg tu razzif akan ckp sendiri..

badboy: i tak nak tunggu lama-lama..i tak nak buang masa dengan u..jadi yang terbaik elok kalau kita bina rumahtangga cepat-cepat..

Shakirana terdiam. Mindanya masih cuba mencari kebenaran kepada apa yang diucapkan oleh Razzif. ‘Benarkah dia mahu mengambil aku sebagai suri hidupnya?’

kirana: razzif tidak terlalu awalkah untuk kita bincangkan hal mendirikan rumahtangga?

badboy: y? u x pcaya..dah banyak i tgk bcinta bagai nk rak..akhirnya hub tu putus di tgh jln

badboy: kita bincang lagi hal ni ..next date..i jji.. 4 now i nak habiskan masa dgn u thru YM ni..lepas ni mungkin dah xder lagi silent date like this

Shakirana sudah tidak terkata apa-apa. Dia terharu mendengar pengakuan Razzif. Namun dia akur jika benar mereka ada jodoh, pasti perancangan menuju gerbang perkahwinan akan berjalan dengan baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience