BAB 1

Romance Completed 5324

“Shakirana masuk bilik saya,” arah Puan Hani.

Shakirana yang sedang menaip laporan aktiviti yang telah dianjurkan oleh syarikatnya sepanjang suku tahun pertama berhenti menaip. Segera kerja-kerja yang ditaip disimpan. ‘Sekejab lagi sambung ya Kira,’ Shakirana mencapai buku nota kecilnya serta sebatang pen lalu berjalan ke bilik Puan Hani.

Pintu yang sedia terbuka diketuk. Puan Hani menggangkat kepala. Tangannya mengamit Shakirana agar masuk.

“Ya Puan,” sapa Shakirana.

“Petang ni I nak minta you attend perbincangan kerjasama dengan pegawai PDRM bagi pihak I, boleh? I kena attend urgent meeting.” Puan Hani memandang tepat ke wajah Shakirana.

“Pejabat Polis ke Puan Hani? Kira takut la. Pak polisi ni garang-garang. Tak ada orang lain ke Puan?” Shakirana mencari alasan agar dia dikecualikan daripada tugasan yang diminta oleh Puan Hani.

“Staf yang lain dah ada comitment lain. Setahu saya awak sedang uruskan program team building untuk Unit Kewangan kan. Program tu masih stage awal kan. So boleh ya Kirana,” pujuk Puan Hani.

“Baik lah Puan,” ujar Shakirana dengan senyum dalam terpaksa.

Puan Hani tersenyum lega. “Ini fail perbincangan I dengan pihak PDRM. You jumpa dengan Tuan Razzif dari Special Task Force Unit. All information is in this file ok,” Puan Hani menyerahkan sebuah fail biru kepada Shakirana.

Shakirana sudah berasa gerun mendengar sahaja nama unit yang terlibat. Dia berusaha menjadi lebih positif untuk menghadapi tugasan yang diberi.

“Tuan Razzif, wakil dari Sunshine Resources dah sampai. Boleh saya bawa dia masuk?” tanya Encik Adiwira, pembantu peribadi Tuan Razzif.

“Yes sure. Adi tolong bawakan fail perbincangan saya dengan Sunshine Resources. Thanks Adi,” balas Tuan Razzif sambil mencatitkan sesuatu di dalam kertas di hadapannya.

“Assalamualaikum,” sapa seorang gadis kecil molek sambil melangkah masuk ke ruangan kerja Razzif.

Razzif mengangkat muka. “Waalaikumsalam, have a seat, err Puan..” kata-kata Razzif tergantung di situ.

“Cik Shakirana.”

“Hmm Cik Shakirana. Shall i call you Cik Sha?” tanya Razzif sambil memandang tepat ke wajah Shakirana.

“Yes sure. Saya wakilkan Puan Hani. Beliau tak dapat hadir. Ada urgent matter di pejabat,” Shakirana menerangkan mengapa dia berada di situ.

Shakirana sudah terdiam. Terasa sepasang mata di hadapannya sedang ralit menatap wajahnya. Saat dia bertembung mata dengan lelaki di hadapannya terasa dadanya dilanda getaran yang tidak dia fahami. Dia tidak mampu bertahan lama menentang sepasang mata milik Razzif. Pandangannya ditekur ke fail biru di tangan.

“Tuan..Tuan Razzif,” panggil Shakirana.

Suara Shakirana terasa seperti irama yang mengasyikkan di halwa telinga Razzif. Dia terpesona. Wajah di hadapannya ditatap lama.

Shakirana sudah tidak selesa. Lelaki yang segak dengan pakaian seragam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) senyum memerhati reaksi malu-malu Shakirana. Wajah bujur sirih itu sungguh membuatnya terpaku. Sungguh indah ciptaan Ilahi. Teringat dia satu ungkapan ‘Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.’

“Tuan ini fail yang tuan minta,” kemunculan Adiwira sangat disyukuri oleh Shakirana. Suasana bisu sebentar tadi berjaya diakhiri.

“Thanks Adi,” ucap Razzif. Wajahnya sengaja dibuat serius. Tanda dia mahu Adiwira beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience