BAB 2

Romance Completed 5324

“Oh. Jika tuan perlu apa-apa lagi saya ada di luar,” Adiwira segera beredar bila menyedari isyarat yang diberikan oleh Razzif tadi.

Shakirana kembali resah ditinggalkan berdua dengan Tuan Razzif. ‘Bagaimana nak bincang ni kalau dia asyik menilik muka aku,’ guman Shakirana.

“Tuan boleh kita bincangkan kursus yang bos saya bincangkan dengan tuan sebelum ni.”

Razzif kembali berwajah serius. Tiada lagi senyuman terukir di wajahnya. Begitulah Razzif bila melibatkan soal kerja, segalanya diberi perhatian sepenuhnya.

“Puan Hani ada maklumkan pada saya yang dia mahu dapatkan khidmat perunding dari PDRM untuk kursus yang melibatkan hal-hal berkaitan keselamatan dan jenayah. Pihak PDRM sebetulnya mengalu-alukan orang awam datang untuk mendapatkan khidmat nasihat dari kami. Tetapi jika bertindak sebagai konsultan tetap di sesebuah organisasi swasta ianya menjadi satu halangan buat kami. Kami menjalankan tugas-tugas kami tanpa terikat dengan mana-mana pihak,” Razzif membuka mudimah perbincangan mereka.

Shakirana mengangguk sambil mencatat sesuatu di buku notanya. Pena berdakwat merah jambu menjadi pilihannya. “Jadi apa cadangan tuan,” Shakirana bertanya.

Razzif mengurut dagunya yang sedikit berlekuk. “Begini la Cik Sha, saya sarankan jika Puan Hani mahukan khidmat perunding dari PDRM, jemputan boleh dibuat atas dasar one-off. Insya Allah jika bersesuaian dengan topik yang diminta dan memang bidang kepakaran kami, pihak PDRM tiada halangan untuk penuhi jemputan tersebut.”

“Buat masa ini terdapat beberapa kursus yang akan kami anjurkan atas permintaan daripada sebuah IPTA yang topiknya menjurus kepada isu keselamatan dan jenayah di Malaysia. Memandangkan pihak kami tiada kepakaran tersebut, jadi besarlah harapan kami agar dapat bekerjasama dengan pihak PDRM bagi menjayakan program tersebut,” Shakirana menyampaikan maksud kedatangannya pada petang itu.

Razzif melihat usaha Sunshine Resources untuk bekerjasama dengan pihak PDRM adalah satu langkah yang baik. Kerjasama seperti ini akan membina hubungan erat di antara orang awam dan pihak polis.

“Bila program ini dijangka akan dilaksanakan,” tanya Razzif.

“Sekitar bulan Jun nanti. Kira-kira dua bulan dari sekarang,” jawab Shakirana tanpa memandang wajah Razzif. Matanya lebih banyak dilabuhkan ke buku notanya.

Razzif senyum sahaja melihat gadis di depan mata. Pemalu orangnya. Namun dia yakin gadis itu punya aura tersendiri yang mampu membuatnya memandang tanpa jemu. Wajah yang sedap mata memandang. Di fikirannya sudah terangka bagaimana mahu mengenali gadis itu lebih dekat. Namun semuanya tersangkut di kerongkong. Terasa sukar meluahkan kata hatinya. Bila tiba kepada soal hati, Razzif tergolong dalam kategori lelaki pemalu. Getaran luar biasa menjalar ke sanubarinya dibiarkan bersarang sementara dia memberi tumpuan kepada perbincangan penting ketika itu.

“Topik?” soal Razzif.

“Topik yang diminta berkaitan Pencegahan Jenayah Terhadap Wanita dan demo cara-cara mempertahankan diri daripada serangan penjenayah. Program ni, sasaran peserta adalah pelajar perempuan di IPTA tersebut. Bilangan yang dijangka terlibat hampir 500 orang. Mungkin juga akan dibuka kepada staf wanita di IPTA yang berkenaan. Selain itu ada juga permintaan untuk isu gangguan seksual di tempat kerja, panduan keselamatan jalan raya serta gangsterism.” Shakirana menyenaraikan beberapa isu yang menjadi perhatian ketika ini

Razzif angguk. Dia sedia maklum program seperti itu banyak dikendalikan oleh ASP Foo Chek Seng ASP Pusat Media, Bukit Aman. Namun permintaan dari rakan lamanya Hani tidak dapat ditolak begitu sahaja.

“Saya rasa tiada masalah. Cuma kes ni saya terpaksa serahkan pada ASP Foo. Beliau lebih pakar dalam hal ni. He actively involved in giving public talk on road safety, crime prevention and parenting issues. He attended many seminars, workshop, forums and also a spokeperson on TV. So he is the right person for your programme Cik Sha,” Razzif menyuarakan pendapatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience