BAB 8

Romance Completed 5324

badboy: sebb i malu..malu klu u tak sudi

badboy: apa2 pun sudi ke u maafkan i terlebih dulu? pleaseee sha maafkan i..

kirana: i boleh maafkn u..just kenapa perlu buat semua ni…

kirana: razzif i simple sahaja orgnya.. i tak marah sebenarnya. tapi i rasa tertipu bila i kena drive jauh2 macam ni..& then, this what i get..

badboy : i buat semua ni sebab i tgh perhati sesuatu dalam cermin di seblah kiri u

Shakirana menoleh ke kiri. Tiada apa di sana. Hanya sebuah cermin besar. Di situ imej dirinya jelas terpapar.

kirana: kenapa dengan cemin tu??

badboy: ia mmg cermin. cermin memantulkan imej seorang gadis. gadis yg berjaya menawan hati i..sgt cantik di mata i. iklas…i cintakan gadis di dalam cermin tu….sudikah gadis itu terima cinta i?

Seperti ada satu gelombang yang bergetar di sekeliling Shakirana saat dia membaca mesej YM yang dihantar oleh Razzif. Dia bagai jatuh cinta kali kedua dengan Razzif.

Shakirana sudah terkedu. Debaran di dadanya semakin menyesakkan. Dia pandang Razzif dengan wajah seperti tidak percaya. Rasa marah yang meluap tadi segera menyusut. Sebaliknya rasa bahagia menyelinap masuk ke sudut hatinya. Tanpa sedar Shakirana mengukir senyuman. Shakirana menahan debar di dada. Ringan sahaja tangannya mahu menaip ‘yes i do’

badboy : shakirana…sudikah awak menerima cinta dari razzif?

badboy : sha..saya perlukan jawapan..jgn la hanya diam

badboy: ok lah klu u diam..i kira u tak sudi.

“Awak..” Shakirana sudah panik bila membaca mesej terakhir dari Razzif. Shakirana melihat Razzif menunjukkan isyarat menaip.

badboy: hmm u senyum adakah itu tanda “yes”

badboy: sha?

kirana: yes i do..razzif. i juga maaf kn u..

Shakirana berusaha menentang renungan Razzif. Riak gembira terlakar di wajah Razzif.

badboy: yes3…tq sha..seblom tu blh kita order…u nak mkn apa…just taip

kirana: i tak rasa nak makan..i masih terkejut dengan lamaran u tadi….

Razzif memetik jari tanda memanggil pelayan. Berlari-lari anak pelayan itu datang ke meja Razzif. Tadi tidak berani hampir kerana Razzif sudah pun menginggatkan agar mereka tidak diganggu sehingga dipanggil.

badboy : ok klu tak nak mkn …oder minom utk hilangkan shock u…boleh?

Shakirana angguk.

kirana: u la order kan air untuk i..i dah x terfikir nak minum rite now…

“Can i take your order now sir?” ucap pelayan tinggi lampai tadi.

Razzif membuat pesanan dengan perlahan-lahan memusingkan screen komputer ribanya kepada si pelayan dengan tujuan untuk memesan makanan dan minuman.

1 set oldtown special and 2 fresh orange

Pelayan Old Town Coffee membuat isyarat ‘good’ dengan ibu jarinya tanda faham. Shakirana memerhati sambil tertawa kecil. ‘Kelakar juga abang polis ni.’

Sedari awal kehadiran Shakirana, semua pelanggan di situ hanya memerhati pasangan yang dilihat tidak bercakap walau sepatah. Diam seribu bahasa. Hanya jari yg menaip serta bahasa badan sahaj sebagai medium komunikasi. ‘Bisu agaknya pasangan ni. Hmm kasihannya,” bisik mereka sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience