BAB 6

Romance Completed 5324

‘Ok masuk exit ni. Lepas ni gerak sampai Nilai New Town. Mana pulak sign board Alson Klana Hotel ni. Ha ok dah jumpa. Next land mark KFC. Ok dah nampak.’ Shakirana bermonolog seorang diri.

Shakirana memperlahankan kenderaan. Bimbang jika terlepas jalan. Terpaksa berpusing semula. Dia dahlah mengejar masa. Sebaik Shakirana ternampak papan tanda Old Town Coffee yang terletak di sebelah kanan di hujung jalan, dia senyum. Matanya memerhati kiri dan kanan mencari ruang pakir. Mujur ada sebuah kenderaan mahu keluar dari petak parkir betul-betul di hadapan Old Town Coffee. Kereta diberhentikan dengan isyarat kanan diberi tanda dia mahu ke kanan terus memasuki pakir. Dia berhati-hati memasuki tempat meletak kenderaan sementelah terdapat pasu berdekatan di sebelah kirinya.

‘Tit..tit,’ bunyi pengera kereta Shakirana. Dia melangkah masuk ke dalam Old Town Coffee sebaik benar-benar yakin kereta telah dikunci. Matanya mencari-cari client yang dimaksudkan oleh Puan Hani.

Kata-kata Puan Hani melintas di mindanya, “Client tu pakai baju-T ‘glock’ dan jeans. Serba hitam.”

‘Mana la bad boy ni duduk,’ guman Shakirana. Matanya liar mencari client yang dimaksudkan oleh Puan Hani.

“Cik Sha,” sapa pelayan Old Town Coffee.

“Ya saya.”

“This way please,” arah pelayan tinggi lampai itu.

Kehadiran Shakirana telah berjaya dikesan. Jadi dia meminta pelayan tinggi lampai tadi menjemput Shaheen ke meja nombor 15 yang berada di sebalik pokok palma.

Shakirana tiba di meja nombor 15. ‘Table for two.’

“Assalamualaikum,” sapa Shakirana kepada client yang terselindung di sebalik surat khabar yang menutupi keseluruhan mukanya. Shakirana masih berdiri sewaktu salamnya dijawab. ‘Suara itu. Seperti pernah dengar,’ getus Shakirana.

Shakirana terdengar suara itu mengarahkannya duduk. Dia lantas duduk. Komputer riba diletakkan di atas meja. Dia cuba mengintai di sebalik surat khabar. Namun hampa.

“Kenapa lambat? Tak elok biarkan client tunggu awak,” kedengaran suara itu lagi.

Shakirana melirik ke arah lengan kanannya. Jam menunjukkan ke pukul 11.50 pagi. Masih ada 10 minit. Rasa geram mula berkumpul di dada. “Janji pukul 12 kan. Saya ada 10 minit lagi sebelum waktunya,” Shakirana bersuara membela diri. Geram pula bila dirasakan seolah-olah dia bercakap dengan sebongkah batu.

Pemilik suara yang duduk bertentangan dengan Shakirana menyelak halaman surat khabar di tangan. Shakirana cuba melihat wajah pemilik suara misteri itu. Tidak berjaya.

“Kita bincang di YM saja. I tak suka bising-bising. You bawa laptop?” tanya suara misteri itu.

“Hmm ya ada,” mujur Shaheen membawa sama komputer ribanya selepas diingatkan oleh Puan Hani sebelum dia bertolak tadi. Kalau tidak masak dia mahu menjawab dengan suara misteri ini. Dahinya sudah berkerut. Tertanya-tanya siapakah gerangan suara di sebalik ‘koran’ ini.

“Ok saya dah on YM saya. Boleh beri id YM anda,” pinta Shakirana menahan rasa geram yang semakin memuncak.

‘badboy@ rocketmail.com’

Sebaik id nya diberikan kepada Shakirana dia menahan tawa di balik surat khabar. Tanda puas mengenakan Shakirana ketika itu.

‘Badboy.’ Shakirana terdiam. Tidak terduga dia. Nama yang dia panggil untuk client Puan Hani rupanya sama dengan id emel client itu.

Butang Contact ditekan. Terpapar drop-down menu. Shakirana memilih Add a Contact. Lalu terpapar pop-up menu Add to Messenger List. Shakirana menaip alamat emel yang diberikan ke dalam ruangan Enter a Messenger ID or email address. Seterusnya Shakirana menekan 2 kali butang Next. Akhir sekali butang Finish ditekan. Dia menunggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience