BAB 4

Romance Completed 5324

“Berangan yer. Aku tengok hang dok senyum, tu dia baik punya. Aku dok gawang tangan kat hang pun hang tak layan. Apa cer?” Luqman yang berpewatakan sedikit lembut itu sudah melabuhkan punggung di kerusi berdekatan Shakirana.

“Mana ada. Awak salah tengok agaknya. Awak kan rabun,” Shakirana cuba menafikan kata-kata Luqman tadi.

“Ha la tu. Rabun sangat kan sampai aku dah depan hang pun, dok senyum tak habih lagi,” sanggah Luqman.

Shakirana sudah malas mahu memanjang-manjangkan kisah itu. “Awak dari mana ni?” tanya Shakirana mengubah topik perbualan.

“Dari kafe la. Mamam you,” jawab Luqman sambil membuat isyarat makan dengan tangan kanannya.

“Oh pegi makan tak ajak ya. Merajuk la gini,” Shakirana pura-pura berkecil hati demi mengalih tumpuan Luqman dari mencungkil sebab dia tersenyum tadi.

“Aku dari training room tadi. Baru habis morning session. Petang nanti sambung lagi. Then aku pegi kafe la cari my favourite chocolate muffin. This is for you,” hulur Luqman kepada Shakirana.

“Oh so sweet. Thanks Luq. Kau memang my best buddy tau,” ucap Shakirana.

“Mesti la aku ingat kat hang. Dari tadi hang dok melekat kat depan komputer ni apa cer? Mesti belum minum pagi kan,” tebak Luqman.

Shakirana hanya menggangguk. “Aku sibuk sikit la. Ni laporan suku tahun aktiviti tahun ni. Sepatutnya dah siap. Tapi Puan Hani minta aku ganti dia pegi jumpa pak polisi pulak. Sib baik handsome,” luah Shakirana. Chocolate muffin sudah digigit sedikit. Terasa keenakan coklat yang tersalut memenuhi permukaan mufin perisa coklat itu.

“Hah! Abang handsome. Eh..Kira story la. Apa cer?” pinta Luqman dengat semangat terujanya.

Sedang mahu Shakirana bercerita, terdengar Puan Hani memanggil namanya.

“Luq sorry. Next time aku cerita ya,” Shakirana lantas bangun menuju ke bilik Puan Hani. ‘Selamat aku,’ getus Shakirana mengurut dada.

“Ya Puan Hani,” sapa Shakirana setelah duduk.

Puan Hani senyum memandang Shakirana. Melihat Shakirana dia teringat permintaan seorang rakan lama. “Kira hari ni awak tak ada apa-apa appointment kan?” tanya Puan Hani.

Shakirana sekadar mengangguk.

“I baru dapat call from a client. Unfortunately I can’t entertain this client. Will you be there on my behalf?”pinta Puan Hani.

“Ok,” ringkas sahaja jawapan Shakirana.

Puan Hani menulis sesuatu di atas post-it-note lalu diserahkan kepada Shakirana. “Ni tempatnya.”

“Puan betul ke kat sini?” tanya Shakirana sebaik sahaja matanya tertancap pada tulisan Puan Hani tadi.

Anggukan kecil Puan Hani mengesahkan pertanyaan Shakirana. “Ok I’ll be there.”

‘Sekarang dah pukul sepuluh. Ada dua jam sebelum pertemuan tu. Hope jalan clear la. Tak suka lewat bila kena jumpa client,’ Shakirana mengomel sendirian sewaktu melewati meja kerjanya. Tas tangan dicapai. Kunci kereta dikeluarkan. Post-it-note tadi dimasukkan ke dalan ruangan berzip tas tangannya.

‘Old Town Coffee, Giant Nilai, Negeri Sembilan, here I come,’ Shakirana melangkah laju ke tempat letak kereta.

Shakirana memandu dengan kelajuan maksima di lebuhraya menghala ke selatan. Lebuhraya yang sedikit lengang melegakannya. Lagu Aishiteru dendangan Zivilia Band sedang berkumandang saat Shakirana memutarkan Radio Era. Lantas punat radio dikuatkan. Shakirana menyanyi-nyanyi kecil.

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku

Saat ku harus bersabar dan terus bersabar

Menantikan kehadiran dirimu

Entah sampai kapan aku harus menunggu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience